Thursday 30 January 2014

cerita kerja part time : mencari kerja di Klang Parade

Salam..

aku bila dah cuti ni duduk rumah je lah. bosan jugak kalau cuti lama2 tapi asyik menghabiskan beras je kerjanya kat rumah. jadi, setiap kali cuti panjang selalunya aku akan kerja part time untuk mengisi masa terluang, disamping menimba pengalaman dan mengisi poket dengan wang pendapatan.lagipun bapak aku amat menggalakkan anak daranya ni kerja part time bila cuti panjang. bosan kot tengok anaknya asyik tidur je..hahaha

pengalaman pertama aku kerja part time ialah jadi cashier kat Giant Hypermarket, Klang Parade. masa tu baru habis SPM. sementara menunggu result dan sambung belajar ke tahap seterusnya, ada lah dalam 5 bulan cuti. aku rasa boleh jadi gila kebosanan jugak la kalau tak buat apa2 dalam tempoh masa tu.

jadi, aku dengan seorang kawan rapat aku, nama dia Ayu pergi ke Klang menaiki bas awam. bas awam sekarang namanya Bas Seranas, tambang 70sen dari Meru boleh sampai Klang. aku pun tak ingat la zaman aku lepas SPM tu nama bas sama ke tak. ok..lepas tu aku dengan Ayu pun turun la kat Klang Parade. masa tu tahun 2008, awal tahun lagi. Setia Alam belum wujud lagi, hutan pokok kelapa sawit je yang ada. jadi, Klang Parade ni kira mall paling gah dan paling dekat la dengan penduduk2 Meru. nak shopping ke, bowling ke, dating ke, makan KFC, McDonalds pun kat Klang Parade je yang paling dekat. kalau tak silap aku naik bas ke sana ada lah dalam 1 jam lebih sebab bas banyak tempat dia berhenti amik penumpang. kalau kereta ke sana amik masa dalam 30minit kot.

google punya gambar


sampai je kat Klang Parade, aku dengan Ayu pun round2 la kat semua kedai yang ada. buat muka tebal la tanya ada vacancy tak. bukan setakat McDonalds, Secret Recipe, kedai buku, kedai kasut je kitorang redah, pusat karaoke pun kitorang try. kebanyakan kedai masa tu tengah takde kosong. kitorang kira lambat jugak mintak kerja sebab masa tu dah bulan Januari. SPM paling awal habis pertengahan November. maksudnya budak2 SPM lain dah rembat semua kerja kosong kat sana. hmm...mungkin. lokasi terakhir kat Klang Parade tu kitorang ke Giant Hypermarket bawah tanah. ada la staf yang layan kitorang suruh isi borang. kitorang pun bantai je la isi. dapat ke tak dapat tu lain cerita.

dalam beberapa hari lepas tu, aku dapat panggilan telefon dari Giant. katanya suruh datang ke sana untuk interview. teruja la jugak masa tu dan aku terus telefon Ayu. tapi Ayu tak dapat panggilan pun. katanya mungkin sebab alamat rumahnya kat Bukit Kapar, lebih jauh dan susah nak datang kerja nanti.

esoknya aku pergi interview dengan mak aku. naik bas. nampak tak betapa berdikarinya kami. nak pergi mana2 masa tu naik bas je. duduk pun berhimpit, macam2 bau ada. kadang2 rasa macam kitorang ni foreigner sebab mostly penumpang bas tu bukan warga Malaysia.

eh ok2..sambung cerita. alaa...interview tu takde la serius sangat pun. kakak Supervisor tu tanya pernah ada pengalaman kerja ke tak lepas tu suruh jawab soalan matematik sebab kerja yang dia nak bagi tu Cashier. tapi Cashier pun nak kira nanti tekan2 mesin je pun, bukannya congak. bila aku fikir2 balik rasionalnya nanti kita kena kira duit. dari sini kita nampak ye betapa pentingnya subjek Matematik. nak mintak kerja part time macam ni pun dia nak kita pandai Matematik dan ada orang bagitau aku pemilihan pelajar ke Matrikulasi pun berdasarkan result SPM subjek Matematik. sebagai contoh seorang pelajar dengan keputusan SPM 2A dan yang A tu Matematik, maka beliau telah dipilih untuk ke Matrikulasi. seorang pelajar lagi dengan keputusan SPM 5A tapi matematik dapat D, maka dia tak dapat Matrik. kalau dapat pun mungkin PDT (Program Dua Tahun).

aku tau aku dah lari topik sangat. takpe next time aku cerita pulak macam mana aku menempuh hari2 aku sebagai seorang Cashier di Giant Hypermarket ketika berumur 18tahun.

tunggu episod akan datang...




