Showing posts with label cuba try. Show all posts
Showing posts with label cuba try. Show all posts

Thursday, 25 October 2012

doodle doktor perubatan

salam aidiladha :)

hahaha...lama sangat3 aku tak update blog..sampai Nisa buat entry pasal aku. terharu sangat kat beliau. jom baca entry pasal blog aku yang dah berkurun sunyi tanpa cerita aku kat SINI.

sepanjang aku tak update blog.. aku sebenarnya tengah belajar macam mana nak lukis doodle guna adobe photoshop. aku pun google la tutorial doodle....dan

jeng jeng jeng...inilah hasilnya


doodle doktor medik!!...walaupun aku ni dental student. aku saje je buat medik punya dulu. sebenarnya aku nak buat doodle untuk semua course kesihatan. medik, dental, biomed,imaging,farmasi dan nursing. orang yang sama, cuma aku tukar2 instruments je. tapi masih lagi dalam proses.

haa...jom la belajar buat doodle sama2..pastu share kat blog masing2...korang boleh dapatkan tutorial yang sangat best, simple dan senang difahami kat sini


seronok sangat belajar lukis doodle...bila tengah semangat sampai boleh leka.
ok jom sambung lukis doodle..semoga bermanfaat

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA :)
bestnya cuti!!!

Saturday, 28 January 2012

Nama Jawi di Facebook

Assalamualaikum n selamat sejahtera semua :)

entry aku yang bertajuk 'Tulisan Jawi di Facebook' telah mendapat rating teratas dalam blog aku ni. (so what?!dalam blog ni je pun :P)

jadi, dengan sukacita dan sukahati aku kali ni aku nak tunjuk pulak cara-cara macam mana nak letak nama kita kat Facebook dalam tulisan jawi. aku rasa budak-budak sekolah pun reti buat sendiri tanpa tengok blog aku ni kan. tapi.....dah aku suka..sukahati la

ok..step pertama yang paling penting, login la account Fb korang dulu. aku pun login Fb aku...loading..
dah login dapat macam ni, klik kat account setting!
then, 
korang akan dapat macam ni kan..klik edit name
next, 
ok ini aku punya fb account..korang punya pun mesti la macam ni,nama je lain kan
editing...
it's time to change! boleh la korang letak nama jawi korang kat kotak first, middle and last name tu
display name akan bertukar bila korang dah save nanti
aku cadangkan korang letak la nama korang dalam tulisan rumi kat kotak alternative name tu supaya kawan-kawan lain boleh kenal korang
enter password and save changes!
* bagi yang tahu ejaan nama sendiri dlm tulisan jawi boleh la guna keyboard arab yang aku dah pernah ajar dulu kat SINI
* bagi yang tak tahu ejaan, boleh try cek ejaan nama anda kat SINI and copy paste je la dari situ
bila dah save, terpaparlah nama korang dalam tulisan jawi kat dalam account settings
nama yang kat sebelah tab Home tu mungkin amik masa sikit nak bertukar
view...
boleh lah view kat Home atau profile korang..jadi tak? aku punya jadi :)
menarik kan? tapi agak susah untuk kawan-kawan kita nak tag nama kita kalau dorang tak ada keyboard arab. sebab tu lah aku lagi suka buat nama tulisan rumi je tapi ada alternative tulisan jawi

FYI, aku belajar guna keyboard arab ni dari ketua praktikum matrik aku dulu. tapi aku rasa cara yang aku tunjuk tu untuk certain laptop je kot sebab aku pernah try kat laptop kawan aku, tak boleh pulak. mungkin boleh tapi caranya lain

ok sampai di sini sahaja..semoga bertemu di lain rancangan..salam..

Friday, 11 November 2011

pendidikan seni 1

assalamualaikum n selamat hari jumaat


cikgu pendidikan seni kita hari ini ialah en. apit
cikgu apit ajar macam mana nak install brush n buat tulisan ada bayang2 kat bawah

nak belajar pendidikan seni lagi??!! boleh ke kelas photoshop kat www.fizgraphic.com
macam2 tutorial ada kat sana. nway..thanx to fizgraphic for the tutorials :)

Tuesday, 6 September 2011

hello kitty saya

Assalamualaikum n salam sejahtera

sisa2 cuti yg membosankan..jadi aku pun try la buat doodle hello kitty berdasarkan nota lecture dr kawan aku yg comel ni 

ini 1st trial yg sgt buruk :(

2nd trial : |

ini the real :)
ok..perlukan banyak latihan lg ye...practice makes perfect :D 

~ erm...apa kata korang pulak try..ok ~

Sunday, 4 September 2011

Syawal 1432H

Assalamualaikum n salam Syawal

kad raya khas utk korang :D

hye readers..lama dah aku tak update.anyway..selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin..skrg dah masuk hari raya ke-6.tp kalender kat sebelah ni pulak lambat sehari :( 

fyi..kad raya kat atas tu aku buat sendiri guna adobe photoshop...masa kat matrik ada subjek sains infomatik, dpt la belajar teknologi mcm ni. ni pun dah lama tak buat..so dah banyak lupa mcm mana nak guna adobe photoshop..aku dgn nekadnya selongkar bilik stor aku yg dah tersedia bersepah utk mencari lecture notes sains infomatik..setelah bersungguh2 tiru notes sebijik2, dpt lah hasil mcm ni

ok..Ramadhan dah berlalu...Syawal pun datang..ini bermakna kita berada di alam saki baki cuti semester...huhu :'( malasnya tak rajinnya nak kemas barang2 balik kolej tp mcm tak sabar pulak nak jumpa kawan2..

rindu mereka semua!! :D ok bye

~ jom bukak buku!!...revise utk sem depan ~

Saturday, 27 August 2011

tulisan jawi di Facebook

السلام عليكم دان سلامت سجهترا

ماري كيت بلاجر منايف دالم توليسن جاوي
: سيلا ايكوت لغكه2 دباوه

control panel > clock, language n region > change keyboard n other input method


change keyboard

add


arabic (saudi arabia) > ok


apply > ok



EN (taskbar belah kanan) > AR


menu (start) > all program > Accessories > Ease of Access > On-Screen Keyboard


sebenarnya ini adalah keyboard bahasa Arab..jadi tak semua huruf untuk tulisan jawi ada kat keyboard ni 
sbb tulisan jawi ni merupakan bahasa Melayu yg ditulis menggunakan huruf2 bahasa Arab
jd..huruf ca, nga, pa, ga, va tiada dlm keyboard

lama sgt tak baca n tulis jawi...apa2 perkataan korang boleh try semak kat E-jawi Translation
boleh jugak LIKE Ejawi Transliterasi kat facebook
so lepas ni boleh komen2 n letak nama kat fb guna tulisan jawi 

ok...mcm simple sgt step yg aku bg ni...harap korang faham :)

~ ماري مرتبتكن توليسن جاوي ~