Monday 10 November 2014

cerita si hello kitty dah jadi doktor gigi

salam

memang dah lama sangat tak update blog. aku rasa tiap kali aku update je mesti ayat permulaan tu lebih kurang camni jugak

Alhamdulillah..sekarang aku dah berada di alam baru. alam pekerjaan. kalau dulu aku selalu cerita pasal kehidupan aku sebagai seorang pelajar pergigian, sekarang aku dah jadi doktor gigi pun. memang terasa kelainannya. macam tak percaya pun ada yang aku bukan student lagi. rindu jugak la kat fakulti. sobsss...sentimental pulak tiba2.

dah sebulan seminggu aku bertugas kat Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu Sabah. aku memang sengaja letak Sabah dalam pilihan. kononnya nak cabar diri hidup kat tempat orang yang aku tak pernah jejak pun. budaya yang berlainan, jauh dari keselesaan hidup dengan family dan bahasa persekitaran yang berbeza sedikit dengan bahasa harian aku.

banyak sangat cerita nak bagitau, sampai tak tahu nak mula kat mana dulu. eh dah macam pantun pulak. ok lah...lewat malam sudah. di sini Subuh muncul awal. kehidupan di bumi Sabah bermula 1 jam lebih awal berbanding di Semenanjung. Doakan kehidupan aku baik2 saja kat sini dan tak malas2 nak update blog.

Zzz...bosan betul baca blog ni


Monday 21 July 2014

jom derma baju terpakai yang masih elok di dalam kotak putih ini

salam..

dah nak raya ni mesti ramai yang dah start kemas rumah masing2 kan?
bukan setakat kemas ruang tamu je. seluruh pelusuk rumah dikemas sampai la ke almari baju yang ada dalam bilik masing2.

yela sebab ada yang dah beli baju raya berpasang2 tapi bila nak simpan pulak dah tak cukup ruang dalam almari baju tu. mula la geledah almari tu. mana2 baju yang masih elok tapi dah tak nak pakai sebab dah tak muat dan sebagainya akan dibuang...

buang?!
kat mana? buang dengan sampah domestik harian korang ke?

baju2 tu mesti elok lagi dan masih boleh dipakai kan..
apa kata kita sedekahkan baju2 tu dalam kotak putih ni



haaa....daripada kita buang je adalah lebih baik kita bagi kat kotak ni. insyaAllah dapat dimanfaatkan kepada insan2 lain.

aku percaya kotak putih ni ada kat seluruh Lembah Klang. tapi tak pasti pulak kat seluruh Malaysia. sebab setakat ni yang aku tau kotak ni ada 3 biji kat Universiti Malaya, ada 1 kat dewan Seksyen 17 Shah Alam, Ampang dan Meru. tempat lain aku tak pasti. mungkin kalau korang nak tau kat mana lagi ada boleh call nombor khidmat pelanggan tu kot.

ok...jom sambung kemas2 rumah. selain baju yang masih elok, boleh jugak kumpul teddy bear, tali pinggang, beg2 dan cadar untuk kegunaan mereka yang memerlukan

sedekah masa bulan Ramadhan ni kan besar ganjarannya. semoga apa yang kita bagi dapat dimanfaatkan untuk mereka yang memerlukan.

jom!!! selamat beramal




aku tak beli baju raya lagi. kuih raya pun tak buat lagi........ok bye!



Wednesday 16 July 2014

bazar ramadhan 2014: rambutan tak lekang

salam ramadhan !!

