Showing posts with label baking life. Show all posts
Showing posts with label baking life. Show all posts

Thursday, 8 August 2013

Sweetivores ~ khas buat si penggemar manis

Salam Syawal


aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin..sorry sangat sebab jarang sangat update blog ni. haha..macam la ada orang kesah.

Ramadhan dah berlalu selama 29 hari. bulan yang paling senang nak buat baik dan berubah jadi baik. Alhamdulillah...impian, angan-angan dan mimpi aku selama ni nak bisnes secara kecil-kecilan telah berjaya dimulakan. kita selalu bercita-cita nak buat sesuatu dan nak mulakan tu adalah langkah yang paling susah. kalau tak start sampai bila pun tak kan jadi.

dengan berbekalkan pengalaman bekerja dengan ayah aku berniaga di bazar ramadhan dan minat aku yang suka sangat buat kek dan pencuci mulut, aku tekad untuk tubuhkan Sweetivores.

sekarang aku sedia menerima tempahan terutama sekali puding trifle dan chocolate moist cake. produk lain pun ada. kek lapis cheese biskut marie, black bottom chocolate muffin dan kek batik. tapi aku fokus 2 produk tu dulu. belajar sikit2. sekarang tengah merangkak. lepas tu tatih2 nak berjalan. insya Allah lama2 nanti boleh berlari

jom la tengok2 sikit cerita bazar ramadhan 2013 dan beberapa produk yang telah aku jual setakat ini.


jom like page facebook Sweetivores

https://www.facebook.com/Sweetivores?fref=ts

ok.selamat hari raya sekali lagi. semoga diberkati ;)

Saturday, 23 February 2013

Puding Trifle #2 : resepi aku

setelah berulang kali aku buat puding trifle guna resepi mak cik aku, maka terhasil lah resepi puding trifle aku sendiri. cehhhh.. takde la resepi sendiri sangat. cuma aku ada ubah sikit beberapa sukatan dan cara-cara penyediaannya.



ok...jom try!!

1st layer : kek

bahan : kek. apa2 jenis kek. kebiasaan orang menggunakan swiss roll cake perisa coklat. kalau korang nak guna perisa pandan ke coffee ke strawberry pun boleh. nak guna spongue cake pun ok. kalau rajin, aku buat kek coklat sendiri. kalau nak cepat, aku beli je swiss roll cake perisa coklat

cara : potong kek dengan ketebalan yang sama. susun kek dalam bekas. kalau nak potong petak2 pun boleh. tabur je dalam bekas. ok lapisan pertama trifle dah siap!


2nd layer : kastard

bahan : 
1000ml susu segar. aku selalunya guna sekotak besar fresh milk dutch lady
50g tepung kastard. tak kesah brand apa. kalau takde scale, agak2 dalam separuh cawan
100g gula pasir. kadang2 aku pun malas nak amik scale dan timbang. agak2 je dalam 1 cawan
1 biji kuning telur. putih telur tu simpan la. boleh buat pavlova
1 sudu teh esen vanilla


cara : amik periuk. masukkan semua bahan tu dalam periuk. kacau dia bagi sebati dulu. lepas tu baru la letak atas dapur. api maximum kecik tau.

kacau selama 15-20minit sampai pekat. kacau  je..kalau tak, kastard boleh hangus. aku pernah mengalaminya..hehehe. mula2 tu cair sangat dan banyak buih. dalam minit ke 15 tu dah mula nak pekat, buih pun dah kurang dan nampak licin. dah pekat boleh la tuang atas kek yang kita susun tadi.


test kepekatan
kastard jatuh dalam air dalam bentuk bulat dan tak berderai


tips : makcik aku cakap kalau nak tau kastard tu dah cukup pekat. korang amik setitik. titiskan dalam bekas jernih yang ada air. kalau kastard tu jatuh dalam air dan berderai. maksudnya belum cukup pekat la tu. kalau kastard tu jatuh dalam air dan bulat je bentuknya. tahniah, dah ok dah tu!

buah-buahan koktel sebagai penyeri!
toskan buah-buahan koktel dalam tin. amik buah je. airnya tu boleh la korang simpan. kalau ada tetamu datang. boleh bancuh dan hidang...hehehe. ok tabur buah-buahan koktel atas lapisan kastard. so, lapisan kedua trifle kita dah settle!


