Saturday 25 May 2013

buang toksin dalam badan secara percuma!!


terasa lega dan makin ringan bila setiap satu competency test untuk Department Community Dentistry dapat diselesaikan. terima kasih kepada Kak Matun sebagai patient aku untuk diet diary analysis yang aku kenal melalui blog ni. mula berhubung melalui emel dan seterusnya melalui telefon.

yang paling aku suka masa test hari tu bila dapat lecturer kegemaran student2 Dental UM. Prof Nas!! Alhamdulillah..semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar.

okey..untuk diet diary analysis aku perlu menganalisa diet diary patient untuk 2 hari weekdays dan 2 hari weekend.  selama 4 hari tu berapa kerap dan berapa banyak pengambilan gula oleh patient tu perlu dikira. lepas tu kena kenalpasti masalah diet patient dan cara mengatasi masalah dalam pengambilan makanan seimbang. ha..ni lah yang aku kena belajar dan sampaikan pada patient aku.

gula
kebanyakan antara kita mempunyai pengambilan gula lebih dari yang disarankan iaitu maximum 12 sudu teh sehari. cuba tengok nutrition facts yang ada pada makanan yang kita ambil, berapa gram sugar boleh convert 5g sama dengan 1 sudu teh. secara optimum juga makanan bergula perlu diambil tidak lebih dari 4 kali sehari.

dinasihatkan juga menghadkan pengambilan gula pada waktu makan utama sahaja iaitu sarapan, tengah hari dan malam supaya mengurangkan kekerapan gigi kita diserang asid yang dihasilkan oleh bakteria. kalau banyak kali kena serang, cepat lah gigi kita berlubang :(

secara asasnya, gula  juga terbahagi kepada intrinsic iaitu gula baik dan extrinsic iaitu gula jahat. intrinsic sugar contohnya gula dalam nasi dan buah-buahan. extrinsic sugar pula contohnya gula yang ada dalam biskut, coklat dan air teh tarik.
google
banyak sangat sebenarnya cerita pasal gula ni...

piramid makanan
ambil lah makanan seimbang mengikut piramid makanan. lebihkan pengambilan karbohidrat untuk tenaga, sayur-sayuran dan buah-buahan. kurangkan makanan berlemak dan manis.

google
ohh!! aku juga suka makanan manis!!

minum air kosong
kita digalakkan minum 8 gelas air kosong sehari. baik untuk kulit supaya kekal lembap dan cantik dan elok untuk pengaliran darah. belum sempat senarai semua kebaikan minum air kosong dan sebenarnya aku memang dah mati idea tak tau nak cakap apa lagi tiba2 perdebatan kecil berlaku antara lecturer dengan patient aku

patient  : ohh.. 8 gelas??! banyaknya!!
lecturer : minum air kosong adalah cara buang toksin dalam badan paling senang dan murah tanpa membeli sebarang produk dan ubat
patient  :  tak nak lah..nanti kena pergi toilet banyak kali lah...buang air
lecturer : air kencing kita kalau pekat dan warna kuning maksudnya kita kurang air. toksin dalam badan kena buang, tak elok simpan2 sebab tu la kena selalu buang
patient  : ohhh...
google
aku yang duduk tengah2 antara lecturer dan patient hanya mampu melihat, mendengar dan mengangguk2 tanda setuju -_-! dan meneruskan sesi dengan memberikan nasihat yang berkaitan kepada patient aku

competency test berakhir dengan tenang. terima kasih kepada lecturer dan patient yang memberikan respon yang sangat baik. semoga dapat review lepas 3minggu nanti.

jom fokus untuk competency perio, medical ethic, issue denture, onlay project, past year, final year exam, elective project dan menuju final year. Insya Allah.. jia you!!

mari amalkan pemakanan sihat supaya badan sihat, dapat bekerja dan beribadah :)