Sunday 25 September 2011

Johnny's steamboat bersama artis kegemaran

Assalamualaikum n happy weekend

Pagi tadi aku dating dengan artis kegemaran aku. kami makan steamboat sama2, berkongsi cerita n window shopping kat Times Square :) . Artis tersebut jemput aku kat kolej kediaman pertama, universiti malaya a.k.a. ASTAR pada pukul 10++ pagi dengan motorsikal kesayangan beliau. beliau bawak motor sangat laju macam merempit. Alhamdulillah kami selamat pergi n balik :D

Kami sampai Times Square terus naik tingkat 3. beliau memang dah plan nak beli blouse labuh, contact lens n belt. kami jalan2 sambil cuci mata dengan baju2 kat sana.Wah!!! cantik2 baju2, beg2, kasut2 di Times Square! harga pun murah2 macam kat Jalan TAR n masjid jamek..tiba2 aku nampak sweater comel ada bulu2 kat hoodnya, harga 29ringgit sahaja. macam nak beli tapi aku dah shopping sakan semalam dgn pyka kat jalan TAR...rasa macam ikut nafsu je kalau aku beli jugak :'( sabar2..mungkin lain kali bila betul2 memerlukan

jalan2 lagi tengok baju lepas tu beliau tanya aku pukul berapa n jam menunjukkan pukul 12.05 tengah hari. kami pun pergi makan. artis suggest makan kat johnny's restaurant. aku tak pernah makan kat sana. jadi, sangat teruja ok!hehehe :D

masuk je johnny's ada doorperson sambut kami n tunjukkan tempat duduk (teringat kerja aku kat pizza hut dulu). lepas duduk, tengok menu n order makanan..aku pun keluarkan w890i buruk kesayangan aku n tekan button yg ada gambar kamera..so, jom tengok gambar aku bersama artis kegemaran aku..hehehe :)


taufu jepun, mihun, kobis, sayur daun hijau, cendawan kecik2
dah masak!! jom makan :)
setting kat johnny's

aku order air choc float
aku ingatkan macam ice choc float kat pizza hut
rupanya float biasa je

jeng jeng!! inilah artis kegemaran aku, Fairus Nurfajilah :)

dia masak steamboat sgt sedap! (campak2 je kot :P )

Fairus Nurfajilah ni kawan aku dalam skuad kawat kaki masa kat matrik dulu. kitorang panggil Fairus ni artis sebab beliau boleh menyanyi n pernah buat performance nyanyian duet masa malam penutup Karnival Kokurikulum Matrikulasi 08/09 (KAKOM). beliau pun pernah join pop band FESENI (Festival Seni) kat UM. kalau bosan2 je, beliau suka nyanyi sorang2. hmm...memang artis la! :D

kami share dessert

Chestnut with syrup. sedap! :)
lain kali aku nak minum thai tea je la

50 sen sahaja n boleh refill!

nisacyikinwan n lain2...sila jangan jeles!! :P
~ rindu kat kawaters KAKOM KMNS 08/09..jom reu!!:) ~

Saturday 24 September 2011

segmen : himpunan nama-nama

assalamualaikum n salam sejahtera

hye readers...rindu korang!! :D lama sangat2 aku tak upload update status blog, sampai ada yg  bising... hehehe. sebenarnya banyak je cerita aku nak share dgn korang tp 2 minggu pertama awal sem baru ni aku dah start busy pulak dengan klinik n preparation utk setiap kelas (elehh...busy konon..lecturer suruh study subjek 1st year tp aku study subjek 'facebook baru' :P )

ok berbalik pada entry kali ni...aku nak join segmen himpunan nama-nama anjuran anime girl blog a.k.a kawatersmate (pelik gila bunyi :P maksudnya kawan skuad kawat kaki) aku masa matrik dulu

1st of all nama aku hashimah binti ismail. menurut mak aku, abah aku yg bagi nama ni. katanya sbb simple n senang nak ingat. hmm... aku rasa la kan abah aku bagi aku nama ni sbb abah aku minat kat pelakon lama hashimah yon yg banyak berlakon dgn p. ramlee dulu...haha aku cuma assume saja..nak tau sebetulnya boleh tanya encik ismail bin sudar,orite? ok, hashimah maksudnya baik, sopan, amanah...hmm aku bukan la baik sangat tapi aku sedang berusaha ke arah itu!!iyarrgghhh!!! Insya Allah :)



nama aku ni dah dikategorikan dalam nama veteran..yela mana ada org sekarang bagi nama anak, hashimah. so aku ingat memang dah susah sangat nak jumpa nama aku kat mana2 dah...tiba2 junior 1 floor dgn aku kat kolej ni sama nama dgn aku, nama panggilan pun sama. lepas tu ada 2org kawan yg aku kenal dr kem pun nama sama dgn aku. ramai pulak kat dunia ni nama hashimah rupanya ye. rasa macam nak buat group kat fb pulak.haha.. :D