3rd layer : jelly

bahan : instant jelly powder. aku suka guna instant jelly perisa stawberry brand nona. sebabnya sedap dan senang! :) 

cara : ikut je instructions kat belakang kotak jeli tu. selalunya aku akan lebihkan sikit sukatan air





selasih pula sebagai penyeri!
amik selasih. 1 sudu besar pun dah cukup. rendam dalam air panas kejap. dah kembang boleh la tabur atas jeli. 

ok dah siap semua layer. boleh masukkan dalam peti sejuk. makan trifle sejuk2 memang sedap dan yummy!

walaupun aku dah modify resepi asal tapi rasanya masih sama. kastard pun lembut dan rasa lemak manis. resepi ni jugak yang aku guna untuk jual kat bazaar ramadhan hari tu

lepas ni aku nak share beberapa tips macam mana nak buat trifle dengan mudah,jimat masa dan jimat bahan.

bajet chef pulak nak bagi tips :P

Thursday, 7 February 2013

Puding Trifle #1 : resepi makcik aku

Assalamualakum..hai semua!

dah lama aku tak berkongsi resepi di sini. mengikut pemerhatian aku ramai jugak yang baca post aku yang bertajuk 'puding trifle bazaar ramadhan'. mungkin ada yang kecewa sebab aku tak bagi resepi pun dalam post tu. jadi hari ni nah! amik la aku bagi resepi ni free2 je. best kan?!

menurut wikipedia, Trifle is a dessert dish made from thick (or often solidified) custardfruitsponge cake, fruit juice or jelly, and whipped cream. These ingredients are usually arranged in layers. but I never use whipped cream sebab harganya mahal. 

wikipedia punya trifle
ada whipped cream
resepi ni aku dapat dari seorang makcik aku. makcik aku belah abah. seorang cikgu pendidikan khas kat sekolah meru 2. makcik aku selalu buat trifle bila ada majlis bersama family. sedap sangat.

pada suatu hari aku teringin sangat nak makan trifle. aku telefon je makcik aku ni. terus dapat resepi

pertama 
kek coklat potong dadu kecik2. susun dalam bekas. selapis

kedua
1500ml susu segar(kotak)- fullcream/freshmilk
100g tepung kastard
200g gula pasir
2 biji kuning telur
1 st esen vanilla
masukkan semua bahan dalam periuk. kacau semua. bukak api kecik. kacau sampai pekat.
makcik aku cakap nak tau dah pekat ke belum. amik segelas air. titiskan sikit kastard dalam air tu. kalau dia jatuh dalam air tu bentuk bulat, dah masak dah tu. kalau jatuh berderai, belum cukup pekat lagi. 

tuang kastard atas kek dalam bekas tadi

ketiga
buah2 koktel dalam tin toskan dulu. potong kecik2. tuang atas kastard

keempat
1000ml air biasa
110g gula pasir
20g instant jeli putih
1 sudu perisa strawberri
gaul dalam periuk. api besar. masak sampai mendidih

tuang kat buah2 koktel tadi
biji selasih. rendam. letak atas jeli

pertama kali aku cuba resepi trifle makcik aku ni. aku guna serbuk agar2. kakak aku cakap agar2 dengan jeli ni beza. jeli lebih lembut daripada agar2. 

resepi ni menghasilkan banyak trifle. penuh jugak la peti sejuk nak sumbat semuanya. aku nasihatkan korang kalau pertama kali nak cuba, boleh la buat separuh adunan.

ok. nantikan Puding Trifle #2. sila2 la baca cerita Puding Trifle bazaar ramadhan kat sini




Thursday, 9 August 2012

kek rainbow riot putih telur

Assalamualaikum..hello!

dah lama aku tak share cerita baking aku kat sini. malam tadi aku main masak2. sorang2. sebab takde siapa nak teman. kakak aku jaga baby dia. mak aku pergi tolong buat kuih raya kat rumah jiran. abang aku mana nak layan aku main masak2. abah aku tiada di rumah pada ketika itu. jadi aku bergembira seorang diri di dapur bermain tepung, putih telur dan pewarna makanan

sebenarnya aku nak memanfaatkan lebihan putih telur yang sangat banyak di dalam peti sejuk rumah aku ni akibat membuat trifle untuk jualan di bazar ramadhan yang hanya menggunakan kuning telur sahaja. jadi, untuk mengelakkan pembaziran amalan syaitan, aku pun mengambil inisiatif mencari resepi kek yang guna putih telur je. aku tau macaron dengan pavlova pun guna putih telur je. tapi aku tak nak buat macaron sebab dia sangat sensitif, bahan pun takde. pavlova pulak aku tak nak buat sebab aku dah pernah buat. boleh je nak buat lagi tapi whipped cream takde la pulak. aku nak buat resepi yang senang2 je ni

