Saturday 24 December 2011

jom tengok blog ni!!

Assalamualaikum n selamat hari Sabtu :)
try klik header ni
saje je aku nak promote blog ni sebab baru lagi n masih dalam progress.
ok..semoga bermanfaat :D

Thursday 15 December 2011

ada pelangi selepas hujan panas

Assalamualaikum n selamat sejahtera :)

hujan panas :

hujan lebat..kena cari tempat berlindung
tadi pagi aku ada session prosthetic iaitu session untuk buat gigi palsu. aku nak buat MMR (maxillo-mandibular registration)  kat patient aku tu. malam tadi dah study setakat tengok nota lecture n nota kawan. tapi bila patient dah ada, aku macam tak yakin dengan apa yang patut aku buat. yela..1st time kan masih dalam proses belajar n mencuba. lecturer detect aku tak prepare untuk buat MMR n aku kena marah. bukan sorang je. 2 orang lecturer marah aku. kawan2 sekeliling pun dengar aku kena marah. nasib baik aku pakai mask, takde la malu sangat tapi tetap malu jugak. rasa macam sangat loser. air mata pun macam nak mengalir tapi tahan je.oh stress! rasa sangat down n sedih masa tu.. istighfar je la banyak2 dalam hati :(

pelangi :

Subhanallah..indahnya pelangi selepas hujan
lecturer marah2 aku sambil dia buatkan MMR tu sampai siap. patient pulak senyum n ucap terima kasih sebelum balik, siap pesan lagi 'nanti beritahu ye bila next visit'. untung ada lecturer yang membantu n dapat patient yang sangat baik :)

petang pulak aku ada orthodontic. masa ni technician ajar macam mana nak buat wire bending. so, hari ni demo T spring. aku pun try la buat dengan gigih sampai jari merah2. technician cakap T spring aku senget sikit tapi still boleh berfungsi n untuk 1st trial itu dikira ok :)

sebelum tu..tiba2 ada sorang patient perio (masalah gusi) call aku. tertanya2 bila agaknya aku boleh scaling (cuci gigi, buang plak n calculus) gigi dia. seronok tau bila dapat tahu patient berminat untuk dapatkan rawatan dari kita :)

lepas habis ortho, kawan2 ajak makan wafle. aku suka makan wafle. lagi2 bila stress. wafle peanut chocolate sedap! :)

malam pulak aku join moonlight jogathon sempena festival ibnu sina 2011. lari 3.3km. dah lama tak jogging. banyak jugak saingan hebat td. yeay!! aku dapat no. 10. haha...border line untuk dapat hadiah. aku dijemput ke malam penutup festival ibnu sina untuk amik hadiah (medal,sijil n t-shirt) :)

bila terbaca komen dari seorang kawan, baru terfikir....
apa yang Allah jadikan semuanya bermanfaat :)
hujan panas yang sekejap...menghasilkan 7 warna pelangi yang indah :)

Alhamdulillah Ya Allah :)

Saturday 10 December 2011

fissure sealant


Assalamualaikum n selamat sejahtera :)

yeay!! aku telah berjaya buat 1st treatment untuk conservative kat gigi patient aku iaitu fissure sealant.

huh?!apa itu fissure sealant?
secara mudahnya, fissure sealant ialah 1 treatment untuk tutup alur gigi yang dalam supaya dapat mengelakkan makanan terperangkap dalam tu dan sukar dibersihkan dengan hanya memberus gigi. fissure sealant jugak sesuai untuk gigi molar (geraham) dan premolar (geraham kecil) yang tinggi risiko untuk caries (berlubang), suka makan makanan manis dan kurang kadar pengeluaran air liur.

alur gigi
bacteria dan makanan suka duduk celah2 tu
jom2 aku bagitau procedure macam mana nak apply fissure sealant kat gigi patient

mula2 isolate (asingkan) gigi yang kita nak letak fissure sealant dengan rubber dam (empangan getah) supaya kawasan gigi tak kotor dengan air liur. kalau kawasan alur gigi tak bersih dan basah, fissure sealant tak tahan lama.

