Tuesday 26 February 2013

siput babi boleh makan tak?

usrah Hawariyyun kali ini membincangkan isu semasa tentang 'PSY' yang telah menjadi tetamu di Malaysia baru2 ini untuk membuat persembahan semasa Tahun Baru Cina. ada juga rumours mengatakan PSY juga akan dijemput datang ke UM. hmm..persoalannya, apakah manfaat hiburan seperti ini kepada jiwa kita?

listen..listen..listen
think..think..think

seterusnya kami berbicara tentang 'Ego'. satu sifat yang datang dari ujub, riak dan takabbur. bak kata Prof Muhaya 'jom audit diri'

  • payah terima pandangan orang lain. rasa diri sendiri je betul
  • nak jawatan kat mana2 je. selalu nak tempat paling tinggi
  • pilih kawan. nak kawan dengan orang hebat2 je. hina orang bawahan
  • bila jadi pemimpin, dia kasar
  • bila jadi orang bawahan, dia tak nak ikut cakap pemimpin
  • suka rendah2kan orang. suka perlekehkan orang
  • suka cerita kelebihan diri
so...ego tak kita?

pelbagai persoalan dan pendapat dilontarkan. macam lontar peluru. orang yang tangan kuat dapat lontarkannya jauh. aku yang tangan tak kuat ni, peluru besi tu jatuh selangkah je dari tempat aku berdiri. dalam perbincangan ramai2, selalunya akulah antara orang yang paling tak banyak cakap :(

selesai membincangkan soal 'Ego'. tiba2..seorang daripada kami bertanya

siput babi boleh makan tak?
tak boleh??!!!
kenapa?!
sebab siput babi 2 alam
tapi siput sedut boleh makan

hmmm...masing2 senyap. bingung memikirkan jawapan. 
ha!! tiba2 aku dapat jawapan

sebab dia babi la! 
babi kan tak boleh makan!
hahahahahahahahahahaha (takde la lawak sangat nak gelak panjang2)

kesian kat siput babi kan..

sebenarnya kan babi boleh dimakan...

Gary..si kucing Spongebob
-google-

tapi berdosa!




Saturday 23 February 2013

Puding Trifle #2 : resepi aku

setelah berulang kali aku buat puding trifle guna resepi mak cik aku, maka terhasil lah resepi puding trifle aku sendiri. cehhhh.. takde la resepi sendiri sangat. cuma aku ada ubah sikit beberapa sukatan dan cara-cara penyediaannya.



ok...jom try!!

1st layer : kek

bahan : kek. apa2 jenis kek. kebiasaan orang menggunakan swiss roll cake perisa coklat. kalau korang nak guna perisa pandan ke coffee ke strawberry pun boleh. nak guna spongue cake pun ok. kalau rajin, aku buat kek coklat sendiri. kalau nak cepat, aku beli je swiss roll cake perisa coklat

cara : potong kek dengan ketebalan yang sama. susun kek dalam bekas. kalau nak potong petak2 pun boleh. tabur je dalam bekas. ok lapisan pertama trifle dah siap!


2nd layer : kastard

bahan : 
1000ml susu segar. aku selalunya guna sekotak besar fresh milk dutch lady
50g tepung kastard. tak kesah brand apa. kalau takde scale, agak2 dalam separuh cawan
100g gula pasir. kadang2 aku pun malas nak amik scale dan timbang. agak2 je dalam 1 cawan
1 biji kuning telur. putih telur tu simpan la. boleh buat pavlova
1 sudu teh esen vanilla


cara : amik periuk. masukkan semua bahan tu dalam periuk. kacau dia bagi sebati dulu. lepas tu baru la letak atas dapur. api maximum kecik tau.

kacau selama 15-20minit sampai pekat. kacau  je..kalau tak, kastard boleh hangus. aku pernah mengalaminya..hehehe. mula2 tu cair sangat dan banyak buih. dalam minit ke 15 tu dah mula nak pekat, buih pun dah kurang dan nampak licin. dah pekat boleh la tuang atas kek yang kita susun tadi.