makin moden dunia ni makin canggih nama anak. Qatrun Nada', Auji Amani, Adriana Damia, Neelofa, Betty Benafe hmmm... banyak lagi la. sekarang ni tahun 2011, kalau aku dah kawin nanti n ada anak...mesti dah makin canggih lagi kan (agak2 nak bagi nama apa kat anak sendiri nanti ye :P hehehe). apa2 pun Alhamdulillah aku sendiri ada nama n maksud yg baik. bagi aku..selain drpd perkataan terima kasih, maaf n tolong..nama juga merupakan 1 magic word! mesti suka kan kalau orang panggil kita dengan nama kita sendiri ;)

~ apa maksud syimiekitty??...nantikannn...hehehe ~

Wednesday 14 September 2011

wordless wednesday 1

PA : upper anterior periapical
BW : right posterior bitewing

Sunday 11 September 2011

4 bulan yg telah berakhir

Assalamualaikum n selamat kembali ke sekolah kolej!

macam tak percaya cuti sem selama 4 bulan dah berakhir!! :( apa yg aku dah buat??!!ok2...aku nak ingat balik apa yg aku dah buat...
  • mei
cuti aku start pertengahan bulan mei..minggu ke-2 cuti aku join khemah ibadah kat Sungai Congkak..nak tau tak, masa perjalanan balik rumah dr kem tu hujan lebat, jalan jammed n ada byk bomba n ambulans. rupa2nya masa tu la kejadian tanah runtuh yg kat rumah anak yatim At-Taqwa tu berlaku

hujung bulan mei pulak aku n family aku sibuk dgn persiapan majlis perkahwinan kakak aku. ni lah 1st time buat majlis besar kat rumah aku..kemas2 rumah n cat bilik pengantin

stand 'buku tetamu' tu aku buat khas utk akak n abg ipar aku :)
  • jun
5 jun, wedding kakak aku n birthday abah aku..masa tu aku jadi pengapit akak aku. org tua2 kata kalau org belum kawin jadi pengapit nanti kawin lambat...haha. lepas tu majlis belah laki 12 jun. sedih masa ni kakak aku dah ikut suami dia, tak ikut kitorang balik rumah.aku nangis :'( . esoknya pulak 13 jun, birthday abang n akak aku. birthday dorang sama tp tahun lain2. abang aku 1986. akak aku 1987

masa amik gambar ni..hati aku dah start nangis  :'(
event besar dah habis..aku bosan duduk rumah asyik menghadap laptop je. tak tau nak online apa dah. banyak sgt tidur, abah aku bising, mmg patut la beliau bising kan..jadi aku pun tekad nak kerja part time utk mengisi kebosanan. so aku tak kisah sgt gaji berapa, cuma nak cari pengalaman. aku apply part time kat hypershoe dekat dgn rumah aku. asisstant supervisor bagi aku full time, esok boleh masuk kerja dah. oh, senangnya dpt kerja. tiba2 malam tu supervisor call aku kata tak confirm lagi boleh amik aku kerja ke tak. so dia kata tak payah datang kerja esok n katanya lagi dia boleh bagi aku part time masa nak raya nanti, tu pun tak conform jugak. oh ok. aku pun dah tawar hati dgn hypershoe. 

aku pun try cari lain, buat research n tanya kawan2. cousin aku baru lepas foundation tengah kerja kat pizza hut. dia ajak aku kerja kat sana. macam berat hati jugak nak kerja sana sbb org cakap kerja kat fast food penat n stress. tapi dah takde pilihan. aku try je. so, 20 jun  hari pertama aku as service staff kat pizza hut setia alam. haha mcm2 suka duka aku dapat tp tu lah pengalaman.

  • julai
dah seminggu kerja banyak dah aku belajar. buzzing, setting, amik order, hantar product n greet customer. kawan2 kat sana byk bantu lagi2 cousin aku. dia la yg byk train aku. dah sebulan kerja aku pun dah byk alami macam2 ragam customer. hujung bulan julai rules dah jadi makin pelik. kegembiraan aku bekerja di sana dah berkurang sedikit. restaurant manager (RM) mintak semua staf hantar surat apply cuti utk bulan 8 by 27 julai. pening jugak fikir nak resign bila. at last aku hantar surat resign n decide 27 ogos last kerja

haha..gambar masa kerja tak banyak sbb tak boleh bawak fon  masa kerja
  • ogos
berlaku kes motor rompak kereta depan mata aku. huhu..takut2. haaa..setelah sekian lama aku jadi blog's silent reader..jeng jeng jeng...aku pun buat la blog aku sendiri. minggu pertama kerja di restoran pada bulan puasa sgt lah bosan. tak ramai customer. ada 1 hari kitorang ramai2 dapat cuti n habis kerja cepat, kawan2 aku ajak buka puasa sama2