procedure ni agak menyakitkan sebab clamp dan getah tu pegang gigi dengan kuat . so kena letak topical local anaesthetise (ubat kebas) supaya tak rasa sakit :)

lepas tu, bersihkan alur gigi dengan pumice yang dah dicampur dengan air untuk hilangkan staining yang hitam2 tu.
pumice ni warna light grey, macam pasir halus
bancuh dengan air sikit
sapu pumice kat alur gigi guna rubber cup yang warna putih ni
guna low speed handpiece
basuh kawasan gigi dengan air untuk bersihkan sisa2 pumice tu. seterusnya, keringkan kawasan gigi. letak acid etch pulak

acid etch ni untuk buang 10micrometres enamel (lapisan gigi paling luar) supaya poros dan kasar
so, bonding antara fissure sealant dengan enamel akan kuat
acid etching selama 15saat
lepas tu basuh dengan air 20saat / sampai bersih
kawasan gigi yang dah di'acid etch'kan akan nampak lebih putih dari kawasan lain. lepas tu, letak fissure sealant
fissure sealant yang aku guna warna pink tapi bila dah light cure jadi putih macam warna gigi
lepas tu, light cure fissure sealant selama 40saat
light cure untuk keraskan fissure sealant
cahaya warna biru ni tak elok untuk mata
patient pakai cermin mata hitam 
ok..dah siap! boleh la polish dan check occlusion untuk pastikan patient boleh gigit dalam keadaan selesa
alur gigi dah tutup
tak boleh la makanan dan bacteria terselit kat celah2 tu lagi

tak kesah la korang faham ke tak..aku excited dah start buat treatment kat patient. ni la treatment paling senang dan tak lama. yang lamanya masa nak pasang rubber dam kat gigi patient. Alhamdulillah dapat patient yang sabar dan tak cerewet. semua berjalan lancar :)

~ sumber gambar semua dari Google ~

Tuesday 22 November 2011

cabutan gigi 1

Assalamualaikum n Hai :D

Oral Surgery (Xn) a.k.a tooth extraction!
hari ni session tooth extraction yang kedua untuk group A. tapi aku baru 1st time nak cabut gigi orang. masa 1st session aku tak sempat merasa cabut gigi sebab patient partner aku kena hantar ke surgery room untuk keluarkan dilaceration root (akar gigi yang bengkok)

oh..ini 1st time!! gugup2. tapi try jugak belagak relaks. makin nervous pulak bila 1st time terus dapat patient yang ada macam2 penyakit. hypertension, diabetes, hyperthyroidism, carpal tunnel syndrom n sinusitis. panic pun datang,  banyak la kena tegur dengan lecturer. antaranya :

  •  lupa nak tanya medication apa yg patient amik untuk setiap penyakit (boleh pulak tak ingat, tu la paling penting!)
  •  local anaesthesia (LA) contaminated, tak letak kat atas bip (selambe je letak kat atas folder patient)
  •  inject buccal fold 1st, then greaterpalatine (suka2 aku je nak inject greaterpalatine dulu, angulation pun tak tepat)
  •  tangan fine tremor (ketar tapi aku rasa still boleh kawal)
  • use couplent 1st, then use forceps (aku tak tau camne nak guna couplent)
  • cara pegang forcep salah (sebelum ni tengok je..tak pernah nak try2 guna)

huhu...tambah stress bila kena amik blood pressure patient. guna stetoskop tu macam dengar tak dengar je (haha..tak reti guna la tu ) 2-3 kali jugak la aku dengan partner aku try...last2 tak confident, guna elektronik punya lagi senang! fuhh...selamat. kalau tak, blood pressure aku pulak yang naik.