test kepekatan
kastard jatuh dalam air dalam bentuk bulat dan tak berderai


tips : makcik aku cakap kalau nak tau kastard tu dah cukup pekat. korang amik setitik. titiskan dalam bekas jernih yang ada air. kalau kastard tu jatuh dalam air dan berderai. maksudnya belum cukup pekat la tu. kalau kastard tu jatuh dalam air dan bulat je bentuknya. tahniah, dah ok dah tu!

buah-buahan koktel sebagai penyeri!
toskan buah-buahan koktel dalam tin. amik buah je. airnya tu boleh la korang simpan. kalau ada tetamu datang. boleh bancuh dan hidang...hehehe. ok tabur buah-buahan koktel atas lapisan kastard. so, lapisan kedua trifle kita dah settle!


3rd layer : jelly

bahan : instant jelly powder. aku suka guna instant jelly perisa stawberry brand nona. sebabnya sedap dan senang! :) 

cara : ikut je instructions kat belakang kotak jeli tu. selalunya aku akan lebihkan sikit sukatan air





selasih pula sebagai penyeri!
amik selasih. 1 sudu besar pun dah cukup. rendam dalam air panas kejap. dah kembang boleh la tabur atas jeli. 

ok dah siap semua layer. boleh masukkan dalam peti sejuk. makan trifle sejuk2 memang sedap dan yummy!

walaupun aku dah modify resepi asal tapi rasanya masih sama. kastard pun lembut dan rasa lemak manis. resepi ni jugak yang aku guna untuk jual kat bazaar ramadhan hari tu

lepas ni aku nak share beberapa tips macam mana nak buat trifle dengan mudah,jimat masa dan jimat bahan.

bajet chef pulak nak bagi tips :P

Monday 11 February 2013

kisah mak abah #2 : bila kita kian dewasa

lewat petang. kedengaran pintu dibuka. abah baru pulang dari mencari bersuap2 nasi untuk kami. suasana rumah yang agak sunyi tanpa rengekan bayi, 'meow'an kucing, hilai tawa dan suara manusia. ada bunyi kipas bersama drama di tv 'rindu bertamu di abu dabi'.

mak yang sedang khusyuk menonton drama itu cuba memecahkan kesunyian di rumah

mak : nah..anak awak bagi (sambil menghulurkan sejumlah wang)
abah : duit apa ni?
mak : fitry bagi
abah : eh..mana dia?
mak : dah balik dah
abah : balik kedah sana?! lama lagi ke dia kat sana?
mak : lama la kot

kepenatan dan kelaparan. abah menyuap beberapa potong kek brownie cip coklat atas meja makan yang aku buat semalam

abah : esah nya mana?
mak : balik sana la
abah : kok kejap je

kedahagaan. abah menuang air ke dalam cawan. air oren mirinda botol besar yang dibelinya semalam dengan harga seringgit sahaja kat kedai ayamas depan rumah. promosi raya cina agaknya

abah : dik..ko coti sampai bila?
aku : minggu ni
abah : ye?balik nya bila?
aku : ahad ni
abah : ahad depan ni?
aku : aah

bila kita kian dewasa, masing2 punya tanggungjawab masing2. baru kejap tak jumpa. mak abah dah rindu kat kita..

Ya Allah
ampunkanlah dosa2 ku
dan dosa ibu bapa ku
sayangilah mereka
seperti mana mereka sayang kami
sejak dari kecil







Thursday 7 February 2013

Puding Trifle #1 : resepi makcik aku

Assalamualakum..hai semua!

dah lama aku tak berkongsi resepi di sini. mengikut pemerhatian aku ramai jugak yang baca post aku yang bertajuk 'puding trifle bazaar ramadhan'. mungkin ada yang kecewa sebab aku tak bagi resepi pun dalam post tu. jadi hari ni nah! amik la aku bagi resepi ni free2 je. best kan?!

menurut wikipedia, Trifle is a dessert dish made from thick (or often solidified) custardfruitsponge cake, fruit juice or jelly, and whipped cream. These ingredients are usually arranged in layers. but I never use whipped cream sebab harganya mahal. 