lama gila dah tak update blog!! tiba2 pagi2 buta ni rindu pulak nak singgah blog sendiri
sebenarnya aku tak boleh tidur...memikirkan apa yang dah jadi kat bazar ramadhan tadi

macam biasa la tiap tahun bila dah habis exam dan cuti dah start, aku akan tolong bapak aku kat bazar. tahun ni lagi best sebab abang aku pun ada jugak tolong kat bazar. cuma tahun ni lain sikit sebab bapak aku tak jual air tebu. bekalan tebu dah habis. ada jual air tebu masa awal2 minggu pertama puasa je. sekarang ni bapak aku jual tembikai, pisang, buah rambutan

laris jugak jual buah tembikai kat bazar ni rupanya. selain boleh buat air tembikai, makan sejuk2 time buka puasa pun sedap. bak kata bapak aku boleh sejukkan badan. haa...tu ayat iklan bapak aku

rambutan pun ada jugak. tadi ada customer excited nampak rambutan. tak silap aku memang bapak aku je kot yang jual buah rambutan kat bazar ramadhan Meru ni. seikat 5 ringgit je. ada la dalam 2 kilo. pastu customer tu tanya lekang tak? hmm...aku pun tak pasti sebab aku tak pernah makan lagi rambutan tu. aku nampak abang aku mengiyakan je yang rambutan tu lekang. so, aku pun angguk la kat customer tu.

nampak tak? kalau nak bisnes, kita sendiri kena kenal betul2 barang yang kita jual tu. kalau customer tanya, kita pun tahu nak jawab apa.

ok...so balik rumah tu lepas buka puasa aku pun try la makan rambutan tu sebijik. ermm...agak mengecewakan!!sebab bagi aku tak la lekang sangat. huuuuu....rasa bersalah pulak kat orang yang beli rambutan tu dengan harapan yang rambutan tu lekang.

aku rasa berdosa pulak sebab menipu dorang. huaaa....aku fikir sangat sampai tak boleh tidur. last2..aku bukak link blog sendiri nak update pasal ni.

astaghfirullah....di bulan ramadhan yang mulia ni aku doa agar customer2 kitorang maafkan kami dan dapat makan rambutan tu dengan happy dan tak membazir.




pengajaran untuk semua (^_^)v

Saturday 15 February 2014

cepatnya lalat terbang

hari demi hari berlalu
berlalu macam tu je
eh..apa aku dah buat ye sepanjang cuti sem sebulan ni????

orang putih kata 'time flies so fast'
melayu kata 'masa lalat terbang berlalu sangat cepat' 
sorang demi sorang tinggalkan aku
tinggalkan zaman bujang mereka
tinggalkan status 'single'

kawan2 sekolah menengah ramai yang dah bertunang, yang akan bertunang, yang dah kawin, yang akan kawin, yang akan dapat anak dan yang dah ada anak 3 pun ada.

nak rasa perit ke nak layan kan aje
bila makcik2 selalu tanya tentang giliran kita, tentang majlis kita, tentang calon kita
pernah jugak rasa perit..ohh macam ni rupanya perit tu bila aku pun pernah jugak tanya macam tu kat cousin2 aku yang makin berusia..haaa...padan muka..ok janji tak buat lagi

jadi..sekarang layan kan aje la
jawab je Insya Allah sambil tunjuk gigi..cukup!

rilek brader..brader rilek
belajar pun tak habis lagi
nak senaraikan menu lauk yang boleh masak, 1 pun takde
muka macam budak sekolah lagi
suara macam doraemon

banyak lagi yang boleh disenaraikan ni
pendek kata muhasabah diri
tau la nanti kenapa



Tuesday 4 February 2014

cerita kerja part time : Cashier di Giant Hypermarket

setelah interview...

kakak Supervisor : ok..awak boleh start kerja esok. datang pukul 5.30ptg ye pakai baju kemeja putih, tudung hitam, seluar hitam dan kasut pun hitam.

aku : err...ok

sampai rumah aku pun selongkar la almari baju cari kemeja putih. tak pernah2 ada kemeja putih. baju kurung putih sekolah ada lah. seingat aku hari pertama kerja, bapak aku hantar. nampak tak pengorbanan mak ayah kat situ. duit gaji nanti jangan lupa bagi sikit tau. walaupun aku anak bongsu, aku tak manja sangat. aku independent tau hehe. hari2 seterusnya aku pergi kerja naik bas. kena punch card hari2 pukul 5.30pm. jadi tiap hari jugak la pukul 3.00pm aku dah start siap2 nak pergi kerja. naik bas memang amik masa. kena jalan kaki dari rumah ke bus stop dan tunggu bas sampai kat bus stop. bila bas tu dah penuh dengan penumpang baru dia jalan. nak tunggu penuh pun kena tunggu. sebab tu kena siap awal2.