Wednesday 29 January 2014

kena tindih hantu ke sleep paralysis?

assalamualaikum...

lalala..memang dah lama gila tak update blog. kononnya busy sebab dah final year. InsyaAllah final year dan sekarang tengah bahagia kat rumah cuti semester.

selama sebulan dapat tidur kat rumah. yang paling best ada banyak bantal!! tapi tak kesah la selesa mana dan seteruk mana pun tempat tidur tu, aku pasti tak terlepas dari kena tindih masa tidur. sebenarnya fenomena ni dari aku kecik sekolah rendah lagi dah selalu kena. pernah jugak masa tu aku tidur dengan mak aku, tiba2 aku rasa macam dibawa melayang2...eh ke bapak aku yang angkat aku masa tu?

bila dah besar sekolah menengah duduk asrama pun kena jugak. tak kira la tidur malam ke siang, tengah hari pun pernah jugak aku susah nak gerakkan badan. seingat aku paling kerap kena masa kat matrik. tidur dalam keadaan duduk pun kadang2 berat je badan aku susah nak bergerak. masa tu aku kat matrik negeri sembilan, duduk kat blok C5. dorang kata blok tu paling keras.hihihihi

sampai lah aku kat universiti. aku ingat takde apa2 dah. sebab aku pun tak pernah pulak dengar kisah2 misteri kat blok E yang aku duduk ni. tapi tiap semester pun ada sampai roomate aku pun perasan kadang2 aku macam nak menjerit tapi susah betul suara aku nak keluar.

bila dah tahun 5 ni baru aku tahu ada sorang lecturer aku pun berpengalaman sama macam aku. dia cadangkan aku untuk jumpa psychiatrist. korang jangan ingat orang yang jumpa psyciatrist ni orang gila je. hehehe...so, lecturer aku pun tolong tulis referral letter ke klinik psikiatrik PPUM. takut jugak sebenarnya nak jumpa doktor pakar kat sana, err walaupun aku juga bakal doktor.

bila dah jumpa psychiatrist, doktor tu bagi aku ubat. ubat tidur katanya. supaya aku boleh tidur dengan tenang. doktor cakap sleep paralysis ni benda biasa dan tahap aku belum kritikal lagi. hmm...tapi aku rasa macam parah je kes aku



Doktor suruh aku makan Lorazepam sebijik sebelum tidur. ni sejenis ubat dari benzodiazepine group. doktor tu cakap ubat ni dapat bantu aku untuk capai REM sleep dengan lebih cepat. tidur ni ada banyak stage sebenarnya. kalau korang nak tau lebih lanjut boleh la tanya Mr. Google. aku pun tak tahu sangat. doktor cakap bila kita dah dapat REM sleep kita tak kan mimpi, kalau mimpi pun kita tak akan ingat mimpi tu. satu lagi masalah aku bila tidur, aku selalu dapat mimpi mengarut2 dan aku ingat mimpi tu dan membuatkan aku sentiasa fikir pasal mimpi tu. tu yang stress tu :'(

tapi ubat ni ada side effect jugak. pertama kali aku makan, memang tidur sangat tenang. bangun pun lewat. pastu dah bangun rasa pening2,loya2. sekarang aku dah tak makan ubat ni sebab aku rasa masalah tidur aku dah ok.

kalau korang pun ada masalah tidur, susah nak tidur, senang sangat tertidur walaupun sedang berborak dengan kawan2 pun boleh jumpa psychiatrist. aku yang belajar dalam bidang kesihatan camni pun baru tahu yang masalah aku ni psychiatrist boleh tolong. selama ni bila cerita kat family, mak aku selalu cakap ada hantu yang tindih kat badan kita. mungkin betul jugak. apa2 pun boleh je kita berusaha dengan berjumpa doktor pakar psikiatrik dan pakar perubatan Islam. last sekali doa lah banyak2, mintak pada Tuhan.