Saturday 15 December 2012

it's weekend...and i'm home :)

hello kitty was the first pic to be in my Instagram :)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

rumahku syurgaku!! dah 2 minggu tak balik rumah...baru 2 minggu weyhhh

sedihnya dah lama tak update blog. dah lama tak blogwalking :'(

busy kononnya...

tapi sempat pulak nak update status kat FB, upload gambar kat Instagram

Instagram...
aku suka tengok gambar. kalau nak pilih buku, aku suka selak2 dulu buku tu, tengok gambar2 je. pastu letak balik dan fikir beberapa kali nak beli ke tak nak..

kawan aku cakap..tak rugi beli buku

$ $ $

aku suka cabut gigi


Thursday 25 October 2012

doodle doktor perubatan

salam aidiladha :)

hahaha...lama sangat3 aku tak update blog..sampai Nisa buat entry pasal aku. terharu sangat kat beliau. jom baca entry pasal blog aku yang dah berkurun sunyi tanpa cerita aku kat SINI.

sepanjang aku tak update blog.. aku sebenarnya tengah belajar macam mana nak lukis doodle guna adobe photoshop. aku pun google la tutorial doodle....dan

jeng jeng jeng...inilah hasilnya


doodle doktor medik!!...walaupun aku ni dental student. aku saje je buat medik punya dulu. sebenarnya aku nak buat doodle untuk semua course kesihatan. medik, dental, biomed,imaging,farmasi dan nursing. orang yang sama, cuma aku tukar2 instruments je. tapi masih lagi dalam proses.

haa...jom la belajar buat doodle sama2..pastu share kat blog masing2...korang boleh dapatkan tutorial yang sangat best, simple dan senang difahami kat sini


seronok sangat belajar lukis doodle...bila tengah semangat sampai boleh leka.
ok jom sambung lukis doodle..semoga bermanfaat

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA :)
bestnya cuti!!!

Saturday 8 September 2012

jom bela kucing !!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

hari ni aku nak bagi korang hadiah kucing. kat rumah aku ada 2 ekor kucing betina bunting. kucing2 ni sebenarnya bukan kucing aku. tapi dorang suka datang rumah aku sebab nak makan


dorang ni warna dengan pattern bulu lebih kurang sama. tapi masing2 ada perwatakan tersendiri

Mamau
mak aku bagi nama dia 'mama' tapi aku suka panggil dia 'mamau' sebab dia garang. so nama mamau tu memang sesuai dengan bunyi dan rupanya yang garang. tengok la jelingan dia pun nampak garang kan

mamau ni dah banyak kali bunting. beranak dalam rumah aku. sekali beranak dapat 3-4 ekor anak kucing yang comel. pernah dia beranak, pastu anak dia tak terjaga sangat. ada yang hilang, ada yang mati kena langgar motor. kesian sangat!! mak aku masih bagi dorang makan walaupun tak serius untuk membelanya sebab dia selalu bunting. makin banyak la kucing kat rumah aku. tak larat nak jaga. kadang2 kucing jiran pun datang rumah aku sebab nak makan. fuhh..

mamau pernah di buang sebanyak 3kali. kali pertama, mak aku upah jiran aku buangkan. ntah kat mana ntah dia buang. 2 hari lepas tu, muncul balik kucing ni depan pintu. kali kedua, on the way nak pergi raya kitorang buang kat kedai makan depan rumah. jauh dalam 500m kot. 2 hari lepas tu pun datang balik. kali ketiga, aku buang kat taman meru jaya. taman perumahan aku dengan taman meru jaya ni dipisahkan oleh taman orkid dan taman wira. so, aku rasa dah cukup jauh dah. ok kali ni 2minggu rumah aku tanpa mamau. hahaha..bijak2. balik jugak kucing ni. pandai dia cari jalan balik rumah. ingatkan dah kurus, rupanya belum beranak lagi

sekarang mamau masih ada kat rumah aku. dia duduk luar rumah je. pantang pintu terbuka dia mesti masuk. makan frieskies bobot(kucing aku) pastu lepak2 bawah meja makan. bila nak angkat bawak dia keluar, kena hati2 sebab dia garang..ngaauummm ngeeeooowwww!! silap2 boleh dapat cat scratch disease cakaran mahupun gigitan mamau

Mother
nama dia pun mak aku yang bagi. mother ni tak garang macam mamau. dia agak sopan santun dan lemah lembut. rupa pun nampak comel kan. dia baru bunting. perut dia pun lebih kecik dari perut mamau.

mother ni pun duduk luar rumah. bila pintu terbukak je dia masuk rumah. mak aku bagi peluang makan baru boleh keluarkan dia. kadang2 dia pun selambe je duduk lepak dalam rumah ni. mother ni ada ramai anak kat belakang rumah aku. umur dorang kalau nak ikutkan umur manusia ni lingkungan remaja la. umur2 kucing camni la dorang comel dan aktif bermain

mother ni tak pernah di buang lagi sebab dia kucing baru kat kawasan rumah aku. tapi mak aku cadang nak buang dua2 ekor kucing bunting ni. kalau buang pun datang rumah balik, baik bagi orang. tapi ada ke orang yang nak??


Lazy, Kenit dan Gemuk. tiga2 ni anak Mother. tak tau la siapa bapak dorang. tapi dorang comel. bulu lembut dan gebu. dorang ni jiran aku yang bela. tapi selalu jugak datang rumah aku sebab nak makan. kalau dah masuk rumah tu dorang buat macam rumah dorang sendiri. tak malu betul tau dorang ni. tapi aku layan je sebab dorang comel!!


ini bobot. kucing kat rumah aku. dah 3 tahun dah. dia besar macam garfield. ada banyak cerita pasal bobot. ada masa nanti aku cerita ye.

sebenarnya kucing2 kat rumah aku ni bukan lah aku yang bela sangat. mak aku la yang banyak bagi dorang makan. mak aku ni memang penyayang. sayang sangat kat kucing. kalau mamau dah beranak. mak aku jaga jugak la kat luar rumah. kalau berak ke muntah ke. mak aku la yang basuh. tapi mak aku cakap tak larat dah nak jaga banyak2 kucing. sebab tu la kitorang buang. buang pun muncul balik. so please la kat siapa2 yang nak bela kucing boleh lah amik mamau dengan mother! jaga dorang elok2 sebab anak dorang mesti comel2!! :D

last but not least..baru2 ni aku ada hantar gambar bobot dengan uzma humaira' kat facebook page Kami Pencinta Kucing. masa tu dorang buat tema CUTE vs COMEL


cute vs comel...dua2 menang!! :D

Friday 7 September 2012

bila gigi pun turut berhari raya :D

Salam 20 Syawal 1433H ! :)

kad raya ni aku buat khas untuk korang semua. sila la amik dan gantung di rumah anda walaupun dah hari raya ke-20 haha