hari pertama, kerja aku bosan sikit la. biasa la pengenalan lagi. kerja aku tolong Cashier masukkan barang dalam plastik. tapi kerja ni bukan yang semudah yang disangkakan. aku diajar untuk masukkan barang2 dalam plastik dengan mengasingkan barang kering dan barang basah, makanan dan bukan makanan. contohnya kita boleh masukkan megi, coklat, biskut dan garam dalam plastik yang sama. elakkan bungkus ayam dan tepung dalam plastik yang sama walaupun keduanya makanan. sebab ayam tu bahan basah, manakala tepung tu bahan kering. selipar dan gula perlu berada dalam plastik yang berasingan. sebab selipar tu bukan makanan, gula tu makanan walaupun keduanya kering. kalau barang2 berat macam beras tu payah jugak la nak masukkan dalam plastik. kalau barang kaca macam kicap pulak kena hati2. fragile kan, kalau pecah siapa pulak yang kena bayar.



nampak macam senang kan tapi kerja ni perlukan kecekapan jugak la. bila orang tengah beratur panjang kat kaunter, customer pulak shopping penuh 1 troli, masa tu la kita kena cekap memilih barang yang nak masukkan dalam plastik yang sama dalam masa yang sama kena susun dalam plastik tu elok2 supaya dapat mengoptimumkan penggunaan plastik. haaa...kalut jugak la awal2 tu. tapi setiap yang payah dan kekalutan tu ada je cara yang memudahkannya. Cashier2 yang dah lama kerja banyak tolong kitorang yang baru kerja ni. dorang semua ramah dan sedia membantu. membuatkan aku pun takde la segan sangat nak mintak tolong.

habis kerja pulak pukul 10 malam. biasa la pasaraya kan tutup pukul 10malam. eh tapi pukul 10 tu belum boleh punch card lagi. Cashier semua kena masuk dalam bilik duit untuk kira duit. tapi aku yang baru kerja ni boleh dah balik. bapak aku la yang jemput balik. dan aku baru difahamkan yang kerja aku ni part time kontrak untuk chinese new year. selama 1bulan setengah la kerja aku dari pukul 530ptg sampai 10malam. ni lah pengorbanan bapak aku, kena jemput anaknya balik kerja tiap malam.

walaupun bapak kita tak pernah cakap ' i love u my anak' tapi dengan cara ni lah dia tunjuk betapa sayangnya dia kat kita. ok next episod aku akan cerita betapa bestnya jadi cashier pegang banyak duit beribu2..ting ting ting!!!

Saturday 1 February 2014

kisah mak abah #4 : BR1M RM1000

sedang melayari laman sesawang BR1M. konon2nya nak apply tapi katanya kat situ tak layak mohon kepada mereka yang menerima BB1M. hampa...

aku : mak, abah dah apply BR1M belum?
mak : ntah abah...dah lah kot. tahun ni dapat berapa?
aku : RM650
mak : RM650 je...bukan RM1000?
aku : aah...hmm
mak : hahahaha...kena tipu dengan Najib
aku : ............

aah kan...kenapa RM650 je..katanya kalau BN diberi mandat memerintah lagi nak bagi BR1M RM1000..jeng jeng jeng

bila aku kaya...hari hari hari raya
bil2 jiran keluarga aku belanja selamba

google image

Thursday 30 January 2014

cerita kerja part time : mencari kerja di Klang Parade

Salam..