Syukur sangat dapat Puan Nafeesha yang sangat baik n memahami

  •  Puan yang hulur tangan dulu untuk bersalaman dengan aku (huhu...segan pulak)
  • tak marah walaupun lambat amik blood pressure, lambat buat cabutan
  • sudi berkongsi cerita keluarga
  • tak takut suntikan
  •  tak sakit ketika cabutan
  •  faham clinician 3rd year student, baru belajar
  • cooperative!

paling tak sangka bila...
aku : puan punya birthday 21 mac eh? (tengok profile kat folder patient)
Puan Nafeesha : ye..
aku : birthday saya 22 mac!
Puan Nafeesha : oh ye! boleh la kita sambut sama tahun depan!
wah... aku tak expect pulak Puan Nafeesha yang berumur 63tahun akan bagi jawapan camtu dengan muka yang sangat excited! :)

lepas bagi LA, Puan Nafeesha rasa kebas, guna couplent untuk longgarkan gigi dari tulang, grip gigi dengan forcep kuat2, rotate2, tolak buccal palatal

at last...
gigi 15 dah cabut!
* 2nd premolar belah kanan
fuh..lega gigi dah tercabut elok je. akar pun tak patah. masa Puan Nafeesha salam dengan aku sebelum dia balik..dia kata 'thank you haa..nice girl' (dah amik blood pressure banyak kali pun dia boleh kata aku camtu) :X

Terima Kasih kat partner (Cik D) yang banyak membantu, tulis E & D (Examination n Diagnosis) sampai 2x n bagi support masa nak cabut gigi
Terima Kasih kat Dr. Ng banyak bagi teguran...walaupun agak tertekan tapi tu la ilmu n pengajaran terbaik untuk masa depan, bagi 3 markah pulak tu
Terima Kasih kat Puan Nafeesha yang sangat cooperative n tenang
Terima Kasih kat kawan2 yang support aku :)

Alhamdulillah..Terima Kasih Ya Allah..bagi aku pengalaman ni :D semoga cabutan gigi yang aku buat lepas ni lebih baik n ada improvement! amin..

Sunday 20 November 2011

kami dah makan 7 jenis keju

Assalamualaikum n hepi weekend :D

jumaat lepas, kami dijadualkan dengan PBL resource session pada pukul 2.45-5ptg. kawan2 aku dah plan nak ke mid valley untuk shopping n makan2 petang tu. aku yang mulanya plan nak ke library cari jurnal untuk PBL, akhirnya tewas dengan pengaruh rakan sebaya..hahaha

yummy ultimate cheesy bites pizza consist of 7 delicious cheeses :)
jadi, aku mengambil kesempatan ini untuk mengajak mereka makan pizza yang telah lama aku idamkan n mereka pun bersetuju. Yeay!!

kami order ultimate cheesy bites set 2 dengan topping hawaiian chicken. so, ada large pizza, garlic bread, 1 pitcher mountain dew n 4 soup of the day. aku tak pandai nak cerita dalam bentuk ayat, jom tengok gambar je lah!

soup of the day on Friday is mushroom soup
mountain dew
*air sepatutnya sampai dalam masa 3 minit
garlic bread yang menjadi rebutan Linda, Zie n Fhatin
*garlic bread n soup sepatutnya sampai dalam masa 7minit (kalau tak silap, dah lupa)
Zie minum 5 gelas air sementara tunggu pizza sampai
tu pun tak cukup katanya
yeay!! masa yang ditunggu2 telah tiba
hmm...tak rekod masa, tapi ok la tak lama sangat
*pizza sepatutnya sampai dalam masa 17minit
habis dalam sekelip mata!
siap buzzing cutleries lagi
bowls n glasses pun dah siap buzzing
kami nak anugerah customer terbaik! ada tak?
dah susun kemas2 bowls,glasses, pan n cutleries
senang la staff service 2 orang kat belakang tu nak buzzing nanti
pizza ultimate cheesy bites 7 cheeses ni sedap sangat lagi2 kalau korang memang cheesy lover. tapi bagi aku, makan sekali pun dah cukup la, sekadar merasa n memenuhi kehendak nafsu n selera makan. tapi kalau lepas ni ada orang nak belanja pizza ni aku on je. hehe :D

cheddar, provolone, monterey jack, philadelphia cream cheese, mozarella, parmesan,  n  romano
Alhamdulillah..akhirnya tercapai jugak impian selera aku nak makan kat pizza hut. large ultimate cheesy pizza set 2 + hawaiian chicken toppings + 11% government tax + 6% service charge = RM57.90. terima kasih kat coursemates (terra, linda, zie, fhatin n dini) sebab sudi makan pizza hut bersama2 aku. sayang korang :X

