Wednesday, 24 August 2011

Cookies Cip Coklat

Assalamualaikum n selamat sejahtera :)

kalender di sebelah kiri ni menunjukkan kita sudah berada di atas dalam bulan Ramadhan hari yg ke 24. jadinya kita dah puasa selama 24hari (eh..yeke??tak pernah tinggal ke??hehehe)..kalau ikut kalender kita masih ada kurang dr 7hari je lagi nak pakai baju raya kan? Tapi hari ni aku bukan nak cerita pasal fesyen baju raya mahu pun warna tema baju raya haha..aku nak share dgn korg mcm mana nak buat kuih raya iaitu 'cookies cip coklat'..nyum3 :D

bahan2
-seketul buttercup (250g)
-200g gula icing
-300g tepung gandum
-2sudu besar serbuk koko
-1 biji kuning telur
-1 sudu besar susu tepung
-100g badam hancur
-100g cip coklat
-1/4 sudu kecil sodium bikarbonat(diayak dgn tepung gandum)
-1/4 sudu kecil esen vanilla
-secubit garam

cara2
-pukul butter n gula sampai kembang
-masukkan kuning telur n pukul lg
-masukkan esen vanilla n garam
-masukkan tepung gandum, serbuk koko n susu tepung
-letak coklat cip n badam 
-bentukkan dlm dulang yg dah dilenser
-bakar 190.c selama 12-14minit

resepi asal aku dpt drpd coursemate aku, Nabiha Jabid..yg ajar n bg tips nak buat pulak dr Kak Ain Rosedee..1st trial aku skema ikut resepi ni sebijik2...mula2 bakar mcm tak masak, lepas tu terhangus plak..haha.bila dah buat byk kali baru aku tahu apa yg kurang n apa yg lebih. Ada jugak la yg aku modify sikit2..Alhamdulillah still menjadi :D jadi kat sini aku nak tunjuk sikit mcm mana aku buat cookies ni

sediakan bahan2
- seketul buttercup (250g)
- 1 cawan gula icing
- 3 cawan tepung gandum
- 1/4 sudu KFC sodium bicarbonate
- 1 sudu makan susu tepung
- 2 sudu makan serbuk koko
- 1 biji kuning telur
- 1/4 sudu KFC esen vanilla
- 1 bekas kecil kacang badam hancur
- 1 bekas kecil cip coklat

* sebenarnya aku nak letak 2 cawan gula icing sbb aku suka2 je nak assume 100g= 1cawan tp kali ni aku  terlupa letak lg 1 cawan gula icing..
* esen vanilla aku letak kat kuning telur tu sbb akak aku cakap esen vanilla tu fungsinya tak nak bg bau telur
* aku ayak tepung gandum + sodium bicarbonate + susu tepung + serbuk koko bersama2

1st step yg common tiap kali buat biskut
pukul gula icing n butter sampai kembang

* mak aku cakap kalau dah putih pucat tu maknanya dah kembang lah tu
2nd step yg common pulak
masukkan telur n pukul sampai kembang lg
masukkan tepung yg dah diayak bersama2 sodium bicarbonate, serbuk koko n susu tepung tadi sedikit demi sedikit  sampailah sebati
masukkan badam hancur n cip coklat
uli doh sampai sebati

* doh yg aku buat ni agak lembik..hmm sbb kurang gula ke kurang tepung??
ok..sbb aku pandai2 je nak modify resepi org kot..haha

aku bentukkan adunan guna garfu n terus susun atas tray yg dah dilenser

* sblm bakar..aku preheat oven 20minit
ok..ini yg aku dah bakar dlm oven selama 30minit, 190.c
masa kita keluarkan panas2...cookies still lembut lg..bila dah sejuk, cookies jd rangup

* nampak tak apa beza gambar ni dgn gambar kat atas??
* aku kena bakar lebih lama berbanding resepi asal atas faktor jenis oven,  doh n tray
pastikan cookies betul2 sejuk sebelum simpan dlm bekas kedap udara
krup..krup..krup(eh camni ke bunyi rangup?..haha)
sedapnya!!walaupun aku letak 1 cawan gula icing je tp bg aku rasa manisnya dah cukup!
ok...korang boleh lah cuba.semoga berjaya :D

~ nyum3...rangup mcm femes amos :P ~

3 comments:

tunku aisyah said...

shim..:) kachah da activate blog..:)
tax gune URL yg dulu,,tukar baru..
http://kuchah.blogspot.com

nurul amira said...

nak try tapi kt rumah xde oven..hehe

Hashimah binti Ismail said...

orite kak chah...sy follow n letak dlm list

mira pinjam la oven jiran sebelah

Post a Comment