Syawal hampir di penghujung. masa ni la banyak jemputan ke open house. mesti macam2 yang dihidangkan..gigi kita lah yang sibuk menyambut dan melayan 'tetamu' undangan mulut kita sebelum mereka meneruskan konvoi raya ke perut pula. (ok..merepek je) 


tengah makan sedap2 tiba2 aku terfikir, kasihan kat gigi kita kalau tak dibersihkan pasti akan rosak. eh kesian  jugak kite nanti kalau sakit gigi hidup tak tenteram, nak tidur2 ayam pun tak boleh. ni semua angkara rendang yang empuk, lontong yang lembut, kerepek yang rangup, kuih raya yang manis dan air yang bergas(yummy!!! sedapnya!). haa dorang ni lah 'tetamu' yang gigi kita hari2 jumpa sepanjang hari raya ni

ya! semuanya memang sedap. laju je mengunyah. tapi bila dah habis makan, mesti ada yang tertinggal kat celah2 gigi dan gusi. jom tengok apa yang tertinggal dan macam mana nak halau dorang ni...

rendang & ketupat
kalau hari raya mesti makan ketupat cicah dengan rendang. rendang pulak selalunya rendang ayam tak pun rendang daging. bila makan rendang mesti dia nak terselit kat celah2 gigi. lagi2 rendang daging. rasa tak selesa. masa tu la lidah pun sibuk2 nak cungkil daging tu keluar dari celah gigi.

kuih raya
almond london, cip coklat, hazelnut praline. haa ni semua ada kacang. sedap! tapi kacang dia suka terselit2 kat permukaan gigi. kalau semperit, biskut suji dengan cornflakes madu pulak ada ceri sebagai hiasan dan penambah rasa. ceri tu pun suka melekat kat permukaan gigi. kuih raya ni memang la sedap tapi kandungan gula dia pun tinggi. so dia boleh memudaratkan gigi kita kalau kita tak bersihkannya selepas makan

kerepek & kekacang
kalau dah muak makan kuih raya mesti kita pilih kerepek dan kekacang pulak kan..bila sekali dah masuk mulut memang susah lah nak berhenti. dorang ni pun suka duduk celah2 gigi dan gusi. lagi2 kalau susunan gigi kita yang bertabur tak berapa tersusun tu memang menggalakkan penghidupan liar mereka di sana

air berkarbonat & air bergula
orang datang beraya takkan nak hidang air sky juice je kot. kurang2 pun air kordial. tak pun air teh dengan kopi. nak up lagi, air ribena kelas kau jah. tapi kebanyakan rumah mesti hidang air berkarbonat. kan senang tak payah bancuh2. oh sedapnya diminum dengan ais!! memang tak sedar air tu boleh menghakis gigi kita

so..no wonder la kalau ramai yang sakit gigi di musim perayaan yang meriah ni kan..jadi, meh aku share beberapa tips berguna untuk menghalau segala sisa makanan yang menghuni di celah gigi dan gusi kita sekali gus dapat mengurangkan kadar kerosakan gigi

  • berkumur2 selepas makan
amik air sembahnyang pun kita selalu kumur2 mulut. boleh jadi hikmahnya untuk menyegarkan mulut dan membersihkan mulut dari sisa makanan sebelum menunaikan solat. elok jugak kalau kita amalkan setiap kali lepas makan. boleh buang sisa makanan celah gigi dan gusi, menghilangkan bau makanan, menyegarkan mulut dan menguatkan gigi. Ya! air paip kat Malaysia ni ada kandungan Flouride yang terkawal bertujuan membantu pembetukan enamel(lapisan gigi paling luar) gigi yang sihat. dapatlah kurangkan kerosakan gigi
  • kurangkan makanan bergula
makanan manis memanglah sedap. bukan tak boleh makan langsung. cuma kena kurangkan pada kadar yang optimum. sebabnya gula ni akan jadi makanan bakteria yang ada dalam mulut kita. lepas tu bakteria akan hasilkan asid dari gula tu. asid tu pulak akan menghakis struktur gigi kita dan jadilah cavity!(berlubang). jom kawal pengambilan makanan bergula. gigi tak rosak, elakkan kencing manis dan kegemukan. pakej kan!
  • berus gigi sekurang2nya 2x sehari
ni lah typical advice doktor gigi, iklan tv ubat gigi dan kotak ubat gigi. bosan tak? dah makan 5x sehari, berus gigi 2x sehari je takkan tak boleh kot. plaque(taik gigi) gigi yang tak dibersihkan, lama kelamaan akan mengeras menjadi calculus(karang gigi). mungkin korang tak mengalami masalah gigi berlubang tapi plaque tu banyak bakteria yang boleh menyebabkan masalah gusi bengkak, berdarah dan gigi bergoyang. sayang kan gigi elok tak berlubang tapi kena cabut sebab dah bergoyang sangat2
  • gunakan floss gigi
chicken floss ialah serunding ayam dan aku percaya ramai pernah makan chicken floss. tapi tahukah anda apa itu dental floss? ramai jugak yang tak pernah menggunakannya malah ada jugak yang tak kenal apa benda tu. haa..dental floss tu salah satu instrument oral hygiene. rupa dia macam benang/tali yang sangat halus digunakan untuk membersihkan sisa makanan/plaque di celah2 gigi sebab berus gigi tak mampu untuk sampai ke sana
  • tengok keadaan mulut dan gigi depan cermin
elok dilakukan setiap kali sebelum tidur. mana tau ada gigi baru tumbuh ke berlubang ke, kita pun baru perasan. kalau ada ulcer tu boleh la buat pemerhatian, ulcer makin nak sembuh ke makin membesar..tengok la setiap sudut dalam mulut kita. bawah lidah,pipi,belakang bibir, langit2. kalau ada benda pelik2, contohnya merah2, putih kekuningan, ulcer yang berpanjangan, benjolan. dinasihatkan jumpa doktor gigi. boleh jadi itu adalah kanser. huhuhu..bukan nak takutkan tapi kan elok mencegah dengan lebih awal. selalu2la tengok bahagian belakang gigi bawah kita sebab kawasan tu lah selalunya banyak sangat karang gigi

fuhh!! cukuplah ni je perkongsian aku sebagai pelajar pergigian untuk korang. saje je aku cakap banyak2 kononnya nak amik mood kembali ke sekolah yang bermula minggu hadapan. dentistry ni sangat wide. sebenarnya banyak lagi yang kena jelaskan. insya Allah akan datang la ye. walaupun macam dah lewat sangat tapi aku nak jugak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. maaf atas ayat2 aku yang pelik2 yang buat korang rasa tak selesa.

ok. jom2 packing barang!!

