Sunday 30 October 2011

Kek Coklat Kukus Nyum3

Assalamualaikum n selamat hari ahad :)

Hari ni hari ahad..esok dah hari Isnin. so hari ni dah kena siap2 nak balik kolej sebab esok pagi2 dah ada kelas. sebelum tu.. jom tengok wall fb aku!! (tiba2 je)

ni la bila budak dental dah masuk clinical year...
waiting list lah..request patient lah..
FTA (Failed To Attend - istilah untuk patient yang tak datang walaupun dah janji nak datang :( )
ortho (subjek orthodontics) - buat masa ni kitorang belajar bending2 wire untuk buat retainer
comments tak habis lagi...kat bawah ni ada sambungannya...

ni la roomates aku...sorang mek kelate sorang lagi budak ganu
cuti pendek2 ni dorang tak balik kampung
memang tiap minggu aku tinggalkan dorang kat bilik...ha ha ha padan muka :P
mengenangkan roomates aku yang hampir seminggu aku tak jumpa, tambah2 pulak hampir setiap minggu dorang request kek coklat n kek batik dr aku... dengan sukacitanya n berbesar hati aku pun buat la kek coklat ni special untuk dorang :D 
comot2 pun yummy ok :)
meh2 ikut aku masuk dapur..aku buat live tutorial step by step macam mana nak buat kek coklat kukus nyum3 ni
step pertama
sediakan bahan2 yg simple
- 1 1/4 cawan tepung gandum (diayak dengan 1 sudu teh baking powder n sodium bicarbonate)
- 3/4 cawan serbuk koko
- 1 cawan brown sugar
- 1 cawan minyak
- 1 cawan susu coklat
- 1/2 cawan susu pekat
- 3 biji telur + 1 sudu teh esen vanilla
step ke-2
step ke-3
step ke-4
step ke-5
step ke-6 (topping)

step ke-7
makan! nyum3 :O
* mintak maaf ye my roomaates..aku dah makan dulu hehe
dengan itu berakhirlah sesi baking kita untuk kali ini...entry ini special untuk my roomates, Nur Atterrah Dayana Mohd Zali n Norhazlinda Mat Zin (resepi dah ada...so lepas ni korang pulak baking kek untuk aku :P ) 

ni lah roomates aku
Terra n Linda
pagi2 lg kitorang suka sentap2
tp tu lah yg membuatkan kitorang kuat!
sayang korang :X
''Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat n orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari'' ~ Saidina Ali ~
             


Friday 28 October 2011

take a face mirror n read this!

Assalamualaikum n happy always :)

orite!! are all of you here ready with your own face mirror at your hands now??!!
if not, go and take it now... i'm waiting! hurry up ok!

hello kitty face mirror from Google image
so cute :)

haha..actually i would like to introduce you about the hardest tissue in our body. it is called as
teeth . gigi . untu(in javanese)

yup..gigi lebih kuat daripada tulang!

then..what is the relation between teeth and face mirror? (good question!)

now...look at your cute face mirror and open your mouth widely...you will see something like this...

see...sama tak?
lebih kurang la kan..
we (adult) normally have 32 permanent teeth including wisdom teeth (2 upper and 2 lower).  basically we have incisors, canines, premolars and molars.  Let me introduce you with them 1 by 1

Incisors
nickname : gigi kacip
function : cutting the food


incisors
1- upper central incisor (gigi kacip tengah atas) 
> the largest incisors
> gigi kapak @ gigi arnab
> eruption age : 7-8 years old


2- upper lateral incisor (gigi kacip tepi atas)
> smaller than upper central incisors
>eruption age : 8-9 years old


3- lower central incisors (gigi kacip tengah bawah) 
> the smallest incisors
> eruption age : 7-8 years old


4- lower lateral incisors (gigi kacip tepi bawah)
> wider than lower central incisors
> eruption age : 8-9 years old


Canines
canines
nickname : gigi taring
function : tearing the food

5- upper canine (gigi taring atas)
> the longest tooth in total tooth length 
> sharp pointed edge
> eruption age : 11-12 years old

6- lower canine (gigi taring bawah)
> sharp pointed edge
> eruption age : 11-12 years old



Premolars
nickname : geraham kecil
function : chewing and grinding the foods
7- upper 1st premolar (gigi premolar pertama atas)
upper premolars
> hexagonal shaped
> eruption age : 10-11 years old

8- upper 2nd premolar (gigi premolar kedua atas)
> oval shaped
> eruption age : 10-12 years old


9- lower 1st premolar (gigi premolar pertama bawah)
lower premolars
> diamond shaped
> eruption age : 10-11 years old

10- lower 2nd premolar (gigi premolar kedua bawah)
> larger than lower 1st premolar
> square shaped
> eruption age : 10-12 years old

