tak sangka hari rabu lepas, 8 haribulan bersamaan 19 Ramadhan merupakan hari terakhir aku berniaga kat bazar ramadhan Meru. hari Jumaat tu abah aku dah start kemas2 semua barang2 kat gerai. meja, mesin tebu, ice box, payung gerai yang besar tu pun dah disimpan dan dibawa pulang ke kampung budiman.
hari meniaga kitorang tak menentu tu yang jadi tak sangka hari tu ialah last day kitorang berniaga. sebabnya tebu kat ladang abah aku dah habis. lagipun nak dekat raya dah kan. so abah aku nak rehat dan buat persiapan lain.
fuhh...sempat jugak la hari sebelum tu aku amik gambar gerai abah aku
tu la abah aku kat belakang tengah perah tebu aku la yang jaga kat depan gerai ni bila ada orang datang dekat kat gerai baru la aku bersuara 'ye bang..kak..nak air tebu'..aku malu lah nak jerit2 |
jeli kelapa pun ada. homemade! pekat kan air tebu ni?! ais pun tak letak sebab mostly memang orang tak nak air tebu yang dah campur ais pekat dan asli tu yang laku :) |
ni trifle yang aku jual :) |
abah aku ada jugak amik tapai dengan kerepek dari kawan dan saudara, tolong jualkan sekali. aku pulak pernah plan nak jual cookies cip coklat yang aku buat sendiri. tapi cukuplah jual trifle ni pun dah penat. tiap malam nak buat. lagipun orang datang bazar selalunya nak beli juadah berbuka puasa. jarang la orang nak beli kuih raya.
bila kira betul2 9 hari je kitorang meniaga. tapi banyak jugak benda aku belajar untuk pertama kali berniaga kat bazar ni. sedih jugak lah bila tiba2 je dah tak meniaga. sejak dari tu hampir setiap hari aku pergi bazar untuk membeli juadah berbuka puasa, sebelum ni memang tak sempat nak round semua
bila usha bekas tapak gerai abah aku, kosong je tempat tu...rasa sebak pulak..sob sob sob :'( (ok...overrrr je tu)

2 comments:
pergh.. mniaga kat bazar... anak tokey air tebu la nih.. hehehe
kenangan tau ni ! :')
Post a Comment