Friday 7 September 2012

bila gigi pun turut berhari raya :D

Salam 20 Syawal 1433H ! :)

kad raya ni aku buat khas untuk korang semua. sila la amik dan gantung di rumah anda walaupun dah hari raya ke-20 haha


Syawal hampir di penghujung. masa ni la banyak jemputan ke open house. mesti macam2 yang dihidangkan..gigi kita lah yang sibuk menyambut dan melayan 'tetamu' undangan mulut kita sebelum mereka meneruskan konvoi raya ke perut pula. (ok..merepek je) 


tengah makan sedap2 tiba2 aku terfikir, kasihan kat gigi kita kalau tak dibersihkan pasti akan rosak. eh kesian  jugak kite nanti kalau sakit gigi hidup tak tenteram, nak tidur2 ayam pun tak boleh. ni semua angkara rendang yang empuk, lontong yang lembut, kerepek yang rangup, kuih raya yang manis dan air yang bergas(yummy!!! sedapnya!). haa dorang ni lah 'tetamu' yang gigi kita hari2 jumpa sepanjang hari raya ni

ya! semuanya memang sedap. laju je mengunyah. tapi bila dah habis makan, mesti ada yang tertinggal kat celah2 gigi dan gusi. jom tengok apa yang tertinggal dan macam mana nak halau dorang ni...

rendang & ketupat
kalau hari raya mesti makan ketupat cicah dengan rendang. rendang pulak selalunya rendang ayam tak pun rendang daging. bila makan rendang mesti dia nak terselit kat celah2 gigi. lagi2 rendang daging. rasa tak selesa. masa tu la lidah pun sibuk2 nak cungkil daging tu keluar dari celah gigi.

kuih raya
almond london, cip coklat, hazelnut praline. haa ni semua ada kacang. sedap! tapi kacang dia suka terselit2 kat permukaan gigi. kalau semperit, biskut suji dengan cornflakes madu pulak ada ceri sebagai hiasan dan penambah rasa. ceri tu pun suka melekat kat permukaan gigi. kuih raya ni memang la sedap tapi kandungan gula dia pun tinggi. so dia boleh memudaratkan gigi kita kalau kita tak bersihkannya selepas makan

kerepek & kekacang
kalau dah muak makan kuih raya mesti kita pilih kerepek dan kekacang pulak kan..bila sekali dah masuk mulut memang susah lah nak berhenti. dorang ni pun suka duduk celah2 gigi dan gusi. lagi2 kalau susunan gigi kita yang bertabur tak berapa tersusun tu memang menggalakkan penghidupan liar mereka di sana

air berkarbonat & air bergula
orang datang beraya takkan nak hidang air sky juice je kot. kurang2 pun air kordial. tak pun air teh dengan kopi. nak up lagi, air ribena kelas kau jah. tapi kebanyakan rumah mesti hidang air berkarbonat. kan senang tak payah bancuh2. oh sedapnya diminum dengan ais!! memang tak sedar air tu boleh menghakis gigi kita

so..no wonder la kalau ramai yang sakit gigi di musim perayaan yang meriah ni kan..jadi, meh aku share beberapa tips berguna untuk menghalau segala sisa makanan yang menghuni di celah gigi dan gusi kita sekali gus dapat mengurangkan kadar kerosakan gigi

  • berkumur2 selepas makan
amik air sembahnyang pun kita selalu kumur2 mulut. boleh jadi hikmahnya untuk menyegarkan mulut dan membersihkan mulut dari sisa makanan sebelum menunaikan solat. elok jugak kalau kita amalkan setiap kali lepas makan. boleh buang sisa makanan celah gigi dan gusi, menghilangkan bau makanan, menyegarkan mulut dan menguatkan gigi. Ya! air paip kat Malaysia ni ada kandungan Flouride yang terkawal bertujuan membantu pembetukan enamel(lapisan gigi paling luar) gigi yang sihat. dapatlah kurangkan kerosakan gigi
  • kurangkan makanan bergula
makanan manis memanglah sedap. bukan tak boleh makan langsung. cuma kena kurangkan pada kadar yang optimum. sebabnya gula ni akan jadi makanan bakteria yang ada dalam mulut kita. lepas tu bakteria akan hasilkan asid dari gula tu. asid tu pulak akan menghakis struktur gigi kita dan jadilah cavity!(berlubang). jom kawal pengambilan makanan bergula. gigi tak rosak, elakkan kencing manis dan kegemukan. pakej kan!
  • berus gigi sekurang2nya 2x sehari
ni lah typical advice doktor gigi, iklan tv ubat gigi dan kotak ubat gigi. bosan tak? dah makan 5x sehari, berus gigi 2x sehari je takkan tak boleh kot. plaque(taik gigi) gigi yang tak dibersihkan, lama kelamaan akan mengeras menjadi calculus(karang gigi). mungkin korang tak mengalami masalah gigi berlubang tapi plaque tu banyak bakteria yang boleh menyebabkan masalah gusi bengkak, berdarah dan gigi bergoyang. sayang kan gigi elok tak berlubang tapi kena cabut sebab dah bergoyang sangat2
  • gunakan floss gigi
chicken floss ialah serunding ayam dan aku percaya ramai pernah makan chicken floss. tapi tahukah anda apa itu dental floss? ramai jugak yang tak pernah menggunakannya malah ada jugak yang tak kenal apa benda tu. haa..dental floss tu salah satu instrument oral hygiene. rupa dia macam benang/tali yang sangat halus digunakan untuk membersihkan sisa makanan/plaque di celah2 gigi sebab berus gigi tak mampu untuk sampai ke sana
  • tengok keadaan mulut dan gigi depan cermin
elok dilakukan setiap kali sebelum tidur. mana tau ada gigi baru tumbuh ke berlubang ke, kita pun baru perasan. kalau ada ulcer tu boleh la buat pemerhatian, ulcer makin nak sembuh ke makin membesar..tengok la setiap sudut dalam mulut kita. bawah lidah,pipi,belakang bibir, langit2. kalau ada benda pelik2, contohnya merah2, putih kekuningan, ulcer yang berpanjangan, benjolan. dinasihatkan jumpa doktor gigi. boleh jadi itu adalah kanser. huhuhu..bukan nak takutkan tapi kan elok mencegah dengan lebih awal. selalu2la tengok bahagian belakang gigi bawah kita sebab kawasan tu lah selalunya banyak sangat karang gigi

fuhh!! cukuplah ni je perkongsian aku sebagai pelajar pergigian untuk korang. saje je aku cakap banyak2 kononnya nak amik mood kembali ke sekolah yang bermula minggu hadapan. dentistry ni sangat wide. sebenarnya banyak lagi yang kena jelaskan. insya Allah akan datang la ye. walaupun macam dah lewat sangat tapi aku nak jugak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. maaf atas ayat2 aku yang pelik2 yang buat korang rasa tak selesa.

ok. jom2 packing barang!!

2 comments:

Pha Is said...

baek cik dentist... hehehe

shima said...

bagus2 :)

Post a Comment