Wednesday 5 September 2012

wordless wedensday 7


1st week

2nd week
Ya Allah....!! aku dah Year 4!! :O
ni lah jadual dental student 8am-5pm

warkah buat Uzma Humaira'

Uzma Humaira',

anak kakak aku. anak buah aku. cucu kepada mak dan abah aku


lahir 29 Februari 2012 melalui pembedahan. masuk Harian Metro. kecik2 dah famous masuk paper. korang ada? aku pun takde :(

haa....cuba teka mana 1 uzma humaira'?
sekarang dah 6bulan. dah pandai jalan seret2 badan. belajar duduk. makan solid food dan yang paling penting..makin comel!!


cuti aku menghampiri penghujung. ahad ni daftar masuk kolej. isnin start sem baru. bermula lah kembali hari2 penuh riang ria raya dan stress itu pasti ada


uzma humaira'...
jangan nakal2 main dengan wayar
dengar cakap mama papa
jangan menyusahkan nenek dengan atok
kalau dah pegang kucing, jangan lupa basuh tangan
kalau bosan2..mainlah dengan bobot dan paklong

beberapa hari lagi pasti akan merinduimu...

Yang Benar,
makcu mu yang cute :)



Monday 3 September 2012

hargailah kemalasan yang ada

Salam..helo helo

dah lama sangat aku tak update blog..orang lain dah post 3 entry raya, aku 1 pun takde lagi. aku bukannya sibuk sangat beraya sakan tapi aku malas nak update..hahaha. so bad kan. tapi malas2 aku pun hari ni aku nak kongsi cerita..

pada suatu hari, aku rasa bosan2. aku jalan2 kat bilik abang aku. eh tapi bilik abang aku takde la besar sangat sampai boleh jalan2, setakat selit2 celah meja celah rak buku tu boleh lah. haa pastu tu aku pun usha la rak buku abang aku, godek2 buku apa yang ada. rupanya banyak jugak buku motivasi yang dia ada dan aku tertarik kat satu buku warna kuning. tajuknya 'Nak Ke Tak Nak', tulisan Dr HM Tuah Iskandar. buku lama, aku je yang baru nak baca

dah aku ni memang tengah malas..aku selak2 je la. tiba2 ternampak satu tajuk 'hargai kemalasan anak'. jadi, sebagai seorang anak kepada ibu bapa aku, aku pun tergerak hati nak baca dan tertanya2 kenapa kena hargai kemalasan anak? macam mana tu? walaupun dihuraikan sepanjang 2 pages kecik sahaja banyak jugak input aku dapat.

kenapa anak MALAS?
  1. sedang berada dlm zon selesa (duduk rumah memang best!! rumahku syurgaku :) )
  2. tiada target utk dicapai (aku dah plan sebelum cuti lagi nak buat nota perio dengan oral patho tapi sampai sekarang hampeh sangat, bending wire pun tak siap lagi..ohh no!! )
  3. tak diberitahu tentang kemalasannya (selalu je mak abah aku bebel..hehe)
bobot lepak di dapur

cara membasmi kemalasan anak
selain daripada puji-pujian yang bertempat, elok juga diberikan sesuatu yang diinginkan dan katakan padanya 'kalau tak malas boleh dapat lebih dari ni'. seorang anak pasti hairan, gembira dan rasa dihargai. tapi jangan  makin malas sudah lah..

walaupun aku belum ada anak sendiri, setakat ada anak kucing, anak tudung dan anak buah..boleh jugak motivate diri sendiri. cuti tinggal beberapa hari je ni. study satu apa pun tak. takkan nak masuk 4th year dengan jiwa yang kosong shima oii...insaf lah wahai diriku :'(

~ orang yang sempurna akalnya ialah orang yang memeriksa dirinya dan beramal untuk bekal sesudah mati. sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang selalu menurutkan hawa nafsunya dan mengharapkan ampunan Allah tanpa amal ~ 
Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, Nak Ke Tak Nak(bagus buku ni) :)

Thursday 16 August 2012

puding trifle di bazar ramadhan Meru : gerai abah aku dah tutup

Assalamualaikum, hai !

tak sangka hari rabu lepas, 8 haribulan bersamaan 19 Ramadhan merupakan hari terakhir aku berniaga kat bazar ramadhan Meru. hari Jumaat tu abah aku dah start kemas2 semua barang2 kat gerai. meja, mesin tebu, ice box, payung gerai yang besar tu pun dah disimpan dan dibawa pulang ke kampung budiman.

hari meniaga kitorang tak menentu tu yang jadi tak sangka hari tu ialah last day kitorang berniaga. sebabnya tebu kat ladang abah aku dah habis. lagipun nak dekat raya dah kan. so abah aku nak rehat dan buat persiapan lain.

fuhh...sempat jugak la hari sebelum tu aku amik gambar gerai abah aku

tu la abah aku kat belakang tengah perah tebu
aku la yang jaga kat depan gerai ni
bila ada orang datang dekat kat gerai baru la aku bersuara
'ye bang..kak..nak air tebu'..aku malu lah nak jerit2

jeli kelapa pun ada. homemade!
pekat kan air tebu ni?! ais pun tak letak sebab mostly memang orang tak nak air tebu yang  dah campur ais
pekat dan asli tu yang laku :)

our homemade kedondong asam boi
buah kedondong ni aku la yang mesin untuk dapatkan air jus kedondong yang pekat
pastu baru la tambah air asam boi
dia ada rasa masam jus kedondong dengan masam asam boi pastu ada aroma kedondong
yummm...sedap!
kadang2 abah aku jual air tebu je. kadang2 air tebu dengan air kedondong. kalau tebu takde, kitorang jual air kedondong asam boi dengan limau kasturi asam boi. abah aku memang suka sangat dengan air asam boi. tu yang dia try jual tu. tapi selalunya yang berada di hati pembeli memang air tebu la. pastu baru air kedondong then air limau asam boi. semuanya 1 jag harga 3ringgit

ni trifle yang aku jual :)
abah aku ada jugak amik tapai dengan kerepek dari kawan dan saudara, tolong jualkan sekali. aku pulak pernah plan nak jual cookies cip coklat yang aku buat sendiri. tapi cukuplah jual trifle ni pun dah penat. tiap malam nak buat. lagipun orang datang bazar selalunya nak beli juadah berbuka puasa. jarang la orang nak beli kuih raya.