Molars
nickname : geraham
function : crushing and grinding the foods

11- upper 1st molar (gigi molar pertama atas)
> rhombus shaped
> eruption age : 6 -7 years old

upper molars
12- upper 2nd molar (gigi molar kedua atas)
> smaller than upper 1st molar
> eruption age : 12-13 years old


13- upper 3rd molar (gigi molar ketiga atas)
> wisdom tooth (geraham bongsu)
> heart shaped or varies
> eruption age : 17-21 years old

14- lower 1st molar (gigi molar pertama bawah)
> larger than 2nd lower molar
> 5 cusps
> eruption age : 6-7 years old
lower molars

15- lower 2nd molar (gigi molar kedua bawah)
> square shaped
> 4 cusps
> eruption age : 12-13 years old


16- lower 3rd molar (gigi molar ketiga bawah)
> wisdom tooth (geraham bongsu)
> oval shaped or varies
> eruption age : 17-21 years old

finally...there are 16 permanent teeth at every jaws, upper jaw and lower jaw.

i know it's quite tiring opening mouth widely for a long time...before you close your mouth and keep your cute face mirror safely, can you give me a sweet happy confident smile like this...please... :D

Dari Abdullah bin Mas'ud berkata, beliau berkata: "ketika itu aku melihat Rasulullah SAW tertawa sehingga gigi geraham baginda jelas kelihatan" (Hadith Riwayat Bukhari, Muslim, At-Tirmizi dan Ahmad)
Nabi ketawa sampai nampak molar je..kita ketawa macam mana??(muhasabah diri)
ok..thank you for reading..hope you get something to learn from this entry, Insya Allah :D

Thursday 20 October 2011

Irma Hasmie berpelukan lagi??

Assalamualaikum n selamat sejahtera

kontroversi sungguh tajuk entry aku kali ni..tapi ni lah kenyataan yg baru je semalam berlaku..kalau korang tak percaya jom tengok gambar kat bawah ni 

Irma Hasmie berpelukan dgn Syimiekitty n Zati!! :D

see...tangan dia kat bahu kiri aku n tangan aku kat bahu kanan dia

hehehe...silalah jeles!! semalam aku dapat jumpa Irma Hasmie. beliau sgt cantik n mesra. mata kecik je tp senyuman beliau lebar, kelihatan molar ke molarnya yg putih (jeles...gigi dia lg putih dr gigi aku :( )

ok..bukan ni je yg aku excited sgt nak share dgn korang..yg penting hari ni aku nak kongsi apa yg kak Irma sampaikan masa beliau jd panel dlm forum 'wanita, selamatkan dirimu'. khas utk kawan2 yg tak berkesempatan utk turut hadir forum ni semalam



point pertama yg kak Irma tekankan kat forum ni..'jagalah aurat n fahamilah maksud aurat' n beliau menghuraikan maksud ayat Al Quran yg menjadi pegangan dlm hidupnya utk beliau terus istiqamah dlm surah An Nur ayat 30-31

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

haa...dah baca dah ayat 30 n 31 surah An Nur ni?? korang perasan tak, ayat 30 tu pesanan utk lelaki n ayat 31 tu pesanan utk perempuan. Kak Irma kata pesanan utk perempuan lebih panjang drpd lelaki..ni la tanda Allah sayang kita supaya perempuan dapat jaga diri n selamat kat mana2 je

Kakak comel ni jugak mengingatkan kita lg dlm surah Al Ahzab ayat 59

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." 

Kak Irma kata perubahannya dlm penampilan yg kini sudah bertudung n menutup aurat menjadikan dirinya lebih konfiden, hormat pada diri sendiri n selamat. 'takde kes terpeluk2 dah', katanya selamba :D hehehe

beliau ada kongsikan terdapat 2 jenis kecantikan :
- kecantikan haiwaniah
- kecantikan insaniah
n mestilah kita nak kecantikan insaniah sebab berpakaian lengkap. kalau haiwan, mana pakai baju kan..

point last sekali Kak Irma menceritakan pengalamannya berhadapan dgn org sekeliling setelah berubah kepada kehidupan yg lebih baik. katanya ramai yg bagi respon positif, ada jugak yg negatif. tapi beliau menolak respon2 negatif tu utk jadi lebih kuat dgn pendiriannya sekarang. 

wah...suka dengar kata2 kak Irma Hasmie ni. beliau sgt positif n bg semangat kat aku utk berusaha memperbaiki diri sendiri !! :) FYI, kak Irma pun ada group usrah sendiri

ok..ini sahaja yg aku ingat dr forum semalam..baru je td LIKE page Irma Hasmie.