wikipedia punya trifle
ada whipped cream
resepi ni aku dapat dari seorang makcik aku. makcik aku belah abah. seorang cikgu pendidikan khas kat sekolah meru 2. makcik aku selalu buat trifle bila ada majlis bersama family. sedap sangat.

pada suatu hari aku teringin sangat nak makan trifle. aku telefon je makcik aku ni. terus dapat resepi

pertama 
kek coklat potong dadu kecik2. susun dalam bekas. selapis

kedua
1500ml susu segar(kotak)- fullcream/freshmilk
100g tepung kastard
200g gula pasir
2 biji kuning telur
1 st esen vanilla
masukkan semua bahan dalam periuk. kacau semua. bukak api kecik. kacau sampai pekat.
makcik aku cakap nak tau dah pekat ke belum. amik segelas air. titiskan sikit kastard dalam air tu. kalau dia jatuh dalam air tu bentuk bulat, dah masak dah tu. kalau jatuh berderai, belum cukup pekat lagi. 

tuang kastard atas kek dalam bekas tadi

ketiga
buah2 koktel dalam tin toskan dulu. potong kecik2. tuang atas kastard

keempat
1000ml air biasa
110g gula pasir
20g instant jeli putih
1 sudu perisa strawberri
gaul dalam periuk. api besar. masak sampai mendidih

tuang kat buah2 koktel tadi
biji selasih. rendam. letak atas jeli

pertama kali aku cuba resepi trifle makcik aku ni. aku guna serbuk agar2. kakak aku cakap agar2 dengan jeli ni beza. jeli lebih lembut daripada agar2. 

resepi ni menghasilkan banyak trifle. penuh jugak la peti sejuk nak sumbat semuanya. aku nasihatkan korang kalau pertama kali nak cuba, boleh la buat separuh adunan.

ok. nantikan Puding Trifle #2. sila2 la baca cerita Puding Trifle bazaar ramadhan kat sini




Wednesday 6 February 2013

BPIZU #1 : wahai bloggers, bermuhasabahlah..!

Sekali sekala terasa penat. Pejam celik pejam celik tapi bas masih bergerak. Belum sampai di tempat yang dituju.

Namun, setelah 6jam perjalanan sampai juga aku, Fhatin dan Shahirah ke Kedah. Satu destinasi indah yang tak pernah kami jejaki lagi.

Terik mentari memancari bumi Sungai Petani. Menahan lapar nasi berlauk dan dahaga air berais sambil menunggu ketibaan sahabat kami, Syafiqah untuk dibawa bermalam di rumahnya yang bagaikan hotel 5 bintang itu.

ok..cukup sahaja latihan menulis cerpen aku kali ni...hihihi

dipendekkan cerita, aku bersama 2 orang kawan aku telah menyertai bengkel kereta penulisan pada hari Sabtu lepas. seronok dan banyak manfaatnya. jadi, kat sini aku nak share dengan korang apa yang aku dapat dari bengkel penulisan ni.

BPIZU : Bengkel Penulisan Islamik Zon Utara
ada 5 slot yang dijanjikan oleh penganjur. slot pertama cukup membuka jiwa dan mata hati aku. sebagai seorang blogger walaupun bukan blogger tegar membuat aku bermuhasabah kembali apakah niat dan ke mana matlamat aku untuk setiap penulisan dalam blog picisan ini. Blog yang bermusim, selalu juga bersawang, berhabuk, berdebu, bersepah, berselerak, bersampah dan ber'etc'...

tersedar aku dengan kata2 CEO muda LangitIllahi ini. penulisan islamik tak semestinya sarat dengan potongan ayat Quran dan hadith2 pilihan.cukup sempurna untuk sesebuah penulisan itu dikategorikan sebagai islamik sekiranya dapat membawa pembaca daripada kurang baik kepada lebih baik dan mengajak mereka sama2 ke arah kebaikan.

cukup terkesan dengan slot pertama ini. Niat dan matlamat sebagai kuasa dalam penulisan. terfikir entry2 aku yang lepas. apa dah jadi dengan readers kat sini lepas dorang baca blog ni eh?

terfikir juga nak delete blog ni

hmmm...