bila kira betul2 9 hari je kitorang meniaga. tapi banyak jugak benda aku belajar untuk pertama kali berniaga kat bazar ni. sedih jugak lah bila tiba2 je dah tak meniaga. sejak dari tu hampir setiap hari aku pergi bazar untuk membeli juadah berbuka puasa, sebelum ni memang tak sempat nak round semua

bila usha bekas tapak gerai abah aku, kosong je tempat tu...rasa sebak pulak..sob sob sob :'( (ok...overrrr  je tu)

Wednesday 15 August 2012

yeay! aku dapat kad raya dari encik Hamzah Ian, blogger TerbangTinggiTinggi

Salam 26 Ramadhan !

finally sampai jugak kad raya dari TerbangTinggiTinggi kat alamat rumah aku :)

nice! design kad dari Kanda & Dinda wedding cards
ni lah kad raya pertama yang aku dapat untuk raya tahun ni. mungkin jugak ni je lah satu2nya kad raya yang posmen hantar ke rumah aku memandangkan dunia semakin moden. semua orang send ucapan raya thru fb,email atau sms je.

tengok tulisan encik Hamzah Ian tu mengingatkan aku kat tulisan doktor2 bila baca folder patient..hehe
apa2 pun terima kasih banyak2 kat TerbangTinggiTinggi dan Kanda & Dinda for the kad raya!! teruja sangat ok :D

macam mana aku boleh dapat kad raya ni??
buat muka comel pastu mintak je la dari SINI. kalau korang pun nak, try la mintak tahun depan.

ok. selamat berbuka puasa ;)



Thursday 9 August 2012

kek rainbow riot putih telur

Assalamualaikum..hello!

dah lama aku tak share cerita baking aku kat sini. malam tadi aku main masak2. sorang2. sebab takde siapa nak teman. kakak aku jaga baby dia. mak aku pergi tolong buat kuih raya kat rumah jiran. abang aku mana nak layan aku main masak2. abah aku tiada di rumah pada ketika itu. jadi aku bergembira seorang diri di dapur bermain tepung, putih telur dan pewarna makanan

sebenarnya aku nak memanfaatkan lebihan putih telur yang sangat banyak di dalam peti sejuk rumah aku ni akibat membuat trifle untuk jualan di bazar ramadhan yang hanya menggunakan kuning telur sahaja. jadi, untuk mengelakkan pembaziran amalan syaitan, aku pun mengambil inisiatif mencari resepi kek yang guna putih telur je. aku tau macaron dengan pavlova pun guna putih telur je. tapi aku tak nak buat macaron sebab dia sangat sensitif, bahan pun takde. pavlova pulak aku tak nak buat sebab aku dah pernah buat. boleh je nak buat lagi tapi whipped cream takde la pulak. aku nak buat resepi yang senang2 je ni

setelah meng'google..aku pun amik la resepi dari kek kukus pelangi putih telur dengan kek lapis blueberry putih telur. sebab aku sukahati je main masak2, modify 2 resepi ni..tiba2 jadi macam pelik kat adunan kek ni

setelah diadun semua bahan2..tiba2 aku tak yakin pulak kek ni akan menjadi sebab  tengok tekstur adunan  ni macam pelik kan..tak smooth
baking kali ni aku tak risau sangat kalau tak jadi sebab aku dah kurangkan bahan2 tu sebagai langkah berjaga2. takde la membazir sangat kalau kek ni langsung tak boleh makan pun kan. walaupun tak konfiden sangat tapi letak jugak la harapan agar kek ni masih boleh diterima deria rasa lidah dan perut. apa2 pun aku baca selawat banyak2 dan bertawakal masa nak kukus kek ni

1jam 30 minit telah berlalu. aku tutup api dapur dan bukak penutup pengukus. erkk!! tengok macam kek ni tak naik langsung sebab aluminium foil tak gelembung ke atas pun. slow2 aku intai kek ni masa bukak aluminium foil. jeng jeng jeng....!!


tadaaa!!! camni la jadinya!
memang tak nampak sangat kek ni naik tapi bila tekan, lembut sangat!!! macam kek span dah jadinya. Alhamdulillah..main masak2 pun jadi. tak sabar nak potong. tunggu kek ni sejuk sikit


wah :O

warna dan rupa nya pelik macam alien. tak menarik sangat. warna merah strawberi dengan warna purple blueberry tak nampak pun. tapi tetap ada rasa dan bau blueberry!!

ada lagi separuh putih telur dalam peti ais. belum tambah putih telur yang tak guna bila nak buat biskut raya nanti. lagi banyak!! boleh lah main masak2 lagi.yeayy!!

Rainbow Riot '12
semua benda ada manfaatnya ;)

Monday 6 August 2012

puding trifle di bazar ramadhan Meru : poster dan hari2 kegemilangan

Assalamualaikum dan salam Nuzul Quran !

hari ni aku nak sambung cerita trifle aku. pada pagi hari yang kedua, aku dengan semangatnya menyelongkar barang2 sekolah alat tulis aku yang bersepah2 kat keliling rumah ni. ye la kan tengah cuti semester. buku, pen, pensel, fail, kertas, pensel warna.. ntah kat mana ntah dorang semua cuti sakan. tu yang kena cari dorang balik tu

setelah dihimpunkan semua alat tulis dan segala keperluan...akhirnya idea aku malam tu dapat diekspresikan dalam sebuah poster versi budak2 sekolah rendah...tadaaa!!