~ dengan tak malunya...2x aku amik gambar n salam dgn dia ~

Monday 10 October 2011

pengisian terbaik di FESKUM 2011

Assalamuaaikum n selamat sejahtera

berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2011 (FESKUM) baru2 ini. banyak sangat pengisian menarik yg disediakan oleh pihak penganjur. aku sempat pergi 2 event je, forum keluarga n malam simfoni...walaupun 2 event ni je, aku dpt rasa FESKUM tahun ni lebih best dr tahun2 lepas :) 


semuanya best2 tp tak sempat nak tengok semua
  
tapi ada 1 yg aku kurang gemar masa FESKUM...2 hari dlm minggu tu dewan makan kolej aku ditutup sbb nak suruh kitorang beli makanan n support Gerai Konvo ASTAR(GKA). pihak kolej bg kupon 7ringgit utk 2 hari. huhuhu mana cukup nak makan byk2. dengan bijaknya aku n kawan aku, Biha kongsi kupon beli burger ayam 2, benjo 2, soft drinks 2 n jco donut 2. haa..dpt banyak item..bijak kan kitorang?? hehe. lepas beli makanan kat GKA, kitorang tengok forum keluarga...ada wardina..cantikkk!!! 


ahli panel : ustaz pahrol, prof kamil n wardina 

meh aku share sikit beberapa point yg aku sempat tulis masa forum ni

  • Ustaz Pahrol b Juoi (Penulis majalah Solusi)

Institusi rumah tangga ni tujuannya utk diri kita sbg :
- hamba Allah : berakhlak baik n beribadah kpd Allah
- khalifah di bumi : mengatur dunia dgn agama n beri kebaikan

hadith Nabi SAW : 'bila berumah tangga, separuh agamanya selesai' 

inilah jalan utk laksanakan tugas sebagai khalifah

sebab org yg tak dpt capai bahagia
- tak tahu erti bahagia
- tak tahu bagaimana nak capai bahagia

' ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang' (Ar Raad:28)


kahwinlah sekali seumur hidup sehingga akhir hayat

seburuk2 perkara halal ialah cerai! :(

  • Prof Madya Mohamad Kamil (Pensyarah Akademi Pengajian Islam UM)
40 perkara yg menyebabkan rumahtangga tak bahagia :

lelaki
- ego besar sangat
- letak kesilapan kat org lain
- tak berjaya dlm kerjaya
- bohong
- tak amanah
- suka mengadu
- berat mulut nak panggil 'sayang' n 
 cakap 'i love u'
- tak ambil kisah masalah isteri
- kasar pada anak2
- panas baran
- tak prihatin pd anak2

perempuan
- banyak perkelahian / perang
- banyak complaint
- campur tangan hobi suami
- cuai dengan diri sendiri
- selekeh
- tak prihatin
- ego tinggi
- terlalu cepat marah
- bangga diri
- tak ikhlas
- mudah merajuk
- banyak kritik
- terlampau berfikiran sempit
- cuai didik anak
- lemah tadbir rumah tangga
- banyak bantah
- mengada2





















tak cukup 40 points :( ..ni lah yg sempat aku tulis. cuba baca points tu balik n check kat diri kita (eh..lupa. belum kawin :P )..haha..banyak pulak points utk perempuan 

  • Wardina Safiyyah (Personaliti TV)
melahirkan, mengandungkan n menyusukan merupakan 1 keistimewaan wanita..bukannya bebanan

ciri2 calon suami beliau :
- solat 5 waktu (ciri ini menjadi ciri utama bg beliau dlm memilih calon suami kerana lelaki yg tak cinta Allah bermakna tak mencintai kita)
- bijak
- tak merokok
- kuat berusaha

beliau tak mintak seorang yg kaya sebagai calon suaminya

kekuatan datang dr Allah

kata beliau..walaupun sudah lama bertudung, beliau masih lg mempertingkatkan dirinya dgn menyertai usrah n membaca Al Quran

cintai diri sendiri sebelum minta org lain mencintai kita

'usrah really change my life' -wardina safiyyah - :)

seronoknya dpt jumpa wardina secara dekat. pengisian yg sgt baik khususnya utk semua kaum wanita :D hari terakhir FESKUM pulak last minit aku decide nak pergi tengok malam simfoni. bila dah last minit..mestilah aku tak tempah tiket lg. Alhamdulillah kakak kaunter tu bg aku tiket.yeay!! happy dpt tengok nasyid walaupun sedih sbb tak dapat balik rumah..plannya ada makan buddy malam tu tp cancel tiba2. rezeki pulak dapat tiket konsert :D

ada unic, rabbani, saujana, feelhoney n imam muda
lama dah aku tak dengar nasyid...enjoy sangat!bg aku mmg FESKUM 2011 ni lah yg aku rasa paling best berbanding tahun lepas. Tahniah AJK FESKUM 2011!! buat lagi best macam ni tahun depan tau! :D ok..lastly nak bg korang dengar salah 1 lagu kat konsert ni...atas nama cinta by UNIC..aku dah ulang lagu banyak2 kali dah