setelah meng'google..aku pun amik la resepi dari kek kukus pelangi putih telur dengan kek lapis blueberry putih telur. sebab aku sukahati je main masak2, modify 2 resepi ni..tiba2 jadi macam pelik kat adunan kek ni

setelah diadun semua bahan2..tiba2 aku tak yakin pulak kek ni akan menjadi sebab  tengok tekstur adunan  ni macam pelik kan..tak smooth
baking kali ni aku tak risau sangat kalau tak jadi sebab aku dah kurangkan bahan2 tu sebagai langkah berjaga2. takde la membazir sangat kalau kek ni langsung tak boleh makan pun kan. walaupun tak konfiden sangat tapi letak jugak la harapan agar kek ni masih boleh diterima deria rasa lidah dan perut. apa2 pun aku baca selawat banyak2 dan bertawakal masa nak kukus kek ni

1jam 30 minit telah berlalu. aku tutup api dapur dan bukak penutup pengukus. erkk!! tengok macam kek ni tak naik langsung sebab aluminium foil tak gelembung ke atas pun. slow2 aku intai kek ni masa bukak aluminium foil. jeng jeng jeng....!!


tadaaa!!! camni la jadinya!
memang tak nampak sangat kek ni naik tapi bila tekan, lembut sangat!!! macam kek span dah jadinya. Alhamdulillah..main masak2 pun jadi. tak sabar nak potong. tunggu kek ni sejuk sikit


wah :O

warna dan rupa nya pelik macam alien. tak menarik sangat. warna merah strawberi dengan warna purple blueberry tak nampak pun. tapi tetap ada rasa dan bau blueberry!!

ada lagi separuh putih telur dalam peti ais. belum tambah putih telur yang tak guna bila nak buat biskut raya nanti. lagi banyak!! boleh lah main masak2 lagi.yeayy!!

Rainbow Riot '12
semua benda ada manfaatnya ;)

Saturday, 28 April 2012

my yummy homemade blueberry cheesetart

Assalamualaikum dan selamat hari sabtu :)

lama tak update blog dan dah lama jugak tak blogwalking..oh aku bukan lah blogger yang baik :( dan ye memang dah lama sangat lah aku tak share baking life aku dengan korang kan..jadi mari ikut aku ke dapur untuk menyaksikan macam mana nak buat blueberry cheesetart.

this is my 2nd attempt :D
first of all ya puan2..resepi yang aku guna ni adalah resepi dari Chef Norasikin Basri. beliau merupakan seorang blogger blog masak2. banyak resepi best2 dan mudah untuk dicuba..

ok mula2 kita study dulu bahan2 dan resepi ni kat SINI..bila dah faham, boleh lah kita mulakan!!iyarrrgghhhh(macam nak berperang)

cara buat pastri tart
pukul margerin + gula icing hingga sebati
tak payah kembang sangat 
masukkan telur + esen vanilla
pukul sampai sebati

disebabkan aku guna margerin planta instead of butter
so aku letak susu tepung untuk bagi rasa lemak supaya aku cepat gemuk

masukkan tepung

uli2 sampai jadi doh

sediakan acuan tart yang telah dilenser margerin

aku buat bulat kecik2
letak dalam acuan

penyek2 sampai jadi bentuk pastri tart yang comel
penyek2??
ok dah comel
cucuk dasar tart dengan garfu
supaya tak kembang katanya
oven aku pelik sikit
so aku bakar 165degree celcius selama 8minit
kalau betul dah masak, memang senang je nak keluarkan dari acuan
cara buat cheese + blueberry filling
pukul krim keju + margerin + gula pasir
margerin aku tinggal sikit je, tak sampai 2sudu pun

masukkan telur + thick cream
i am using Paul's thick cream for my homemade cheesetart :D

masukkan tepung
kacau2 sampai jadi macam ni

susun tart shell atas tray

letak blueberry filling sikit

letak cheese tadi

lepas tu sukahati la nak nak buat bentuk apa pun atas tu guna blueberry filling lagi

oven aku kan pelik
aku bakar 165degree celcius selama 8minit juga

menurut pembacaan aku kalau nak tau cheese tu dah masak
sentuh guna jari
kalau tak melekat + tak lembik, dah masak la tu
ok puan2..jemput lah makan!!nyum3 :D

err..cheese tu ada lebih pulak..simpan..nak buat apa ye?


Tuesday, 31 January 2012

siapa nak makan kek ni?