yummy!! rasa manis jeli strawberi serasi dengan rasa buah-buahan koktel. ada nanas, betik, apricot,ceri dan nata de coco. lapisan bawah pulak rasa kartard yang lemak2 manis memang padan dengan rasa kek coklat yang lembut - copy paste dari entry lepas sambil berangan nak jadi pengacara jalan2 cari makan :P -

ada yang cakap poster yang aku buat ni macam lukisan budak2 untuk hari usahawan sekolah heee.. Alhamdulillah ni lah usaha aku untuk perkenalkan puding trifle kat orang sini since reaksi dorang masa 1st day aku jual tu aku agak ramai yang tak kenal apa itu trifle. bekas pulak aku dah guna bekas kecik dan panjang so that nampak la layer trifle ni. kan cantik tu

hari kedua jualan trifle
aku bawak 15 bekas untuk test market. awal2 pukul 5-6petang tu slow jugak la jualan, air tebu memang laju je surut dari balang. dah hampir pukul 7petang, aku dah start kemas2 gerai nak tutup memandangkan air tebu dah habis. tiba2 sorang2 datang nak beli trifle..fuhh. Alhamdulillah kali ni semua habis. tak payah la aku bawak balik rumah benda sama macam 1st day jualan hari tu. before 715petang dah boleh kemas2 semua, tutup gerai. sempat je nak buka puasa kat rumah :D

hari ketiga jualan trifle
performance tak jauh beza macam hari kedua tu. sebab masa ni orang baru nak kenal2 dengan trifle. macam biasa, bila last2 tu baru ramai yang nak beli. tapi ada 1 cerita menarik untuk hari ketiga ni. ada sorang akak datang gerai ni semata2 nak beli trifle...

akak 1 : trifle ada lagi tak?
aku : oh..trifle dah habis la kak
akak 1 : oh yeke? :( ermm..yang kastard tu letak apa ye? tepung kastard,air...
aku : ha..kastard tu letak tepung kastard..telur...
akak 1 : telur tu putih ke kuning telur ye?

hmm...dah dia tanya camtu, last2 aku bagi je la resepi

aku : akak nak resepi? saya bagi je la resepi, nanti boleh try kat rumah (tulis kat kertas pastu bagi akak tu)..bahan2 ni kacau dalam 15minit. selamat mencuba :)
akak 1 : oh..ok2..terima kasih ye :)

tiba2 aku terfikir..eh takpe ke bagi resepi kat dia??hahaha....balik rumah aku cerita kat kakak aku yang aku dah bagi resepi trifle kat akak tadi tu. kakak aku cakap 'habis la ko dik..dia buat kat rumah,esok dia jual!'. setakat ni memang tak dapat dikesan lagi orang jual trifle selain aku kat bazar meru ni. bagi aku takpe la..rezeki Allah yang bagi. kalau dah ada resepi tapi malas nak buat, last2 beli jugak kan..

hari keempat jualan trifle
Alhamdulillah awal2 lagi trifle dah habis. kali ni aku dah cam jugak la muka2 sama yang beli trifle aku.. oh terima kasih anda semua kerana masih mempercayai saya :) hampir pukul 7petang camtu ada sorang ibu bersama beberapa orang anak beliau datang nak beli trifle tapi dah habis. tak dapat beli trifle, beliau beli 2 jeli kelapa untuk anak beliau sambil meninggalkan pesan kat aku

akak 2 : dik, esok simpankan 2 ye untuk akak
aku : insya Allah...

padahal esoknya abah tak bukak gerai pun..heee

ha..ni lah antara cerita2 trifle aku setelah mengalami kegagalan pada awalnya. kakak aku suggest buat sticker 'sedia menerima tempahan'. hmm.. idea tu sangat bagus. akan dipertimbangkan. tapi aku lebih fikirkan contra nya berbandingkan pro. takut aku ni ha hangat2 taik kucing ayam je nanti. apa2 pun bagi aku setiap apa yang kita nak buat, kena letak pergantungan pada Allah (seriously) walaupun kerja tu semudah menggoreng telur ayam

ok..kalau ada cerita menarik lagi aku share la ye..insya Allah ;)

Friday 3 August 2012

puding trifle di bazar ramadhan Meru : failure on the 1st day


Salam Ramadhan di fasa pengampunan!

dah lebih 10 hari kita puasa..rasa cepat sangat..tiba2 dah nak setengah bulan. pastu raya pastu habis cuti masuk sem...stress!!! haaaaa..ok tak nak fikir dah.jom baca cerita trifle aku

Ramadhan tahun ini, disamping menjalani ibadah berpuasa, abah aku mengambil peluang buat pertama kalinya untuk berniaga di bazar ramadhan Meru, Klang. abah aku jual air tebu. tebu segar dari ladang!! 3ringgit 1 jag. sedap!! belum pukul 7petang dah kosong balang air tu. aku pun tak nak kalah, nak jugak jual hasil air tangan sendiri

jeng jeng jeng...dengan bakat memasak yang terpendam dan juga secret recipe dari makcik aku, aku pun jual puding trifle yang aku buat sendiri kat dapur rumah. sehari aku jual 15bekas je. 1 bekas aku jual 2ringgit. setakat ni dah 4hari aku jual trifle ni. bukan hari2 aku dengan abah bukak gerai kat bazar. kalau abah aku penat atau ada kerja lain, so kitorang akan isytihar off day!! hehe ada jugak hari untuk rehat


hari pertama jualan trifle
aku bawak 20bekas puding trifle. aku buat dalam bekas bulat saiz biasa yang selalunya orang guna untuk tau fu fah. disebabkan bekas tu agak besar, jadi lapisan puding tu nampak sangat nipis dan ada separuh lagi ruang kosong. aku susun elok2 atas meja, sebelah dengan balang air tebu dengan label 'puding trifle RM2'. orang yang lalu lalang depan gerai aku mostly tengok pelik kat trifle aku.