aku bila dah cuti ni duduk rumah je lah. bosan jugak kalau cuti lama2 tapi asyik menghabiskan beras je kerjanya kat rumah. jadi, setiap kali cuti panjang selalunya aku akan kerja part time untuk mengisi masa terluang, disamping menimba pengalaman dan mengisi poket dengan wang pendapatan.lagipun bapak aku amat menggalakkan anak daranya ni kerja part time bila cuti panjang. bosan kot tengok anaknya asyik tidur je..hahaha

pengalaman pertama aku kerja part time ialah jadi cashier kat Giant Hypermarket, Klang Parade. masa tu baru habis SPM. sementara menunggu result dan sambung belajar ke tahap seterusnya, ada lah dalam 5 bulan cuti. aku rasa boleh jadi gila kebosanan jugak la kalau tak buat apa2 dalam tempoh masa tu.

jadi, aku dengan seorang kawan rapat aku, nama dia Ayu pergi ke Klang menaiki bas awam. bas awam sekarang namanya Bas Seranas, tambang 70sen dari Meru boleh sampai Klang. aku pun tak ingat la zaman aku lepas SPM tu nama bas sama ke tak. ok..lepas tu aku dengan Ayu pun turun la kat Klang Parade. masa tu tahun 2008, awal tahun lagi. Setia Alam belum wujud lagi, hutan pokok kelapa sawit je yang ada. jadi, Klang Parade ni kira mall paling gah dan paling dekat la dengan penduduk2 Meru. nak shopping ke, bowling ke, dating ke, makan KFC, McDonalds pun kat Klang Parade je yang paling dekat. kalau tak silap aku naik bas ke sana ada lah dalam 1 jam lebih sebab bas banyak tempat dia berhenti amik penumpang. kalau kereta ke sana amik masa dalam 30minit kot.

google punya gambar


sampai je kat Klang Parade, aku dengan Ayu pun round2 la kat semua kedai yang ada. buat muka tebal la tanya ada vacancy tak. bukan setakat McDonalds, Secret Recipe, kedai buku, kedai kasut je kitorang redah, pusat karaoke pun kitorang try. kebanyakan kedai masa tu tengah takde kosong. kitorang kira lambat jugak mintak kerja sebab masa tu dah bulan Januari. SPM paling awal habis pertengahan November. maksudnya budak2 SPM lain dah rembat semua kerja kosong kat sana. hmm...mungkin. lokasi terakhir kat Klang Parade tu kitorang ke Giant Hypermarket bawah tanah. ada la staf yang layan kitorang suruh isi borang. kitorang pun bantai je la isi. dapat ke tak dapat tu lain cerita.

dalam beberapa hari lepas tu, aku dapat panggilan telefon dari Giant. katanya suruh datang ke sana untuk interview. teruja la jugak masa tu dan aku terus telefon Ayu. tapi Ayu tak dapat panggilan pun. katanya mungkin sebab alamat rumahnya kat Bukit Kapar, lebih jauh dan susah nak datang kerja nanti.

esoknya aku pergi interview dengan mak aku. naik bas. nampak tak betapa berdikarinya kami. nak pergi mana2 masa tu naik bas je. duduk pun berhimpit, macam2 bau ada. kadang2 rasa macam kitorang ni foreigner sebab mostly penumpang bas tu bukan warga Malaysia.

eh ok2..sambung cerita. alaa...interview tu takde la serius sangat pun. kakak Supervisor tu tanya pernah ada pengalaman kerja ke tak lepas tu suruh jawab soalan matematik sebab kerja yang dia nak bagi tu Cashier. tapi Cashier pun nak kira nanti tekan2 mesin je pun, bukannya congak. bila aku fikir2 balik rasionalnya nanti kita kena kira duit. dari sini kita nampak ye betapa pentingnya subjek Matematik. nak mintak kerja part time macam ni pun dia nak kita pandai Matematik dan ada orang bagitau aku pemilihan pelajar ke Matrikulasi pun berdasarkan result SPM subjek Matematik. sebagai contoh seorang pelajar dengan keputusan SPM 2A dan yang A tu Matematik, maka beliau telah dipilih untuk ke Matrikulasi. seorang pelajar lagi dengan keputusan SPM 5A tapi matematik dapat D, maka dia tak dapat Matrik. kalau dapat pun mungkin PDT (Program Dua Tahun).

aku tau aku dah lari topik sangat. takpe next time aku cerita pulak macam mana aku menempuh hari2 aku sebagai seorang Cashier di Giant Hypermarket ketika berumur 18tahun.

tunggu episod akan datang...