Assalamualaikum dan hello semua :)

ini ialah kek red velvet yang aku cuba buat untuk pertama kalinya pada minggu lepas. kalau tengok gambar kek ni pun dah boleh tau dah kek ni tak berapa menjadi sangat. lapisan bawah tu macam bantat sikit, lapisan atas tu sedap lagi kalau dimakan walaupun ada jugak kekurangannya. topping cream cheese nya sahaja yang aku rasa sangat sedap. 

sebenarnya aku bakar kek ni dalam oven yang aku belum lagi fahami ragamnya.  aku bakar ikut resepi, 175 darjah celcius selama 25minit. keluarkan je dari oven lapisan atas sekali nampak dah masak, bila cucuk guna garfu....uhhh, cair lagi! :( . maknanya tak masak lagi la tu...hampa sangat masa tu. tapi tak putus asa. bakar la balik dalam oven sampai dalamnya masak. kalau tengok balik gambar atas ni, lapisan paling luar kek tu nampak warna coklat2 kan..ha..geseng (hangus) la tu. 

lepas tu, aku pun tunggu kek ni sejuk. belah jadi dua lapis. then, sapu topping cream cheese. nasib baik topping sedap, boleh cover kek yang tak menjadi sangat ni. kek ni rasanya ok je, cuma teksturnya sahaja yang tak berapa cantik. lapisan bawah tu ada part yang bantat dan sangat padat teksturnya. jadi, bila makan rasa sangat muak. 

ini red velvet Google...nampak sedap kan
kat rumah ni aku je la yang makan kek tu. mak abah aku mana la nak layan sangat makan2 kek ni. abang aku pun tak heran dengan kek. akak aku pulak tengah pregnant, memang sangat menjaga pemakanannya. aku bagi kat kucing..kucing hidu2, lepas tu blah..nak bagi jiran2? tak payah la. kalau cantik dan sedap takpe jugak kan nak bagi jiran2. 

aku try jugak habiskan kek ni sikit2. tak kan nak buang. bahan2 kek mahal okey.. eh..ke ada siapa2 nak tolong aku habiskan kek ni?sekarang, ada lg 1/4 bahagian yang belum aku makan..so, my last word..

ada siapa2 nak makan kek ni tak??(while stock last)

* ceh, dah macam juri masakan pulak nak komen2 rasa makanan :P
lepas ni aku try kukus pulak...agak2 jadi tak ye?

Sunday, 6 November 2011

Kek Lapis Masam Manis Hawflakes

Assalamualaikum n Hepi Holiday

First of all aku nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H'..aku cuti selama seminggu (banyak pulak Fak Dental bagi cuti tahun ni) jadi, aku dengan rajinnya nak study baking pada hari raya ni

Ok puan2 pastikan anda semua bersedia dengan pen n kertas. sebelum tu jom tengok apa yang kita nak baking hari ni

~ kek lapis masam manis hawflakes :D ~
jom tengok pulak macam mana cara2 nak buat kek lapis kukus ni

1 cawan butter
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk biskut kraker (blender)
4 biji telur (asingkan putih n kuning)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette
sepeket asam Hawflakes
pewarna makanan (hijau n merah)
pukul gula n butter sampai kembang
masukkan putih telur n pukul sampai kembang
lepas tu..kuning telur pun pukul sampai kembang
masukkan esen vanilla, ovalette n susu pekat manis
masukkan tepung gandum, serbuk biskut n baking powder yang telah diayak bersama2
bahagikan adunan kepada 2
letak pewarna
tak kesah pun nak letak warna apa
amik 3 sudu adunan
ratakan lapisan
susun asam hawflakes

*lenserkan loyang n lapik dengan kertas
*panaskan periuk kukus sebelum mengukus
*tutup loyang dengan aluminium foil semasa mengukus
lapisan yang dah masak lepas kukus selama 5-10minit
* cucuk dengan  garfu atau lidi, kalau bersih dah masak la tu
haha..banyak pulak aku cucuk2
buat lapisan seterusnya
lapisan kedua agak lama sikit nak masak berbanding lapisan pertama
lapisan terakhir nanti kukus lama sikit (15-20minit) utk pastikan semuanya masak
dah siap!
keluarkan dari loyang n sejukkan
*lapisan atas sekali takde asam hawflakes sebab dah habis :(
try potong n rasa
* lapisan awal2 nipis je n banyak asam hawflakes
*haha..lapisan atas lebih tebal sebab nak siapkan cepat2 n asam hawflakes dah tak banyak
aku tak mahir lagi nak buat kek ni..banyak lagi yang kena belajar n betulkan. macam2 cara nak buat kek ni kalau kita google. tapi aku try resepi dr SINI sebab simple n bahan2 pun tak banyak sangat

ok..selamat mencuba :)