'eh..puding???'..kata seorang wanita berbangsa cina sambil melirik mata ke arah trifle tu dan berlalu pergi
'ni apa ni?'..timbul perasaan ingin tahu kebanyakan orang sambil mengangkat bekas trifle dan memerhati 180darjah. dorang tanya je tapi tak beli pun

ada jugak yang tak nampak langsung kewujudannya dan hanya fokus untuk membeli air tebu..hari tu pukul 5petang aku datang dengan 20 bekas trifle, balik pukul 715petang pun dengan benda yang sama dan tak kurang jumlahnya..haaa, mestilah aku sedih takde siapa beli trifle aku. huwaaa :'( tapi aku redha je, lagipun ni aku first timer. aku percaya Allah nak aku belajar lagi macam mana nak berniaga. last2 trifle tu aku bagi jiran2, makan sendiri pun sedap

malam tu aku muhasabah diri. google2 tengok macam mana orang jual trfile. ok..aku dah analisis beberapa point yang patut aku pertimbangkan

pertama
harga 1 bekas trifle 2ringgit. menurut kajian aku melalui google..kalau ikut bekas tau fu fah tu dorang jual 3ringgit tapi penuh la..haha. ada jugak yang jual guna bekas kecik dan panjang tu dengan harga RM2.50.. so 2ringgit tu takde la mahal pun, kira murah apa

kedua
bekas terlalu besar,isi sikit. macam yang aku lukis kat atas. ha lebih kurang camtu la trifle yang aku jual versi gambar kartun..haha. kan nampak kan,separuh je isi. ye la, memang tak menarik langsung nak beli

ketiga
trifle tu apa?masa 1st time aku tengok makcik aku hidang trifle ni pun aku tak tau ape nama benda ni. bila makan..yummy!!sedapnya!! rasa manis jeli strawberi serasi dengan rasa buah-buahan koktel. ada nanas, betik, apricot,ceri dan nata de coco. lapisan bawah pulak rasa kartard yang lemak2 manis memang padan  dengan rasa kek coklat yang lembut..ermmm yummy2! jadi aku agak la ramai yang tak tau apa itu puding trifle dan tak tau macam mana rasanya..hal ini membuatkan aku berfikir macam mana nak bagi tau orang yang trifle ni sedap. tak boleh pulak nak bagi tester kat orang yang berpuasa

sebenarnya aku dah hilang keyakinan jugak la nak jual lagi. tapi mak aku bagi semangat, suruh cuba pulak guna bekas yang kecik tapi panjang. mak aku cakap berniaga kena la sabar. berdasarkan 3 points tadi Alhamdulillah tengah berangan sebelum tidur malam tu tiba2 aku dapat ilham..ting!! aku rasa idea ni sangat bernas. ok naik balik semangat nak berniaga

esok paginya aku pun menyiapkan segala keperluan..eh jap2..dah panjang sangat entry ni...lain kali je la aku cerita ye. aku nak buat trifle untuk jualan esok pulak..ok bye.salam. jumpa next entry, insya Allah ;)

dapatkan resepi di Puding Trifle #1 & Puding Trifle #2

Saturday 21 July 2012

happy anniversary to me!


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan 1433H :)

hari ni 1 Ramadhan. Alhamdulillah aku masih boleh menaip. memberikan perkongsian yang tak seberapa. dah setahun blog ini hidup. kehidupannya dengan kisah2 aku yang penuh dengan kenikmatan dan kekalutan, resepi2 seorang amateur dalam bidang masakan dan pelbagai perkongsian ilmu. 

ya dah setahun syimiekitty's story! oh dah setahun jugaklah aku merepek kat sini.haha..banyak benda lagi yang aku kena belajar. kalau ada markah penulisan, isi dan bahasa, mungkin setakat atas pagar je markah yang aku boleh dapat. macam result exam aku la tu. hmm..penampilan blog pulak yang kononnya comel, nampak tak matang pun sebenarnya

ok..jadi banyak benda lah kena improve. harap walaupun bukan semua, tapi masih lagi ada beberapa entry yang memberi manfaat kepada pembaca. terima kasih kepada yang membaca, memberi komen dan memberi sokongan kepada aku selama ini

dengan itu aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. mari kita sama2 tingkatkan amalan dan perbaiki kelemahan diri. mana tau kalau terlupa nak niat puasa hari2, boleh kita niat puasa untuk sebulan terus macam yang hello kitty kat atas ni buat

happy 1st anniversary to syimiekitty.blogspot.com :)


Thursday 19 July 2012

patut la dah lama tak nampak Raja Farah berlakon

masa otw nak balik UM dari Gold Coast hari tu..kawan aku ajak singgah Snogurt. aku pun tak tahu Snogurt tu apa. kawan aku cakap tu kedai aiskrim macam Tutti Frutti tapi murah sikit. aku dah la Tutti Frutti pun tak pernah makan, menonong je la ikut dorang pergi sana.

masuk2 dorang terus ambik cup aiskrim dan pilih aiskrim apa dorang nak. aku pulak masuk2 je 'oh..camni la kedai aiskrim yang macam tutti frutti tu'..pastu pergi usha suasana kat luar kedai ni memandangkan dia terus tembus masuk dalam bangunan metro point Kajang ni ishh apa ayat aku ni haha bagaikan kancil masuk kampung...eh kancil ke? rusa la..adoii rosak bahasa

aku macam blurr tak tahu nak makan aiskrim apa..ahhh bantai je la ambik perisa coklat dengan butter cookies..pergi kat kaunter ada pulak macam2 topping..confius pulak nak letak apa..lagi sekali bantai je la letak buah strawberi,kiwi,anggur...wah3...pilih topping yang mewah2 je aku ni sedangkan kawan2 aku hanya memilih nestum dan choc rice sahaja ok

sedang menunggu giliran nak bayar..haha dah la aku tak bawak duit,dengan tak malunya pinjam je la duit Terra. masa tu la aku baru perasan yang jadi cashier tu rupa2nya artis. wah!! 

aku macam overexcited siap bawak aiskrim nak bergambar dengan dia

jeng jeng jeng... ni lah artis yang aku jumpa kat kedai aiskrim masa nak balik dari Gold Coast hari tu.Raja Farah! tanpa mekap, tak lekang dengan senyuman dan layanan dia terhadap customer ohh superb ok! siap explain lagi harga sebelum diskaun dan selepas diskaun. 

kitorang pun duduk kejap kat kedai tu. kawan aku cakap Snogurt ni memang kedai dia. dari pembacaan aku, kedai ni family dia punya. katanya tengah fokus tolong uruskan bisnes family dia. ohh patut la...(berbalik pada tajuk entry aku)...
'akakk..nak ambik gambar dengan akak boleh tak?' haha kononnya segan tapi selambe jugak la aku ajak ambik gambar dengan dia hehe..aku memang batak bila jumpa artis :P

ada 15% diskaun untuk student dengan student card. siapa2 nak try rasa Snogurt dan nak jumpa Raja Farah jugak boleh la pergi Snogurt kat Metro Point Kajang. ada jugak banyak outlet lain boleh check kat web site Snogurt



Tuesday 17 July 2012

We went to Gold Coast!