Wednesday 29 January 2014

kena tindih hantu ke sleep paralysis?

assalamualaikum...

lalala..memang dah lama gila tak update blog. kononnya busy sebab dah final year. InsyaAllah final year dan sekarang tengah bahagia kat rumah cuti semester.

selama sebulan dapat tidur kat rumah. yang paling best ada banyak bantal!! tapi tak kesah la selesa mana dan seteruk mana pun tempat tidur tu, aku pasti tak terlepas dari kena tindih masa tidur. sebenarnya fenomena ni dari aku kecik sekolah rendah lagi dah selalu kena. pernah jugak masa tu aku tidur dengan mak aku, tiba2 aku rasa macam dibawa melayang2...eh ke bapak aku yang angkat aku masa tu?

bila dah besar sekolah menengah duduk asrama pun kena jugak. tak kira la tidur malam ke siang, tengah hari pun pernah jugak aku susah nak gerakkan badan. seingat aku paling kerap kena masa kat matrik. tidur dalam keadaan duduk pun kadang2 berat je badan aku susah nak bergerak. masa tu aku kat matrik negeri sembilan, duduk kat blok C5. dorang kata blok tu paling keras.hihihihi

sampai lah aku kat universiti. aku ingat takde apa2 dah. sebab aku pun tak pernah pulak dengar kisah2 misteri kat blok E yang aku duduk ni. tapi tiap semester pun ada sampai roomate aku pun perasan kadang2 aku macam nak menjerit tapi susah betul suara aku nak keluar.

bila dah tahun 5 ni baru aku tahu ada sorang lecturer aku pun berpengalaman sama macam aku. dia cadangkan aku untuk jumpa psychiatrist. korang jangan ingat orang yang jumpa psyciatrist ni orang gila je. hehehe...so, lecturer aku pun tolong tulis referral letter ke klinik psikiatrik PPUM. takut jugak sebenarnya nak jumpa doktor pakar kat sana, err walaupun aku juga bakal doktor.

bila dah jumpa psychiatrist, doktor tu bagi aku ubat. ubat tidur katanya. supaya aku boleh tidur dengan tenang. doktor cakap sleep paralysis ni benda biasa dan tahap aku belum kritikal lagi. hmm...tapi aku rasa macam parah je kes aku



Doktor suruh aku makan Lorazepam sebijik sebelum tidur. ni sejenis ubat dari benzodiazepine group. doktor tu cakap ubat ni dapat bantu aku untuk capai REM sleep dengan lebih cepat. tidur ni ada banyak stage sebenarnya. kalau korang nak tau lebih lanjut boleh la tanya Mr. Google. aku pun tak tahu sangat. doktor cakap bila kita dah dapat REM sleep kita tak kan mimpi, kalau mimpi pun kita tak akan ingat mimpi tu. satu lagi masalah aku bila tidur, aku selalu dapat mimpi mengarut2 dan aku ingat mimpi tu dan membuatkan aku sentiasa fikir pasal mimpi tu. tu yang stress tu :'(

tapi ubat ni ada side effect jugak. pertama kali aku makan, memang tidur sangat tenang. bangun pun lewat. pastu dah bangun rasa pening2,loya2. sekarang aku dah tak makan ubat ni sebab aku rasa masalah tidur aku dah ok.

kalau korang pun ada masalah tidur, susah nak tidur, senang sangat tertidur walaupun sedang berborak dengan kawan2 pun boleh jumpa psychiatrist. aku yang belajar dalam bidang kesihatan camni pun baru tahu yang masalah aku ni psychiatrist boleh tolong. selama ni bila cerita kat family, mak aku selalu cakap ada hantu yang tindih kat badan kita. mungkin betul jugak. apa2 pun boleh je kita berusaha dengan berjumpa doktor pakar psikiatrik dan pakar perubatan Islam. last sekali doa lah banyak2, mintak pada Tuhan.