Thursday 19 July 2012

patut la dah lama tak nampak Raja Farah berlakon

masa otw nak balik UM dari Gold Coast hari tu..kawan aku ajak singgah Snogurt. aku pun tak tahu Snogurt tu apa. kawan aku cakap tu kedai aiskrim macam Tutti Frutti tapi murah sikit. aku dah la Tutti Frutti pun tak pernah makan, menonong je la ikut dorang pergi sana.

masuk2 dorang terus ambik cup aiskrim dan pilih aiskrim apa dorang nak. aku pulak masuk2 je 'oh..camni la kedai aiskrim yang macam tutti frutti tu'..pastu pergi usha suasana kat luar kedai ni memandangkan dia terus tembus masuk dalam bangunan metro point Kajang ni ishh apa ayat aku ni haha bagaikan kancil masuk kampung...eh kancil ke? rusa la..adoii rosak bahasa

aku macam blurr tak tahu nak makan aiskrim apa..ahhh bantai je la ambik perisa coklat dengan butter cookies..pergi kat kaunter ada pulak macam2 topping..confius pulak nak letak apa..lagi sekali bantai je la letak buah strawberi,kiwi,anggur...wah3...pilih topping yang mewah2 je aku ni sedangkan kawan2 aku hanya memilih nestum dan choc rice sahaja ok

sedang menunggu giliran nak bayar..haha dah la aku tak bawak duit,dengan tak malunya pinjam je la duit Terra. masa tu la aku baru perasan yang jadi cashier tu rupa2nya artis. wah!! 

aku macam overexcited siap bawak aiskrim nak bergambar dengan dia

jeng jeng jeng... ni lah artis yang aku jumpa kat kedai aiskrim masa nak balik dari Gold Coast hari tu.Raja Farah! tanpa mekap, tak lekang dengan senyuman dan layanan dia terhadap customer ohh superb ok! siap explain lagi harga sebelum diskaun dan selepas diskaun. 

kitorang pun duduk kejap kat kedai tu. kawan aku cakap Snogurt ni memang kedai dia. dari pembacaan aku, kedai ni family dia punya. katanya tengah fokus tolong uruskan bisnes family dia. ohh patut la...(berbalik pada tajuk entry aku)...
'akakk..nak ambik gambar dengan akak boleh tak?' haha kononnya segan tapi selambe jugak la aku ajak ambik gambar dengan dia hehe..aku memang batak bila jumpa artis :P

ada 15% diskaun untuk student dengan student card. siapa2 nak try rasa Snogurt dan nak jumpa Raja Farah jugak boleh la pergi Snogurt kat Metro Point Kajang. ada jugak banyak outlet lain boleh check kat web site Snogurt



2 comments:

Anisa Anuar said...

really?? baru tahu....sedap tak? atau lg better dr tutti frutti

shima said...

dah google2..rupenya snogurt ni dr 2010/2011..2012 ni ha aku baru tau.
tak tahu la mana lagi sedap sebab aku tak pernah rasa tutti frutti..snogurt ni ais krim yogurt so dia rasa masam2 yogurt

Post a Comment