17 ogos, kawan2 hostel pulak ajak buka puasa ramai2 kat Asrama Toh Puan Norashikin, Kg. Pandan KL. tapi penguasa asrama tak benarkan kitorang makan kat sana sbb masa tu tengah hot pasal asrama kitorang nak dirobohkan. sedih..jadi kitorang pun membawa diri ke tempat lain
kitorang tak  dapat rasa van baru..dapat amik gambar pun jadi lah

menghitung hari nak berhenti kerja...haha last day tu aku ponteng sbb.....(ada kisahnya..bila2 free nant aku cerita ye). lepas tu, buat la persiapan raya. raya tahun ni semua kuih raya homemade ok :) . nyum3

  • september
raya!! sempat konvoi dgn kawan2 ATPN. seronok jumpa dorang :D . banyak dapat duit raya dr family belah mak n family belah abah pun boleh tahan jugak banyaknya. pagi tadi aku n family beraya kat rumah pakcik makcik aku kat KL . on the way balik rumah, singgah UM kejap daftar kolej kat kolej kediaman pertama. malam ni baru aku datang balik kolej dgn barang2 yg banyak n berat!!! sekarang lepak2 lagi dgn barang2 yg belum kemas siap sepenuhnya n sempat pulak update blog. nampak sgt aku tak prepare nak masuk sem baru. tp rindu sgt kat coursemates!! :D

macam tak sabar nak start sem baru n masuk klinik..tapi aku tak prepare apa2 pun

~ org lain dah siap kemas barang..aku baru nak berpeluh2 angkat barang ~

Friday 9 September 2011

judgement n statement masyarakat terhadap dental student


Assalamualaikum n salam sejahtera

setiap benda yg berlaku depan mata kita mesti kita ada 1st impression n judgement kat benda tu kan??ada yg baik n ada yg buruk..(ohh, astaghfirullahhal a'zim..tak nak sangka buruk2 dah :'(.. )..sedangkan kita sendiri tak tau tahap kebenaran utk setiap apa yg kita judge

jadi, aku nak share dgn korg apa yg selalu aku hadapi as a dental student bila berhadapan dgn kawan2, pakcik makcik aku n org sekeliling. kat sini jugak aku bg jawapannya.. :)

  • kenapa ko amik doktor gigi?baik ko amik medical doctor, mcm2 penyakit ko boleh rawat, level doktor lebih tinggi dr dentist tau...bla..bla..bla..
ha..ini adalah soalan n statement paling famous yg dorang bg kat aku masa mula2 dorang tau aku amik course pergigian n jawapan paling senang aku ialah 'sbb sy minat gigi'..haha..sebenarnya ada byk lagi reasons lain tp tak kan la aku nak explain semua reasons tu kat dorang..dah yg tanya tu bukan sorang dua tp most of masyarakat mmg fikir macam tu

FYI, mmg dentist tak dpt nak lawan level doktor perubatan..dorang lebih tahu nak merawat pelbagai penyakit n lebih berkuasa nak bg ubat..even pharmacist pun takde kuasa nk bagi ponstan(painkiller) kat mana2 patient. tapi kitorang still belajar subjek yg sama mcm medical student..cuma silibus kurang sikit n paling best dental student perlukan hand skill yg tinggi :D

kawan baik masa 1st year
  • belajar gigi sahaja
dah nama pun doktor gigi tak kan sibuk2 nak belajar jantung, kaki, otak n sebagainya...haha ok, statement tu tak berapa tepat. mcm yg aku bagitau td  subjek sama je mcm medik. anatomy, physiology, biochemistry, pharmacology n lain2

 FYI, penting bg dental student utk kuasai part jantung n kepala. sbb infection dr gigi boleh merebak ke jantung n kepala pulak adanya kelenjar air liur n lain2. erm..part gastrointestinal tract(perut n usus) pn penting utk bg ubat kat patient.haa...1 badan kena tau, bukan gigi je..lagi pun kalau dah ada  'dr.' depan nama..orang akan tanya mcm2, so kena lah tau mcm2 jugak walaupun takde kaitan..huuu

microbiology : penghuni di usus kita

  • nak jadi doktor..mesti busy sgt2
ada cousin aku tak nak contact aku utk tanya buku apa nak guna belajar kat matrik sbb dia kata aku busy, tak nak ganggu..oh..mmg la busy tp boleh kata setiap hari aku online..haha. sebenarnya belajar apa2 course pun busy..study..assignment..presentation..ada jugak kawan2 aku yg busy dgn projek kolej, sukan n bersosial. tp pandai2 la manage masa utk study

