Saturday, 8 September 2012

jom bela kucing !!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

hari ni aku nak bagi korang hadiah kucing. kat rumah aku ada 2 ekor kucing betina bunting. kucing2 ni sebenarnya bukan kucing aku. tapi dorang suka datang rumah aku sebab nak makan


dorang ni warna dengan pattern bulu lebih kurang sama. tapi masing2 ada perwatakan tersendiri

Mamau
mak aku bagi nama dia 'mama' tapi aku suka panggil dia 'mamau' sebab dia garang. so nama mamau tu memang sesuai dengan bunyi dan rupanya yang garang. tengok la jelingan dia pun nampak garang kan

mamau ni dah banyak kali bunting. beranak dalam rumah aku. sekali beranak dapat 3-4 ekor anak kucing yang comel. pernah dia beranak, pastu anak dia tak terjaga sangat. ada yang hilang, ada yang mati kena langgar motor. kesian sangat!! mak aku masih bagi dorang makan walaupun tak serius untuk membelanya sebab dia selalu bunting. makin banyak la kucing kat rumah aku. tak larat nak jaga. kadang2 kucing jiran pun datang rumah aku sebab nak makan. fuhh..

mamau pernah di buang sebanyak 3kali. kali pertama, mak aku upah jiran aku buangkan. ntah kat mana ntah dia buang. 2 hari lepas tu, muncul balik kucing ni depan pintu. kali kedua, on the way nak pergi raya kitorang buang kat kedai makan depan rumah. jauh dalam 500m kot. 2 hari lepas tu pun datang balik. kali ketiga, aku buang kat taman meru jaya. taman perumahan aku dengan taman meru jaya ni dipisahkan oleh taman orkid dan taman wira. so, aku rasa dah cukup jauh dah. ok kali ni 2minggu rumah aku tanpa mamau. hahaha..bijak2. balik jugak kucing ni. pandai dia cari jalan balik rumah. ingatkan dah kurus, rupanya belum beranak lagi

sekarang mamau masih ada kat rumah aku. dia duduk luar rumah je. pantang pintu terbuka dia mesti masuk. makan frieskies bobot(kucing aku) pastu lepak2 bawah meja makan. bila nak angkat bawak dia keluar, kena hati2 sebab dia garang..ngaauummm ngeeeooowwww!! silap2 boleh dapat cat scratch disease cakaran mahupun gigitan mamau

Mother
nama dia pun mak aku yang bagi. mother ni tak garang macam mamau. dia agak sopan santun dan lemah lembut. rupa pun nampak comel kan. dia baru bunting. perut dia pun lebih kecik dari perut mamau.

mother ni pun duduk luar rumah. bila pintu terbukak je dia masuk rumah. mak aku bagi peluang makan baru boleh keluarkan dia. kadang2 dia pun selambe je duduk lepak dalam rumah ni. mother ni ada ramai anak kat belakang rumah aku. umur dorang kalau nak ikutkan umur manusia ni lingkungan remaja la. umur2 kucing camni la dorang comel dan aktif bermain

mother ni tak pernah di buang lagi sebab dia kucing baru kat kawasan rumah aku. tapi mak aku cadang nak buang dua2 ekor kucing bunting ni. kalau buang pun datang rumah balik, baik bagi orang. tapi ada ke orang yang nak??


Lazy, Kenit dan Gemuk. tiga2 ni anak Mother. tak tau la siapa bapak dorang. tapi dorang comel. bulu lembut dan gebu. dorang ni jiran aku yang bela. tapi selalu jugak datang rumah aku sebab nak makan. kalau dah masuk rumah tu dorang buat macam rumah dorang sendiri. tak malu betul tau dorang ni. tapi aku layan je sebab dorang comel!!


ini bobot. kucing kat rumah aku. dah 3 tahun dah. dia besar macam garfield. ada banyak cerita pasal bobot. ada masa nanti aku cerita ye.

sebenarnya kucing2 kat rumah aku ni bukan lah aku yang bela sangat. mak aku la yang banyak bagi dorang makan. mak aku ni memang penyayang. sayang sangat kat kucing. kalau mamau dah beranak. mak aku jaga jugak la kat luar rumah. kalau berak ke muntah ke. mak aku la yang basuh. tapi mak aku cakap tak larat dah nak jaga banyak2 kucing. sebab tu la kitorang buang. buang pun muncul balik. so please la kat siapa2 yang nak bela kucing boleh lah amik mamau dengan mother! jaga dorang elok2 sebab anak dorang mesti comel2!! :D

last but not least..baru2 ni aku ada hantar gambar bobot dengan uzma humaira' kat facebook page Kami Pencinta Kucing. masa tu dorang buat tema CUTE vs COMEL


cute vs comel...dua2 menang!! :D

15 comments:

Akhelaken said...