 
~ dapat beli tshirt labuh comel n kerongsang bunga2 cute dgn harga yg sgt murah! ~

Monday 3 October 2011

klinik Al-Quran

Assalamualaikum n selamat sejahtera


Alhamdulillah..semalam aku sempat join Klinik Al-Quran sebelum balik rumah. plan nak balik rumah pagi2 lepas sarapan tiba2 petang jumaat tu Cik Mun dewan makan edar flyers ni. macam menarik je benda ni..Fhatin ajak aku balik tengah hari lepas program ni. aku tengok program ni dapat sambutan. hampir full jugak la lecture hall. pada siapa2 yg tak berkesempatan nak join semalam..meh sini aku nak share apa yg aku dapat dr program ni :)

  • slot 1 : kelebihan Al-Quran n adab2 terhadapnya
disampaikan oleh Ustaz Hj Hazarudin bin Hj Baharudin dr JAWI. tengok je muka macam ustaz yg garang tp kelakar sgt. tak ngantuk n best sangat dengar penyampaiannya. kat bawah ni antara slide2 beliau yg sempat aku tulis

Keistimewaan Al-Quran (Al-Quran panduan hidup)
- panduan kpd Nabi dlm dakwah - Taurat (Nabi Musa)
                                                   - Zabur (Nabi Daud)
                                                   - Injil (Nabi Isa)
                                                   - Al-Quran (Nabi Muhammad S.A.W)
- Al-Quran je yg masih kekal terpelihara sampai sekarang...yg lain dah diseleweng

Nuzul Al-Quran
- dr Luh Mahfuz ke bait Izzah
- pd hari Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 keputeraan Rasulullah SAW
- di Gua Hira' di Jabal Nur, Mekah
- surah pertama : Al-Alaq 

Tegur imam ketika solat dgn zikir atau bacaan Al-Quran

Apa itu Al-Quran 
- kitab lengkap n sempurna
- sesuai diamalkan sepanjang zaman, tempat n fitrah manusia
- terpelihara drpd segala perubahan, penyelewengan n campur tangan manusia
- kekal hingga hari kiamat

Info Al-Quran

28
Huruf hijaiyah (ا, ب, ت ...ي  )
340740
Huruf
77 437
Kalimah
6263
Ayat
114
Surah (Al-Fatihah, Al-Baqarah…An-Nas)
30
Juzuk
60
Hizib (kumpulan ayat2)
240
Maqra
abaikan >>

Keistimewaan yg takde kat kitab lain
- dapat pahala
- dipermudahkan utk dihafaz (surah Al-Qamar ayat 17)
- lengkap, sempurna, asas petunjuk utk urusan dunia n akhirat (surah An-Nahl ayat 89)

Adab guru Al Quran n murid
- jadikan redha Allah sebagai matlamat
- bukan utk habuan dunia
- tak rebut anak murid
- akhlak baik
- lemah lembut
- faham tuntutan fardhu ain n fardhu kifayah
- dahulukan murid yg datang awal
- jaga anggota badan, tangan n mata
- ilmu tak boleh dihina
- tempat belajar yg selesa
- belajar awal pagi

Adab dengan Al Quran
- ulang ayat utk tadabbur
- tangisan ketika baca Al Quran (luar solat)
- gilir2 baca Al Quran
- mengangkat suara ketika membaca (tak berbisik)

masalah pelik
- berhenti baca jika nak buang angin
- berhenti baca jika menguap
- rendahkan suara pd ayat tertentu (contoh:berkaitan neraka)


  • slot 2 : sebutan huruf Al-Quran


disampaikan oleh Ustaz Arif bin Yahya, Tutor Al-Quran Akademi Pengajian Islam UM. beliau tak sempat buat slide utk program ni tp yg menarik pasal penceramah ni..beliau datang bersama parents kesayangan. kat bawah ni apa yg sempat aku tulis 

7 huruf berat (tafkim)
خ ص ض ط ظ ر ق

3 huruf ringan (tarkik)
ت ث ذ

Jenis bacaan
- tartil (baca dgn penuh tajwid
- tadwir (tak laju sangat, tak perlahan sangat-bacaan dlm solat)
- hadar (bacaan org yg hafaz Al-Quran)

org kita - pandai mengaji tp tak pandai mengkaji
org barat - pandai mengkaji tp tak pandai mengaji

  • slot 3 : LDK-bacaan Al Quran
semak bacaan sorang2. slot ni aku tak join sbb terus balik rumah...

ok..siapa2 yg berminat nak join klinik Al Quran siri 2 (tajwid) pd 8 oktober boleh LIKE page KAFA UM utk maklumat lanjut :D

~ boleh dpt tafsir Al Quran free kalau dpt jawab kuiz :) ~