FYI, jadual aku sgt pack dr pukul 8pg-5ptg, isnin-jumaat...mcm office hour la. sabtu ahad holiday!! ada certain course ms weekend la dorang busy nak siapkan assignment yg berlambak..kitorang punya kerja pulak mostly kat lab n klinik. mana boleh bawak balik.so masa ni la nak pergi jalan TAR/masjid jamek..beli shawl, pergi mid valley..tgk wayang n balik rumah..hooreyy!! :)

sambut halloween pun sempat

  • belajar mesti susah sgt kan..
dental, medik n farmasi..antara course yg dikategorikan kritikal course kat malaysia ni. kononnya siapa2 yg amik course ni pandai2 sbb susah sgt. kena byk hafal2 n ingat2 n exam susah. tp bagi aku belajar apa2 course pun susah, ada cabarannya n semua org pandai2. contohnya, engineering byk kira2, pendidikan kena pandai mengajar, sejarah kena tau semua sejarah n lain2

FYI, belajar dental mmg susah pn..haha...tp sgt interesting!!! belajar bentuk gigi, umur bila setiap gigi tumbuh, saraf2 kat muka, ubat2 n kesan sampingan, percentage bahan2 yg ada dlm amalgam, tampal gigi, bancuh plaster of paris, buat gigi palsu n baaaaaaanyak lg yg menarik!! ..pernah je aku fail killer subjek. yg tak killer pun pass atas pagar je la..haha..tp Alhamdulillah final hari tu aku pass semua..setiap kejayaan bermula dr kegagalan ok :)

susun gigi palsu sampai jd :D


  • housemanship kat mana?berapa tahun?lama kan..
ada sorang dua pakcik makcik aku pernah tanya soalan ni kat aku..masa tu aku baru 1st year..nampaknya beliau sgt tak sabar nak tengok aku jd doktor gigi..hehe n masa tu aku blurrr..lama jugak fikir nak jawab apa kat dorang..

FYI, dentist takde housemanship. setahu aku, lepas grad nanti kitorang akan dicampak kemana saja. ikut la mana yg kita apply utk posting. masa mula2 kena kerja la kat department mana2.oh..ok la tak nak cakap byk sgt pasal benda ni sbb aku sendiri belum faham sgt apa akan berlaku selepas grad..huhu..cuma nak bagitau kitorang punya clinical years ada 3 tahun dr 3rd year-5th year..masa tu la kitorang kena treat patient sendiri dgn guide lecturer2 :D

ok..cukup lah 5 statement aku bagi ni...sebenarnya ada lagi tp next time la ye aku bagitau

FYI = for your information

setiap apa yg kita buat semua ada cabarannya..yg penting kita kena kuat n percaya pd Tuhan..ok :)

~ rindu kak jijah, kak syazanna, kak yuli n senior2 lain yg baru je grad ~

Tuesday 6 September 2011

hello kitty saya

Assalamualaikum n salam sejahtera

sisa2 cuti yg membosankan..jadi aku pun try la buat doodle hello kitty berdasarkan nota lecture dr kawan aku yg comel ni 

ini 1st trial yg sgt buruk :(

2nd trial : |

ini the real :)
ok..perlukan banyak latihan lg ye...practice makes perfect :D 

~ erm...apa kata korang pulak try..ok ~

Sunday 4 September 2011

Syawal 1432H

Assalamualaikum n salam Syawal

kad raya khas utk korang :D

hye readers..lama dah aku tak update.anyway..selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin..skrg dah masuk hari raya ke-6.tp kalender kat sebelah ni pulak lambat sehari :( 

fyi..kad raya kat atas tu aku buat sendiri guna adobe photoshop...masa kat matrik ada subjek sains infomatik, dpt la belajar teknologi mcm ni. ni pun dah lama tak buat..so dah banyak lupa mcm mana nak guna adobe photoshop..aku dgn nekadnya selongkar bilik stor aku yg dah tersedia bersepah utk mencari lecture notes sains infomatik..setelah bersungguh2 tiru notes sebijik2, dpt lah hasil mcm ni

ok..Ramadhan dah berlalu...Syawal pun datang..ini bermakna kita berada di alam saki baki cuti semester...huhu :'( malasnya tak rajinnya nak kemas barang2 balik kolej tp mcm tak sabar pulak nak jumpa kawan2..

rindu mereka semua!! :D ok bye

~ jom bukak buku!!...revise utk sem depan ~