~ teringat suasana masa jadi staff service kat pizza hut setia alam...rindu nak makan staff meal ~

Wednesday 16 November 2011

loser

assalamualaikum n selamat sejahtera

loser rasanya bila amik radiograph bitewing sampai 3x baru menjadi :(

google image
loser2 pun dapat ilmu baru dari sorang akak radiologist. cara guna biteblock yg lebih simple n mudah

Alhamdulillah. Allah jadikan sesuatu kejadian tak pernah sia2 :)

Sunday 13 November 2011

kalau ditanya beberapa soalan macam ni...apa korang nak jawab?

Assalamualaikum n selamat sejahtera :)

pernah tak fikiran korang didatangi dengan soalan2 macam ni

kenapa perempuan Islam kena pakai tudung?
kenapa lelaki Islam boleh kahwin 4, tapi perempuan tak boleh?
kenapa isteri kena taat pada suami?
kenapa harta pusaka dibahagi lebih kepada lelaki berbanding perempuan?
kenapa Islam kena solat 5waktu sehari semalam?
kenapa Islam wajib berpuasa dalam bulan Ramadhan?

kenapa Islam macam ni, macam tu n macam2 lagi la...

hmm..kalau yang tanya tu saudara2 seislam kita boleh kot nak cool n rilek2 lagi

macam mana pulak kalau yang tanya tu non-muslim?
errr....kalut jugak la kan nak fikir jawapan yang terbaik supaya dorang boleh faham

apa pulak persepsi dorang kalau kita sendiri tak boleh jawab soalan2 tu?

so..sebelum kita dikejutkan dengan pelbagai soalan n situasi macam ni
jom2..kita cari jawapannya kat sini!! :)


Seminar Dai'e Professional anjuran Fakulti Pergigian Universiti Malaya akan membincangkan :
  • cara2 berdakwah kepada non-muslim secara berhikmah n efektif
  • persepsi2 non-muslim kepada agama Islam n penganutnya
  • asas2 budaya n agama lain (Buddha, Kristian, Hindu) 
  • jawapan kepada pelbagai persoalan tentang Islam
sesiapa yang berminat boleh bagi details anda kat nombor telefon tu atau kat SINI selewat-lewatnya hari Selasa ni, 15 November 2011 :D


jom2 berdakwah!!
 bila lagi?
 tak layak?!
 nak tunggu diri kita layak berdakwah kat orang lain? 

kita bukan manusia sempurna :D

Friday 11 November 2011

pendidikan seni 1

assalamualaikum n selamat hari jumaat


cikgu pendidikan seni kita hari ini ialah en. apit
cikgu apit ajar macam mana nak install brush n buat tulisan ada bayang2 kat bawah

nak belajar pendidikan seni lagi??!! boleh ke kelas photoshop kat www.fizgraphic.com
macam2 tutorial ada kat sana. nway..thanx to fizgraphic for the tutorials :)

ceritera semester 1.1

Assalamualaikum n selamat memanfaatkan cuti :)

kira2 dah dua bulan jugak la aku masuk 3rd year belajar dentistry. dari 12 september 2011 sampai sekarang macam2 dah aku belajar tentang kehidupan seorang dental student dalam clinical year. ni lah tahun pertama aku masuk clinical year. sangat menyeronokkan n mencabar!! jom2 baca cerita aku

cerita berjalan kaki ke fakulti pergigian universiti malaya
untuk mendapatkan tenaga berjalan kaki ke lecture hall, aku n coursemates aku semua akan sarapan pagi kat dewan makan kolej. paling lewat pun 730pagi kitorang dah turun kat dewan makan.

