Friday 12 July 2013

Dr. Hima dan si pakar perubatan mulut

salam 3 ramadhan

hari ni aku nak cerita pasal Dr. Hima yang comel. ceritanya macam ni...

pada hari rabu lepas, bersamaan 1 ramadhan. Dr Hima telah dijadualkan untuk menduduki viva wajib bagi subjek oral medicine dan periodontology. orang semua dah habis exam, kau masih ada exam lagi ke Dr. Hima...kesian kau

external examiner untuk viva kali ni adalah Prof Yeo yang datangnya jauh dari National University of Singapore (NUS). kawan2 yang dah viva dengan dia kata Prof Yeo ni baik dan handsome. ok Dr. Hima pun   takde la rasa gugup sangat kalau camtu

dalam bilik exam tu ada Prof Siar, Dr Syarida dan external examinar tersebut...

Y : selamat pagi..apa khabar?
S : good morning..baik2
Y : so what can i address u?
S : me? (apa punya soalan ni...mestilah dia tanya kau...tak kan lah tanya lecturer kau..)
Y : your name is has..him..ahh...oh ok him...Dr. Him..
S : Shima
Y : ok...Dr. Hima...u have a patient coming to you..bla..bla..bla..

hari pertama puasa untuk tahun ni...pertama kali juga ada orang panggil aku Hima. haha aku layan je la..jawab je soalan yang ditanya..viva yang takde langsung soalan perio, external examiner yang banyak membantu pelajar untuk menjawab soalan dan Alhamdulillah semua lulus :)

kalau dah makruh di tengah hari...berus lah gigi selepas sahur