Oh,comelnye kucing2 ni.. tp syg sy pun ada mslh yg sama..Nak buang kesian,baik dikasikan/disunatkan shj kucing2 tu biar tak beranak lg.huhuhu :'(

Razil Tahir said...

comelnyer...
saye prefer rabbit... huhuhuhu

shima said...

Akhelaken : tak pernah kasikan kucing..kata org nanti makin gemuk.lg banyak pulak dia makan nanti

Razil : rabbit kena ternak sbb dia cepat membiak

Everything's Everythings said...

Kalau boleh tu mmg nak bela, tapi lgi prefer bela dari kecil ;P
sekarang ni pun ada seekor je kucing kt rumah, mak dia entah kemana, dh besar dh pun dia sekarang.. ntah2 aku takde ni dia bunting dh agknya xD

Everything's Everythings said...

ps: Datang dari blog Anisa'S Corner :D

shima said...

maaf...lambat reply..mamau dah beranak hari tu.2ekor anak.pastu terabai..hilang ntah ke mana. tp mak sy ckp mamau dah bunting lg.mother plak makin sarat bunting.belum beranak.mungkin akan beranak dlm masa terdekat ni kot

Tambah Pendapatan Secara Luar Biasa Di LubukDuitZarina12 said...

Klu nak dapatkan kucing ni ngan awk cmner eak sbb skrg sye tgh cari kucing untuk dibela bole email kt sye x mcm mana nak hubungi awk.saya di taman bukit tiram johor..
i.zarina@ymail.com

shima said...

hai miss zarina...
mother dah ada org nak...mamau plak garang,takut tak larat plak cik zarina nak bela dia nanti..kalau xkesah xpe

aini shahroni said...

alololo..
tomeynyew kucing2 tue!
rasa nak tarik telinga dia,,

http://nurainishahroni.blogspot.com/

Naurah M Ishak said...

Mamau sama macam dua ekor kucing kat rumah saya. Tapi jantan dgn betina lah. Putih dengan Oren. Nanti saya buat entry cerita diorang, saya link-kan dkt shima ;D

nana said...

saye pun ada kucing jantang (ada orang buang dia dekat rumah saye setahun lepas), macam kenit umur 1.5 tahun nak bagi orang karena tetangga saye tak suka dia (mereka punya kucing banyak), bila tengok muka mak sebelah langsung kucing saye lari takut, sekarang takut pula pada anaknya. Jadi saye rasa lebih baik kalau saye bagi pada orang saja.
Ada lagi orang buang kucing kecil kira2 2 bulan warna macam mather/mamau, asyik datang kerumah saye, sudah tentu saya bagi makan kerana takut nanti kalau mati kelaparan. Kalau ada yang mau bela kucing ambil lah 2 kucing ini

Anonymous said...

Bab-bab bela kucing aku tak suka part tuan nak buang kucing tu...paling aku benci ah' dah bela. dah puas belai siap duduk dalam rumah lagi, last-last nak pindah, dah jemu campak merate-rate, pasar ikan la, rumah kejiranan la, tepi loongkang la.Ape ke jadah korang bagi harapan kat kucing tu..layan macam kucing liar kan senang, x de la dia sangap membute nak cari makan bile terpisah dengan tuan.kalau nak tau kucing tu sedih tau korang campak die.lain kali ajar la dia berdikari carik makan sendirik.ni tak "last decision kene buang jugak".kalo nak bela kucing bela dia sampai mati.baru penyanyang kucing namanya, kalau sekadar nak bela kucing sebab cantik mase muda dah tua berkurap, nyanyuk, penyakit, kencing merata baik tak payah.Aku anti dengan orang buang kucing.

shima said...

aini : comel kan!!!

naurah : jom share cerita kucing !

nana : 2 ekor kucing ni still ada kat rumah. dah beranak, bunting balik

anonymous : emotional la cik/mr anon ni!! pasti anda seorang yang penyayang kpd kucing2 kan

taj said...

Saya setuju dgn anon

shima said...

ya setuju juga dgn anon tapi fyi kucing2 tu kami bukan tuannya.kami pn xlarat nak jaga byk kucing.cukup la sekor.

Post a Comment