kenapa 730pagi tu paling lewat?? jawapannya ada dalam peta kat bawah ni

jalan kaki dari no. 10 nak ke no.1 tu amik masa lebih kurang 20minit

dari no.10 tu kolej aku (kolej kediaman pertama @ ASTAR) > lalu tepi no. 11 (kolej kediaman kedua) > lalu depan no.4 (fakulti alam bina) > masuk no. 12 (kolej kediaman keenam @ ibnu sina)..lalu dalam ni lepas tu keluar > lalu dalam no. 2 (Pusat Perubatan Universiti Malaya @ PPUM) > selamat datang ke no.1 (Fakulti Pergigian Universiti Malaya) 
wah.. walaupun jauh aku lebih suka stay kat 1st kolej sebab environmentnya sangat mesra alam dengan pokok2 hijau kat belakang bilik n dilengkapi dengan keriangan monyet2 yang comel. jauh perjalanan luas pemandangan 8-|

cerita di lecture hall
walaupun lecture tak banyak..tapi masa ni la aku mengantuk. antara faktor2 aku mengantuk masa lecture ialah tidur lambat, kurang rehat, tak sarapan pagi, tak fokus n ............

suasana lecture hall yang romantik, sejuk n selesa :)
tapi bila lecturer dah start nak tanya soalan sambil pegang list name..masing2 yang dah mimpi tu tiba2 jadi segar n dah tak boleh nak tidur balik..huhu

cerita di klinik
agak2 15minit sebelum lecture habis aku memang dah tak dapat fokus dengan lecture yang disampaikan sebab terlalu fikir patient dah sampai belum. kenapa nak risau sangat dengan patient datang ke tak?? hmm...sebabnya bila patient tiba2 tak dapat datang, ia dapat mengundang kepada ke'stress'an yang amat dahsyat!! ceh..takde la dahsyat sangat tapi stress la jugak. kalau korang tak percaya..boleh try tengok SINI.haa...percaya tak??!! hahaha

aku pernah stress sampai dah prepare tisu kat tangan tapi tak keluar pulak air mata..haha. ceritanya pada suatu hari tu..ada patient aku datang pada hari yang tak sepatutnya datang, manakala patient yang disuruh datang terlupa pulak nak datang, sebab aku tak remind dia..kalut aku dibuatnya. try mintak kawan2 datang, dorang tak boleh datang pulak. nak treat partner sendiri, pink form hilang ntah ke mana. partner nak treat aku, lecturer tak bagi sebab dah lewat. last2 memang burn la session tu. bertimpa2 ujian Allah bagi kat aku masa tu..tu tanda Allah sayang lebih kan. apa2 pun yang dah berlaku tu memang bagi pengajaran kat aku :)

ni partner aku, cik D...macam tengah tension je dengan sistem Deisy ni
dah record kat komputer pun kena tulis lagi kat pink form sebagai langkah berjaga2
sabar ye :)
seronok bila patient datang n dapat bagi treatment kat dorang. tambah happy bila patient n clinician boleh tolerate each other. masa ni la peluang nak belajar interact dengan manusia yang berbilang bangsa, pangkat, umur n perangai. tapi awas!! kena lah prepare n plan nak buat apa dengan patient..kalau tak, sedia la nak jawab apa dengan lecturer

ada jugak yang cakap aku kasar tapi boleh build skill lagi
at least aku dapat kritikan membina n kata2 semangat :)
cerita ketika demo
demo yang aku nak ceritakan ni bukanlah demo ketika pilihanraya ye... demo yang aku nak cerita ni ialah demonstration oleh lecturer. demo ni lecturer nak tunjuk macam mana nak amik history patient, macam mana nak amik impression dalam mulut patient, macam mana nak inject anaesthetic before cabut gigi patient n segala macam lagi la. demo ni penting untuk kitorang sebab masa ni la nak tengok cara2 yang betul nak treat patient..tapi kadang2 mengantuk jugak :( my bad...


