Monday 3 September 2012

hargailah kemalasan yang ada

Salam..helo helo

dah lama sangat aku tak update blog..orang lain dah post 3 entry raya, aku 1 pun takde lagi. aku bukannya sibuk sangat beraya sakan tapi aku malas nak update..hahaha. so bad kan. tapi malas2 aku pun hari ni aku nak kongsi cerita..

pada suatu hari, aku rasa bosan2. aku jalan2 kat bilik abang aku. eh tapi bilik abang aku takde la besar sangat sampai boleh jalan2, setakat selit2 celah meja celah rak buku tu boleh lah. haa pastu tu aku pun usha la rak buku abang aku, godek2 buku apa yang ada. rupanya banyak jugak buku motivasi yang dia ada dan aku tertarik kat satu buku warna kuning. tajuknya 'Nak Ke Tak Nak', tulisan Dr HM Tuah Iskandar. buku lama, aku je yang baru nak baca

dah aku ni memang tengah malas..aku selak2 je la. tiba2 ternampak satu tajuk 'hargai kemalasan anak'. jadi, sebagai seorang anak kepada ibu bapa aku, aku pun tergerak hati nak baca dan tertanya2 kenapa kena hargai kemalasan anak? macam mana tu? walaupun dihuraikan sepanjang 2 pages kecik sahaja banyak jugak input aku dapat.

kenapa anak MALAS?
  1. sedang berada dlm zon selesa (duduk rumah memang best!! rumahku syurgaku :) )
  2. tiada target utk dicapai (aku dah plan sebelum cuti lagi nak buat nota perio dengan oral patho tapi sampai sekarang hampeh sangat, bending wire pun tak siap lagi..ohh no!! )
  3. tak diberitahu tentang kemalasannya (selalu je mak abah aku bebel..hehe)
bobot lepak di dapur

cara membasmi kemalasan anak
selain daripada puji-pujian yang bertempat, elok juga diberikan sesuatu yang diinginkan dan katakan padanya 'kalau tak malas boleh dapat lebih dari ni'. seorang anak pasti hairan, gembira dan rasa dihargai. tapi jangan  makin malas sudah lah..

walaupun aku belum ada anak sendiri, setakat ada anak kucing, anak tudung dan anak buah..boleh jugak motivate diri sendiri. cuti tinggal beberapa hari je ni. study satu apa pun tak. takkan nak masuk 4th year dengan jiwa yang kosong shima oii...insaf lah wahai diriku :'(

~ orang yang sempurna akalnya ialah orang yang memeriksa dirinya dan beramal untuk bekal sesudah mati. sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang selalu menurutkan hawa nafsunya dan mengharapkan ampunan Allah tanpa amal ~ 
Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, Nak Ke Tak Nak(bagus buku ni) :)

2 comments:

Anisa Anuar said...

betul la...kdg2 ada je dtg perasaan ni...ish2...kena tingkatkan kerajinan ni...tenkiu gtaw...mcm best je buku tu ek

shima said...

kena basmi kemalasan sndiri dulu..hehe
best jugak buku tu...try la baca

Post a Comment