Assalamualaikum n happy semester break :)

yeaahhooo....cuti semester sudah bermula. result pun dah dapat. Alhamdulillah batch aku semuanya pass dan dapat naik 4th year tanpa supplement dan viva border line. Syukur..dapat la cuti lama..heee

dengan itu..aku n kawan2 aku telah merangka tentatif untuk bercuti di Gold Coast Australia Morib Resort pada 9 Julai lepas..oh best sangat best sangat..lagipun memang dah lama aku tak pergi bercuti macam ni. aku dan kawan2 semua 12orang naik flight Myvi dari Kolej Ibnu Sina UM. perjalanan makan masa lebih kurang hampir 2jam..huhu bagi aku jauh ohh sebab aku dah mind set yang morib kat banting klang je..aku balik rumah naik kereta tak sampai sejam pun..ohh takpe2 yang penting Gold Coast Morib Resort best macam 5star!

kawan2 yang lain dah sampai awal siap dah berpeluh2 main kat tepi pantai. aku pulak sampai2 je terus check in hotel. wahhh....ni la hotel paling mewah aku pernah masuk dengan harga yang murah

kitorang dapat bilik untuk 2orang

balkoni ada kerusi lepak2 dan ampaian baju

ada peti ais dan set minuman

bilik air ada shower

ni lah namanya jakuzi!!1st time aku tahu pasal benda ni

pemandangan dari bilik aku..kat sana tu lah pantai morib

sewing kit,shaver,toothbrush,shower cap,sabun etc
gelang waterpark tu boleh guna 2 kali
aktiviti malam yang pertama ialah dinner. ada macam2 makanan. nasi ayam, nasi goreng, yong tau fu, bubur kacang, buah-buahan, agar2, salad n tempura sayur. tapi aku tak makan banyak sangat sebab tak ada nafsu nak makan banyak.haha

dari kiri: shima, fadzilah, nad, aainaa,lina, kak nana, azreen

lepas makan kitorang semua lepak kat 1 bilik. masa ni la best sangat dapat main2. true or dare, regu, tiru gaya dan sambut birthday pyka! Ya Allah...gelak sakan tak ingat dunia..aku rasa kalau kat kolej ni mesti dah dapat banyak surat layang 'jangan buat bising' hehehe

dapat rasa variety flavours secret recipe..nyum3

dah penat main. masing2 balik bilik masing2. aku tidur pukul 1pagi. sebelum tidur tu terfikir macam2 jugak la lagi2 katil aku sebelah toilet. hehehe..baca Istighfar banyak2 lama tertidur jugak. best je tidur kat tilam hotel dengan air cond sejuk2 Alhamdulillah tak terlajak subuh :) esok paginya bangun dan sama2 makan sarapan. makanan sarapan kat sini sedap2 yummy! ada nasi lemak, megi goreng, roti, omellete, wedges, scrambled egg, honey star, ban coklat dan muffin blueberry. kali ini aku makan banyak sebab banyak makanan kegemaran aku!

ban coklat tu sedap sangat!!

nasi lemak dan ayam goreng

sebelum check out 12noon nanti, kitorang main air lagi untuk kali terakhir sebelum pulang ke rumah. seronok main air mengalahkan budak kecik. kitorang conquer swimming pool. aku agak la budak2 pun tergugat dengan kegirangan kitorang. dengan selambenya main gelongsor naik sampai 3orang sekali. guard yang jaga sekitar swimming pool ni pun macam nak tegur kitorang tapi tak sampai hati kot..haha

wuuuu.....wuuuusshh!! siapa sampai paling depan, dia menang

agak2 siapa la 2orang yang tengah main gelongsor pusing2 tu?? macam aku..

macam2 gaya main gelongsor biru ni..duduk bersila pun boleh
so siapa2 yang belum pernah pergi..boleh try datang sini. kalau boleh cari la kupon diskaun. kitorang pergi sini bayar RM94 je untuk bilik, dinner, breakfast n waterpark. kawan aku dapat kupon diskaun ni dari Groupon. katanya bulan September nanti ada promosi lagi.

terima kasih kepada amira zuber atas beberapa gambar yang cukup owesome. terima kasih jugak pada pyka selaku pengarah program, dayana ajk pengangkutan, fadzilah bendahari, terra roomate aku, nad cikgu swimming, lina memeriahkan suasana, azreen yang comel, kak nana yang sporting, aainaa yang suka menyelam dan kak chah yang hebat meneka jawapan masa main regu..hehehe

last buat not least,terima kasih banyak2 kat mak abah aku..mmuahh2 :X Alhamdulillah semoga cuti semester kita kali ini lebih bermanfaat :D

ok..on the way back UM..kitorang singgah 1 kedai aiskrim kat Kajang. kedai tu kepunyaan seorang artis yang dah berhijrah. hehe nak tahu siapa artis tu...tunggu...

Friday 22 June 2012

jadual final exam saya


Assalamualaikum and happy2 day :)

macam dah habis study semua sempat buat jadual exam guna adobe photoshope lg
dikala orang lain dah habis exam..dah kemas barang2 dan kosongkan bilik..dah tarik luggage besar keluar dari bilik..ada jugak yang dah cuti kat rumah..
aku di sini bersama teman2 seperjuangan masih berhempas pulas menelaah pelajaran sebagai persediaan final exam kami
berhempas pulas tu hiperbola sangat la...ada je masa update berita2 terkini di alam maya,makan biskut dan take a long nap ZzzzZZzz(nap sepatutnya kejap je kan)

Ya Allah..permudahkanlah kami menjawab soalan2 peperiksaan dan mendapat keputusan yang terbaik.amin  :)

Sunday 10 June 2012

what a 'wonderful' week diary

Assalamualaikum and happy weekend :)

last week was the last clinical session for semester 2 of year 3. what a 'wonderful' weak week sebab macam2 suka duka aku lalui minggu tu

isnin 4 jun
pagi petang ada prosthetic. pagi panggil Mr Y untuk review complete denture dia. buddy aku pulak panggil aku untuk buat semi permanent restoration kat gigi endo molar aku. kena fikir pulak siapa yang nak assist partner aku. sedang aku di'treat' oleh akak buddy final year aku..sibuk pulak tangan aku main sms dengan Cik D (partner clinic). risau kat dia sebab takde siapa assist dia. risau jugak lecturer aku marah aku sebab tak datang klinik. ada sorang kawan aku back up aku ckp 'shima sakit gigi, dia pergi tampal gigi'....huhuhu...sorry my partner. dengan tabah dia handle patient sorang2 yang menuntut hak warga emas tak payah bayar denture dan tabah kena marah dengan lecturer sorang2..tahniah2!u're so strong

