Sunday 28 April 2013

Tahap kebergantungan kepada Allah lebih tinggi bila berseorangan berbanding bila berteman

Pertama kali aku memandu kereta tanpa Abah sebagai Co-Driver. Bukan senang nak meyakinkan mak abah yang aku boleh memandu berseorangan. Mak pula cuba memujuk supaya aku membatalkan aktiviti aku. Dalam hati aku bermonolog.

Mak...bukannya nak pergi berfoya2 pun..orang nak ajar budak tadika berus gigi laa.. 


Lagi lah kecewa bila mereka yang paling kita harapkan untuk mendapat sokongan melemparkan kata-kata yang menggugat keberanian dan keyakinan.

ko berani ke bawak sorang2??
ko tau jalan, tak??
hmm...suka hati ko lahh...

Membina kekuatan diri
Persoalan pertama, memang aku tak berani berseorangan, tapi aku mesti lawan ketakutan tu. Kalau dilayan je perasaan takut tu dan tak cuba bina keberanian sampai bila pun hidup aku tak maju. Point paling menguatkan aku ialah cita2 dan masa depan aku. Heyy!! nak jadi doktor gigi kena la berani. Mana boleh takut2.

Kedua, pasal jalan memang aku fail. Aku pernah dimarahi oleh kawan rapat sendiri sebab lama menunggu aku di pintu keluar Mid Valley. Masa tu aku jalan berseorangan dan banyak sangat penjuru kat Mid Valley buat aku pening nak pilih jalan mana satu. Aku juga pernah sesat dalam PPUM, jalan yang aku lalui hari2 untuk ke fakulti pergigian. Malah, jalan dari KL pulang ke rumah pun aku kurang yakin. Aku teringat seorang sahabat menceritakan pengalamannya masa mula2 memandu. Katanya memang selalu sesat jalan dan cuba belajar melihat papan tanda. Ok..ayat tu memang memotivasikan aku.

Kata2 ketiga agak mengguris hati aku. Seolah2 mereka sudah tidak mahu pedulikan aku dan membiarkan aku membuat keputusan sendiri. Aku cuba fikirkan dari 2 perspektif. Pertama, mengalah je. Tak payah drive dan ikut cakap mereka. Jadi anak solehah. Kedua, drive je. Berdegil untuk cuba. Derhaka ke? Ishh...tak lah. Sampai bila aku nak dimanjakan. Dah besar kena berdikari.

Di kala fikiran bercelaru, seorang sahabat setia memberi sokongan. Fhatin menceritakan kisahku kepada mama dan ayahnya. Mereka memberikan respon positif dan dorongan untuk aku memandu nanti. Bertambah semangat aku untuk terus meningkatkan kemahiran hidup.

Abah yang tabah
Perjalanan ke Seksyen 17, Shah Alam untuk menjemput Fhatin di'escort' oleh abah yang hanya menaiki motorsikal. Tabahnya seorang ayah melayan karenah anak bongsunya yang tak tahu jalan ke sana. Alhamdulillah, lega rasanya apabila sampai di destinasi yang ditujui diiringi beberapa bunyi hon teguran kenderaan lain dan diakhiri pesanan abah yang berbaur kerisauan.

mana kawan ko?
nanti aku telefon dia.
tau jalan tak?
tau2..kawan aku tau jalan
nanti balik ko lalu jalan tadi...lalu sana pun boleh (sambil menuding ke arah jalan yang sepatutnya)..ko balik malam ke?
eh..tak la. sampai tengah hari je
kalau tengah hari ko boleh lalu jalan tadi...tak jem. petang ko lalu jalan sana.
ha...ok.
dah sampai matikan enjinnya. kunci keretanya. kuncinya jangan tinggal. simpan.
(aku mengangguk kepala tanda faham. tak nak abah kerisauan)

Fhatin sebagai Co-Driver
Kelewatan kami sampai di Pasti Mu'min, Pantai Dalam untuk Tooth Brushing Drill (TBD) tidak menghalang kami untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang. 20 orang pelajar lingkungan 4-5 tahun itu mudah menerima arahan dibantu guru2 bersama seorang lagi sahabat kami, Nabiha dan adiknya, Afiqah. 

Walaupun terperangkap seketika dalam kesesakan lalu lintas, aku rasakan perjalanan agak mudah dengan bantuan Co-Driver yang banyak ilmunya tentang selok belok jalan raya dan sudah biasa membawa scooter di lebuh raya. Kekalutan ketika menukar lorong, memberi signal dan membayar tol menjadikan pengalaman berguna untuk aku pelajari.

Pulang ke rumah tanpa teman/escort
Terpancar kerisauan Fhatin kepada aku yang tak tahu jalan pulang ke rumah lantas menyuarakan perlunya dia menunjukkan jalan yang betul hingga ke Bukit Raja. Pening juga aku nak ingat jalan di sekitar Shah Alam. Banyak roundabout. 

Setelah selamat menghantar Fhatin semula ke rumahnya, bermulalah perjalanan aku pulang ke Meru seorang diri buat pertama kali. Aku cuba menenangkan diri untuk meneliti jalan mana yang perlu aku lalu. Terngiang2 pesanan Fhatin dalam perbualan kami sepanjang perjalanan tadi.

aku rasa aku perlu GPS
tak payah..nanti terlalu bergantung kat GPS tu je
sebab aku memang susah nak ingat jalan
bila kita ada 2 orang, kita akan bergantung kat orang tu je. bila kita sorang2, masa tu la kita akan letak pergantungan kat Allah

Betul cakap Fhatin. Masa aku di'escort' abah, aku ikut je abah lalu mana. Kurang rasa risau. Kadang2 jarak abah jauh dengan aku sampai tak nampak kelibat. Masa tu la aku mula risau, takut sesat dan mula banyak2 kan berdoa dan harap Allah akan bantu aku.

2 kali aku sesat sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Masa tu aku aku cuba tenangkan diri dan mengharapkan pertolongan Allah. Bila kita berseorangan tanpa teman, masa tu la kita ingat Allah je yang boleh tolong kita. Betapa mudah kita leka dan lupakanNya, padahal Dia tak pernah lupa kita. Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah. Perjalanan dan perancangan juga dipermudahkan.

Menunggu lampu hijau di simpang empat Pekan Meru sambil menikmati kemeriahan bendera berkibar tinggi di langit biru. Subhanallah..Takbir!

Doanya lepas ni dapat manfaatkan apa yang aku ada dan dapat bermanfaat kepada orang lain. Insya Allah :)

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (1:5)





Monday 8 April 2013

kisah mak abah #3 : bila ramai kawan2 dah kawin

berlangsungnya study week. aku dengan yakin pulang ke rumah bersama buku dan nota2. harapannya dapat menelaah pelajaran dalam suasana aman dan tenteram.

dengan talian internet tanpa saingan dari pengguna lain, aku pantas membuka laptop uzur kakak aku untuk melihat perkembangan terkini isu semasa di Facebook. 

mak : gambar kawan ko tunang ke tu?
aku  : mak...kawan orang ramai yang dah kawin
mak : dah ada orang masuk meminang dia..tak kan ko nak pinang laki kot
oh i'm speechless...