cerita ward round
menurut jadual fakulti, setiap selasa pukul 3.15-4.15 petang, aku ada ward round kat PPUM. ward round ni ialah jalan2 n pusing2 tengok patient kat ward tu dengan lecturer fakulti perubatan. lepas tu ada discussion. yang menariknya ward round ni dapat belajar macam mana nak tau patient tu ada jaundice ke penyakit jantung ke atau penyakit hati melalui fizikal pesakit tu
clubbing nails
siapa yang ada kuku cembung macam ni?
mungkin anda ada penyakit jantung atau paru2
yang scary nya bila dapat lecturer yang strict n suka tanya student. tiba2 je dia pick sorang student lepas tu suruh present, describe apa yang kita nampak kat patient tu. haha..masa ni la guna KBKK (kemahiran berfikir secara kritis n kreatif) 


cerita biro tajaan Dental Night Dinner (DND) 
aku terpilih untuk jadi AJK dalam biro tajaan untuk annual dinner fakulti aku. memang event ni 3rd year yang kena organize. 1st task kitorang ialah menjual bunga untuk pre-convo. Task ni telah dihandle oleh Biha dengan jaya n gigihnya ^_^


dari kiri : Aisyah, Biha, Zati
lepas survey bunga kat Petaling Street, kitorang dinner kat mcd
1st time makan family dinner box dengan coursemates yang jarang keluar bersama2..tu yang excited lebih tu 
2nd task pulak ialah menjual kad nama dental clinician. task ni aku yang handle. ada pulak masalah dengan sorang kakak designer tu, janji nak siapkan design tapi tak siap2 :( dengan bantuan kawan2 yang lain, Alhamdulillah masalah tu settle. semua kad nama dah pun siap n selamat diedarkan tanpa sebarang masalah :)
ni design kitorang
ada akak designer lain tolong edit tiba2 jadi camni
terkilan jugak sebab takde gambar gigi banyak2 tu
tapi yang ni nampak lebih professional
kertas pun tebal n glitter2...puas hati lah!
thanx kedai print cepat :)
task seterusnya, jual button badge n mintak sponsor dari mana2 company berkaitan. target kitorang RM45 ribu untuk dinner ni n bakti siswa. fuhh..mana nak dapat duit banyak tu? hmm...ada siapa2 yang sudi nak bagi tajaan??sangat dialu-alukan...terima kasih :)

cerita Al Islah
sesi 2011/2012, majlis tertinggi PPIPUM (Persatuan Pelajar Islam Pergigian Universiti Malaya) telah memberikan kepercayaan kat aku untuk bertanggungjawab mengetuai biro publisiti n penerbitan. tugas utamanya ialah menerbitkan artikel bulanan Al Islah. meeting dengan AJK dah buat n respon dorang sangat baik. aku cuba buat Al Islah kali ni lain dari yang biasa n bermanfaat untuk semua. Insya Allah

ni pun kitorang tengah cari sponsor untuk fotostat tiap bulan
cerita lunch 
disebabkan jadual yang padat, jarang sangat aku dapat makan tengah hari kat dewan makan kolej sendiri. selalunya jadual aku ada gap dari pukul 1-2 petang je. masa tu la nak makan, solat zohor n rehat. so, kalau tak sempat balik kolej, aku beli je nasi n lauk kat makcik yang jual kat parking motor fak ni, tak pun makan chicken chop kat PPUM (fuyoo..mewah nya lunch dengan chicken chop!!) bukan selalu pun okey  

ni coursemates aku yang sama2 stay kat 1st kolej, Fhatin n Zizie (dorang ni roomates)
ni la kitorang lepas makan, solat pastu tak tau nak lepak mana
duduk la depan lecture hall tunggu makcik guard bukak pintu 
dah bayar yuran kolej 1 sem tapi hari jumaat je la selalunya aku berkesempatan nak balik kolej untuk makan tengah hari, lauk ayam pulak tu..nyum3 :O

cerita lepas habis kelas
hari2 habis kelas pukul 5petang. kalau tak ada apa2 lepas tu aku terus balik kolej. kadang2 kena pergi prosthetic lab untuk sambung proses membuat gigi palsu. kadang2 ada meeting. kadang2 jugak ada usrah. apa2 pun lepas kelas memang letih. selalunya lepas solat maghrib aku akan rasa sangat2 lah mengantuk! bila dah tertidur memang susah la nak bangun. paling awal pun bangun pukul 10malam. lepas tu konon2nya nak study tapi bukak facebook. lepas tu tiba2 dah pukul 12malam. so.. it's time to sleep!gudnyte.