petang pulak panggil Mr S untuk try-in gigi partial denture dia. Alhamdulillah ok.kejap je dah siap. stay lab nak buat clasp and rest untuk denture tu

google

selasa 5jun
birthday abah aku. sedih pulak abah makin meningkat usia, sedang aku sibuk mengejar cita2. pagi tu aku SSL(student self-learning). free la kononnya. tapi busy nak buat gum work, invest,topping, packing and process denture. ponteng ward round lagi. tak makan lunch. siap tumpang lab technician nak packing denture. last2 balik kolej pukul 8malam..mengalahkan final year pulak

rabu 6jun
hari yang mendebarkan..nak bukak denture dari flask and nak issue denture kat mulut patient hari ni. is it successful?huuuu....pagi tu aku ada cons session. buat cleaning and shaping endo incisor. MAF makin besar. so kena buat cleaning and shaping balik :( . Mr K bagi Reader's Digest..bestnye!!! :D

tak sempat lunch terus pergi lab, trim denture. partial denture ni memang banyak kena trim. Alhamdulillah ada kawan2 yang membantu

petang pulak nak issue denture ni. ok kena marah dengan lecturer tu 1 kebiasaan :( . kena tepis tangan pulak.huhuhu...last2 memang tak dapat issue sebab banyak sangat nak kena trim sampai boleh masuk dalam mulut patient. high bite sangat2 pulak tu. aku try jugak sedaya upaya trim sampai boleh issue and occlude. kesian patient kena balik lambat. aku tak nak dia balik tanpa denture baru. aku issue je dan berharap takde masalah.
June 2012 Reader's digest

khamis 7jun
SSL lagi. sekali lagi busy cari lecturer pulak, nak open cubicle untuk review denture. sebelum tu aku kena jawab mock viva oral pathology. tak cemerlang pun jawapan aku. sedih jugak la :( . membuatkan aku tak boleh fokus nak siapkan kerja paedo, tambah pulak nak fikir open cube nya lagi... 'Ya Allah...permudahkanlah segala urusanku'..tu je la dalam hati.

lepas lecture, masa SSL, tengah hari, lepas ward round, masa paedo,lepas paedo...'bersiar2' sekitar fakulti pergigian...tu je la kerja aku demi mencari lecturer untuk mendapatkan sign mereka. dah 5 helai borang permohonan membuka kubikel aku isi tapi semua tak dapat sign lecturer. tawar hati dah nak open cube :(

malam pulak aku try call Mr S tanya pasal denture...'i have a big problem,sudah luka'...ohhh nooo!! patient aku mengadu sakit dan luka lepas pakai denture tu. ok,confirm aku kena open cube jugak esok!!huaarrgghhh

jumaat 8 jun
lepas seminar ortho..berkejar2 lagi untuk mencari lecturer..kali ni aku bertemankan cik Pyka. dia pun nak open cube untuk try-in cobalt chrome denture. at last kami approach Dr. S walaupun beliau menjadi lecturer pilihan terakhir kami..Mr S dah sampai. lama jugak dia tunggu aku siapkan cubicle. Dr. S sangat perfectionist dan penyabar. at last, aku dapat issue denture aku dengan jayanya.Alhamdulillahi rabbil a'lamin..macam miracle pun ada :) Dr. S pesan prosthetic ni kena sabar. beliau banyak tolong aku and support aku..thank you Dr. semoga dapat jadi lecturer yang terbaik!!amin

petang pulak buat reshaping endo incisor Mr K and trial GP. Alhamdulillah berjaya :)



actually, this is not my last clinical session. i have replacement session due to the water supply problem. review denture on Monday and periodontology on Tuesday. study week begin. but still need to think about patient and clinical session. amazingly, i didn't go back home this weekend. roomate aku pun pelik dengan aku.

ok..i have to study hard and smart during this study week. result sebelum2 ni tak bagus sangat. jia you Shima!!jangan lupa diri..bila2 masa Allah boleh tarik nikmat yang ada..ingat tau Shima!

denture - gigi palsu
endo molar - root canal treatment(rawatan akar) gigi geraham
try-in - try gigi palsu dlm mulut patient, tengok susunan gigi sebelum proses jadi denture betul
issue - bagi patient pakai denture yang dah siap

Tuesday 5 June 2012

hari ni lima jun 2012

today is 5th June 2012..happy 58th birthday abah
semoga panjang umur, murah rezeki n hidup diberkati Allah :)
♥ u always

We are so busy growing up, we often forget they are also growing old :'(
lama tak update blog...ni pun copy paste dari status fb je..hari ni 5 jun..birthday abah n anniversary akak aku yg pertama..abah dah 58tahun dah..akak aku baru setahun kahwin dah ada sorang anak umur sekarang 3bulan..

masa sangat cepat berlalu..minggu ni minggu last lecture,2minggu study week then exam...insya Allah naik 4th year...wahh!! :O

-comel kan mak n abah aku..hehe-

Saturday 12 May 2012

some says that...

some says that
'tak semestinya yang pergi usrah tu baik'

yes, u're right dear..i agree with your statement
but...i think they are better from others because they are still searching for the truth

hidayah tak akan datang bergolek..kita yang perlu berusaha untuk terus mencari dan mendekatkan diri kepada Allah
i admit..i'm not a good person. i attend usrah to gain knowledge, build ukhwah and learn...
learn about aqidah, tauhid, ibadah, fiqh, Quran, hadith, politik, dakwah and so on..

huh??!! tu semua kan dah belajar kat sekolah dulu!!
yup, bukankah manusia itu mudah lupa...ok,bagitau saya apa maksud aqidah?(boleh jawab tak)

apa yang kita nampak..mostly yang join usrah ni pakai tudung, tudung labuh, pakai stokin and budak surau...fine, not necessarily they are baik?but..who we are to judge them..

ada jugak non muslim yang join usrah dengan yang muslim. yang tak pakai stokin, yang pakai tudung selempang kat bahu, yang couple pun ada yang mendengar usrah. pendek kata, usrah memang untuk semua, bukan untuk budak 'baik' je

fitrah manusia memang suka kan kebaikan tapi perlulah mencari instead of menunggu sahaja Allah bagi kita hidayah tanpa berusaha...

tak semestinya yang pergi usrah tu baik..yes!..tapi mereka cenderung ke arah kebaikan..that's the point

'Kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh dan berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran' -Al Asr, 3-



ok..what say you?