Thursday 31 January 2013

kisah mak abah #1 : pergi dapur

sedang Uzma Humaira' merangkak kegembiraan ke dapur...

tiba2 kedengaran suara mak aku

'kecik2 sibuk nak masuk dapur...bila dah besar disuruh pun tak nak'

erk!! aku yang terasa.


>>> sempena cuti sem yang panjang ini marilah rajin2 kan diri ke dapur untuk makan!

eh...dan masak jugak. tau! <<<

Thursday 10 January 2013

fuhh..hilang nervous!!

Assalamualaikum dan selamat pagi :)

ini cerita dah basi tapi aku nak cerita jugak sebab kisah ni masih lagi terngiang2 kat kotak fikiran aku

pada hari Selasa minggu lepas, bersamaan New Year 2013 (1 Januari la kan..) aku rasa nebes nervous sangat. haha..nervous sebab nak call patient baru buat pertama kali. for your information..memang tiap kali aku nak telefon patient aku buat pertama kali dan tak pernah jumpa lagi, aku akan rasa nervous lagi2 kalau patient tu lelaki dan bukan melayu.

pagi New Year tu aku dah berfoya-foya bergembira dengan roomates tersayang kat Amcorp Mall, malam tu baru nak call patient untuk panggil esoknya. haiihhh teruk betul 'patient management' aku..

lebih kurang pukul 9+ dengan membawa henfon, aku keluar dari bilik pastu duduk kat meja iron baju floor aku. aku memang dah siap2 save number patient aku dalam fon ni. sambil berdebar2..with a deep breath dan bismillahirrahmanirrahim, aku tekan nama Mr Danny KKP pastu tekan gambar telefon...

tutt..tutttt...beberapa saat je..tiba2...

Mr D : Hellooo..good evening. Happy New Year! :D
aku    : mak aaihh..terkojut den! mesra gila Mr Danny ni..terus hilang nervous aku! (dalam hati je la)
           Hello..can I speak to Mr Danny KKP? (haa..ni dialog luar hati)

haa..pointnya kat sini. betapa mesra dan sopannya patient aku ni jawab telefon. walaupun aku tak nampak dia senyum tapi aku dapat rasa dia jawab panggilan aku dengan gembira. siap wish New Year lagi..terus hilang nervous aku dan lebih yakin nak cakap dengan dia.

esoknya dia datang klinik. dia yang cari aku sampai ke cubicle aku. selalunya la kan patient yang baru pertama kali nak jumpa clinician akan tunggu luar klinik je sehinggalah kitorang sendiri yang cari diorang. ok..first impression nampaknya Mr D ni seorang yang mesra dan mudah bekerjasama. aku pun amik la medical history dia sikit..

aku    : Mr D ada sakit apa2 tak?darah tinggi ke?
Mr D : oh..darah tinggi ada...saya makan ubat
aku    : erm...kencing manis ada?
Mr D : ohh..syukur Alhamdulillah..kencing manis takde

wah!! agak teruja jugak la aku bila Mr D, seorang lelaki berbangsa Cina beragama Buddha sebut Alhamdulillah. mahraj pun betul. takde pelat2. aku takde la batak jakun sangat. ramai je orang bukan Islam yang dah biasa sebut kalimah Allah dalam perbualan diorang. cuma aku terus terfikir..mungkin ni peluang aku untuk berdakwah kat orang bukan Islam dengan lebih mudah.

hmm..bila muhasabah diri balik..aku rasa aku ni sibuk teruja nak berdakwah kat orang bukan Islam padahal orang Islam sekeliling aku yang lebih dekat pun belum settle lagi. tapi kawan aku cakap..

'takpe Shima..at least ko dah ada niat nak berdakwah'

lagi 1..mostly patient aku yang non-muslim, diorang ni memang sopan dan baik2. selalu punctual datang appointment, tak lokek cakap terima kasih, bagi hadiah...banyak attitude muslim dalam diri diorang. ter'reflect' kat diri aku yang sedia ada muslim tapi masih banyak attitude muslim yang belum ada dalam diri aku

Dr. Rosni Adam kata dakwah yang terbaik ialah dakwah bil hal (dakwah melalui perbuatan). Jadi, marilah kita sama2 berusaha ke arah itu!!

Ya Allah..kawallah perasaan gementar kami supaya segala urusan kami dapat berjalan lancar..amin 

hadiah dari Aunty Helen :)