haha..ni lah ceritera semester 1.1 aku..minggu depan masuk lah sem 1.2. bulan januari nanti exam untuk sem 1. sekarang dah pertengahan bulan 11. lepas tu bulan 12.oh!! ok2 tak lama dah nak exam!! banyak sangat aku leka sem ni. jadi, berdasarkan ceritera ni aku nak amik banyak pengajaran. antaranya :

  1. bersedia setiap kali sebelum kelas (study apa yang dah belajar n yang akan diajar)
  2. buat plan yang terbaik untuk clinic session n buat back up plan kalau patient tiba2 tak dapat datang
  3. tidur awal n bangun awal
  4. jangan tangguh tugas yang ada
  5. puasa sunat setiap isnin n khamis
  6. jogging lepas kelas (bukan atas katil...tapi kat tasik varsiti tau)

sekian, terima kasih banyak2 kepada yang baca entry ni sampai habis :D
fuhh...panjang sangat kan!

Wednesday 9 November 2011

wordless wednesday 2

hari ni dah hari rabu
jom bukak buku!!!
naik sem 1.2 lecturer nak bagi test

wordless wednesday 1

Sunday 6 November 2011

Kek Lapis Masam Manis Hawflakes

Assalamualaikum n Hepi Holiday

First of all aku nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H'..aku cuti selama seminggu (banyak pulak Fak Dental bagi cuti tahun ni) jadi, aku dengan rajinnya nak study baking pada hari raya ni

Ok puan2 pastikan anda semua bersedia dengan pen n kertas. sebelum tu jom tengok apa yang kita nak baking hari ni

~ kek lapis masam manis hawflakes :D ~
jom tengok pulak macam mana cara2 nak buat kek lapis kukus ni

1 cawan butter
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk biskut kraker (blender)
4 biji telur (asingkan putih n kuning)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette
sepeket asam Hawflakes
pewarna makanan (hijau n merah)
pukul gula n butter sampai kembang
masukkan putih telur n pukul sampai kembang
lepas tu..kuning telur pun pukul sampai kembang
masukkan esen vanilla, ovalette n susu pekat manis
masukkan tepung gandum, serbuk biskut n baking powder yang telah diayak bersama2
bahagikan adunan kepada 2
letak pewarna
tak kesah pun nak letak warna apa
amik 3 sudu adunan
ratakan lapisan
susun asam hawflakes

*lenserkan loyang n lapik dengan kertas
*panaskan periuk kukus sebelum mengukus
*tutup loyang dengan aluminium foil semasa mengukus
lapisan yang dah masak lepas kukus selama 5-10minit
* cucuk dengan  garfu atau lidi, kalau bersih dah masak la tu
haha..banyak pulak aku cucuk2
buat lapisan seterusnya
lapisan kedua agak lama sikit nak masak berbanding lapisan pertama
lapisan terakhir nanti kukus lama sikit (15-20minit) utk pastikan semuanya masak
dah siap!
keluarkan dari loyang n sejukkan
*lapisan atas sekali takde asam hawflakes sebab dah habis :(
try potong n rasa
* lapisan awal2 nipis je n banyak asam hawflakes
*haha..lapisan atas lebih tebal sebab nak siapkan cepat2 n asam hawflakes dah tak banyak
aku tak mahir lagi nak buat kek ni..banyak lagi yang kena belajar n betulkan. macam2 cara nak buat kek ni kalau kita google. tapi aku try resepi dr SINI sebab simple n bahan2 pun tak banyak sangat

ok..selamat mencuba :)