Showing posts with label blogosphere. Show all posts
Showing posts with label blogosphere. Show all posts

Wednesday, 15 August 2012

yeay! aku dapat kad raya dari encik Hamzah Ian, blogger TerbangTinggiTinggi

Salam 26 Ramadhan !

finally sampai jugak kad raya dari TerbangTinggiTinggi kat alamat rumah aku :)

nice! design kad dari Kanda & Dinda wedding cards
ni lah kad raya pertama yang aku dapat untuk raya tahun ni. mungkin jugak ni je lah satu2nya kad raya yang posmen hantar ke rumah aku memandangkan dunia semakin moden. semua orang send ucapan raya thru fb,email atau sms je.

tengok tulisan encik Hamzah Ian tu mengingatkan aku kat tulisan doktor2 bila baca folder patient..hehe
apa2 pun terima kasih banyak2 kat TerbangTinggiTinggi dan Kanda & Dinda for the kad raya!! teruja sangat ok :D

macam mana aku boleh dapat kad raya ni??
buat muka comel pastu mintak je la dari SINI. kalau korang pun nak, try la mintak tahun depan.

ok. selamat berbuka puasa ;)



Thursday, 22 March 2012

contest aku suka makan coklat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

ini adalah kali kedua aku join sesuatu yang dianjurkan oleh blogger. terpengaruh bila tengok nisa join contest ni. kalau nak tau lebih lanjut boleh klik gambar kat bawah ni

siapa2 nak tempah coklat boleh tempah kat Choco Sweeties..nyum3
klik je gambar ni 
ok..ada 3 sebab utama aku suka sangat makan coklat, iaitu.....

pertama : coklat bagi aku inspirasi untuk aku amik course dental (pergigian)
masa kecik2 dulu aku suka sangat makan coklat. akak aku cakap aku makan coklat macam makan nasi. milo pun aku suka ratah sampai abah aku sorokkan tin milo, tak nak bagi aku makan. kesannya, gigi aku masa zaman kanak2 sangat teruk. banyak caries(lubang). bila dah sekolah menengah, aku terkenangkan balik peristiwa ni dan aku nekad nak amik dentistry dan jadi doktor gigi. nak bagitau orang ramai jagalah gigi supaya tak rosak macam gigi aku masa kecik2 dulu

rampant caries
lebih kurang macam ni la gigi aku masa zaman kanak2
kedua : coklat boleh buat aku tersenyum lebar dari molar ke molar (geraham ke geraham)
baru2 ni aku baru je dapat coklat dari patient gigi palsu. hepinya!! bila hepi mestilah senyum luas2 :D hilang segala kerut2 kat dahi akibat stress kat klinik.hehe.. tapi awas!!makan coklat banyak2 dan tak berus gigi lepas makan coklat boleh membuatkan anda tak dapat senyum dengan gigi yang sihat..hehe

yeyeahh...dapat coklat :D
ketiga : coklat membuatkan aku rajin berus gigi dan floss setiap hari sebelum tidur
disebabkan coklat ni merupakan makanan bergula..so coklat jadi sebab utama aku perlu rajin berus gigi dan floss sebelum tidur untuk mengelakkan pembentukan caries (gigi berlubang dan rosak). dah tua2 camni lah aku baru nak jaga gigi elok2. masa kecik2 dulu hanyut terleka dengan coklat tanpa memberus gigi selepas makan

semua sebab berkaitan dengan life dental aku sekarang kan..hehe..tapi betul la, masa kecik2 dulu gigi aku sangat teruk rosaknya sampai ramai yang ejek aku :(. lepas tu, aku berminat dan berazam nak belajar pasal gigi, macam mana gigi boleh rosak dan nak orang jaga kesihatan gigi sejak kecik lagi

tak salah nak makan coklat. tapi kena kawal dan pandai jaga kebersihan dan kesihatan mulut :D

ok pha is , cimot dan miss ezzat.. anda adalah 3 orang yang bertuah kena tag kat sini

last but not least..happy 22nd birthday to Hashimah binti Ismail (aku la tu ) ehem2..Admin, birthday kita tak jauh pun..tak nak tukar2 hadiah ke? :P

Saturday, 24 September 2011

segmen : himpunan nama-nama

assalamualaikum n salam sejahtera

hye readers...rindu korang!! :D lama sangat2 aku tak upload update status blog, sampai ada yg  bising... hehehe. sebenarnya banyak je cerita aku nak share dgn korang tp 2 minggu pertama awal sem baru ni aku dah start busy pulak dengan klinik n preparation utk setiap kelas (elehh...busy konon..lecturer suruh study subjek 1st year tp aku study subjek 'facebook baru' :P )

ok berbalik pada entry kali ni...aku nak join segmen himpunan nama-nama anjuran anime girl blog a.k.a kawatersmate (pelik gila bunyi :P maksudnya kawan skuad kawat kaki) aku masa matrik dulu

1st of all nama aku hashimah binti ismail. menurut mak aku, abah aku yg bagi nama ni. katanya sbb simple n senang nak ingat. hmm... aku rasa la kan abah aku bagi aku nama ni sbb abah aku minat kat pelakon lama hashimah yon yg banyak berlakon dgn p. ramlee dulu...haha aku cuma assume saja..nak tau sebetulnya boleh tanya encik ismail bin sudar,orite? ok, hashimah maksudnya baik, sopan, amanah...hmm aku bukan la baik sangat tapi aku sedang berusaha ke arah itu!!iyarrgghhh!!! Insya Allah :)



nama aku ni dah dikategorikan dalam nama veteran..yela mana ada org sekarang bagi nama anak, hashimah. so aku ingat memang dah susah sangat nak jumpa nama aku kat mana2 dah...tiba2 junior 1 floor dgn aku kat kolej ni sama nama dgn aku, nama panggilan pun sama. lepas tu ada 2org kawan yg aku kenal dr kem pun nama sama dgn aku. ramai pulak kat dunia ni nama hashimah rupanya ye. rasa macam nak buat group kat fb pulak.haha.. :D

makin moden dunia ni makin canggih nama anak. Qatrun Nada', Auji Amani, Adriana Damia, Neelofa, Betty Benafe hmmm... banyak lagi la. sekarang ni tahun 2011, kalau aku dah kawin nanti n ada anak...mesti dah makin canggih lagi kan (agak2 nak bagi nama apa kat anak sendiri nanti ye :P hehehe). apa2 pun Alhamdulillah aku sendiri ada nama n maksud yg baik. bagi aku..selain drpd perkataan terima kasih, maaf n tolong..nama juga merupakan 1 magic word! mesti suka kan kalau orang panggil kita dengan nama kita sendiri ;)

~ apa maksud syimiekitty??...nantikannn...hehehe ~