Monday 6 August 2012

puding trifle di bazar ramadhan Meru : poster dan hari2 kegemilangan

Assalamualaikum dan salam Nuzul Quran !

hari ni aku nak sambung cerita trifle aku. pada pagi hari yang kedua, aku dengan semangatnya menyelongkar barang2 sekolah alat tulis aku yang bersepah2 kat keliling rumah ni. ye la kan tengah cuti semester. buku, pen, pensel, fail, kertas, pensel warna.. ntah kat mana ntah dorang semua cuti sakan. tu yang kena cari dorang balik tu

setelah dihimpunkan semua alat tulis dan segala keperluan...akhirnya idea aku malam tu dapat diekspresikan dalam sebuah poster versi budak2 sekolah rendah...tadaaa!!

yummy!! rasa manis jeli strawberi serasi dengan rasa buah-buahan koktel. ada nanas, betik, apricot,ceri dan nata de coco. lapisan bawah pulak rasa kartard yang lemak2 manis memang padan dengan rasa kek coklat yang lembut - copy paste dari entry lepas sambil berangan nak jadi pengacara jalan2 cari makan :P -

ada yang cakap poster yang aku buat ni macam lukisan budak2 untuk hari usahawan sekolah heee.. Alhamdulillah ni lah usaha aku untuk perkenalkan puding trifle kat orang sini since reaksi dorang masa 1st day aku jual tu aku agak ramai yang tak kenal apa itu trifle. bekas pulak aku dah guna bekas kecik dan panjang so that nampak la layer trifle ni. kan cantik tu

hari kedua jualan trifle
aku bawak 15 bekas untuk test market. awal2 pukul 5-6petang tu slow jugak la jualan, air tebu memang laju je surut dari balang. dah hampir pukul 7petang, aku dah start kemas2 gerai nak tutup memandangkan air tebu dah habis. tiba2 sorang2 datang nak beli trifle..fuhh. Alhamdulillah kali ni semua habis. tak payah la aku bawak balik rumah benda sama macam 1st day jualan hari tu. before 715petang dah boleh kemas2 semua, tutup gerai. sempat je nak buka puasa kat rumah :D

hari ketiga jualan trifle
performance tak jauh beza macam hari kedua tu. sebab masa ni orang baru nak kenal2 dengan trifle. macam biasa, bila last2 tu baru ramai yang nak beli. tapi ada 1 cerita menarik untuk hari ketiga ni. ada sorang akak datang gerai ni semata2 nak beli trifle...

akak 1 : trifle ada lagi tak?
aku : oh..trifle dah habis la kak
akak 1 : oh yeke? :( ermm..yang kastard tu letak apa ye? tepung kastard,air...
aku : ha..kastard tu letak tepung kastard..telur...
akak 1 : telur tu putih ke kuning telur ye?

hmm...dah dia tanya camtu, last2 aku bagi je la resepi

aku : akak nak resepi? saya bagi je la resepi, nanti boleh try kat rumah (tulis kat kertas pastu bagi akak tu)..bahan2 ni kacau dalam 15minit. selamat mencuba :)
akak 1 : oh..ok2..terima kasih ye :)

tiba2 aku terfikir..eh takpe ke bagi resepi kat dia??hahaha....balik rumah aku cerita kat kakak aku yang aku dah bagi resepi trifle kat akak tadi tu. kakak aku cakap 'habis la ko dik..dia buat kat rumah,esok dia jual!'. setakat ni memang tak dapat dikesan lagi orang jual trifle selain aku kat bazar meru ni. bagi aku takpe la..rezeki Allah yang bagi. kalau dah ada resepi tapi malas nak buat, last2 beli jugak kan..

hari keempat jualan trifle
Alhamdulillah awal2 lagi trifle dah habis. kali ni aku dah cam jugak la muka2 sama yang beli trifle aku.. oh terima kasih anda semua kerana masih mempercayai saya :) hampir pukul 7petang camtu ada sorang ibu bersama beberapa orang anak beliau datang nak beli trifle tapi dah habis. tak dapat beli trifle, beliau beli 2 jeli kelapa untuk anak beliau sambil meninggalkan pesan kat aku

akak 2 : dik, esok simpankan 2 ye untuk akak
aku : insya Allah...

padahal esoknya abah tak bukak gerai pun..heee

ha..ni lah antara cerita2 trifle aku setelah mengalami kegagalan pada awalnya. kakak aku suggest buat sticker 'sedia menerima tempahan'. hmm.. idea tu sangat bagus. akan dipertimbangkan. tapi aku lebih fikirkan contra nya berbandingkan pro. takut aku ni ha hangat2 taik kucing ayam je nanti. apa2 pun bagi aku setiap apa yang kita nak buat, kena letak pergantungan pada Allah (seriously) walaupun kerja tu semudah menggoreng telur ayam

ok..kalau ada cerita menarik lagi aku share la ye..insya Allah ;)

5 comments:

Anisa Anuar said...

poster tu comey....nak satu...boleh??

Unknown said...

simpan satu untuk aku. bulan 12 nnti aku balik msia. :P

are_liana said...

waaaa!!~~
congrates syima! ada bakat nak berniaga ni :)

shima said...

Anisa Anuar : boleh2 :) amik la yg kat atas ni

Baihaqi Saharun : oh..ko raya kat Mesir..

are_liana : tq..tak berbakat pun kalau berat mulut tp kena byk belajar :)

Unknown said...

Haha...usaha tangga kejayaan. Pasni da ley jd bisnes woman.hehe. delivery ke jb ade x?

Post a Comment