Saturday 21 July 2012

happy anniversary to me!


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan 1433H :)

hari ni 1 Ramadhan. Alhamdulillah aku masih boleh menaip. memberikan perkongsian yang tak seberapa. dah setahun blog ini hidup. kehidupannya dengan kisah2 aku yang penuh dengan kenikmatan dan kekalutan, resepi2 seorang amateur dalam bidang masakan dan pelbagai perkongsian ilmu. 

ya dah setahun syimiekitty's story! oh dah setahun jugaklah aku merepek kat sini.haha..banyak benda lagi yang aku kena belajar. kalau ada markah penulisan, isi dan bahasa, mungkin setakat atas pagar je markah yang aku boleh dapat. macam result exam aku la tu. hmm..penampilan blog pulak yang kononnya comel, nampak tak matang pun sebenarnya

ok..jadi banyak benda lah kena improve. harap walaupun bukan semua, tapi masih lagi ada beberapa entry yang memberi manfaat kepada pembaca. terima kasih kepada yang membaca, memberi komen dan memberi sokongan kepada aku selama ini

dengan itu aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. mari kita sama2 tingkatkan amalan dan perbaiki kelemahan diri. mana tau kalau terlupa nak niat puasa hari2, boleh kita niat puasa untuk sebulan terus macam yang hello kitty kat atas ni buat

happy 1st anniversary to syimiekitty.blogspot.com :)


Thursday 19 July 2012

patut la dah lama tak nampak Raja Farah berlakon

masa otw nak balik UM dari Gold Coast hari tu..kawan aku ajak singgah Snogurt. aku pun tak tahu Snogurt tu apa. kawan aku cakap tu kedai aiskrim macam Tutti Frutti tapi murah sikit. aku dah la Tutti Frutti pun tak pernah makan, menonong je la ikut dorang pergi sana.

masuk2 dorang terus ambik cup aiskrim dan pilih aiskrim apa dorang nak. aku pulak masuk2 je 'oh..camni la kedai aiskrim yang macam tutti frutti tu'..pastu pergi usha suasana kat luar kedai ni memandangkan dia terus tembus masuk dalam bangunan metro point Kajang ni ishh apa ayat aku ni haha bagaikan kancil masuk kampung...eh kancil ke? rusa la..adoii rosak bahasa

aku macam blurr tak tahu nak makan aiskrim apa..ahhh bantai je la ambik perisa coklat dengan butter cookies..pergi kat kaunter ada pulak macam2 topping..confius pulak nak letak apa..lagi sekali bantai je la letak buah strawberi,kiwi,anggur...wah3...pilih topping yang mewah2 je aku ni sedangkan kawan2 aku hanya memilih nestum dan choc rice sahaja ok

sedang menunggu giliran nak bayar..haha dah la aku tak bawak duit,dengan tak malunya pinjam je la duit Terra. masa tu la aku baru perasan yang jadi cashier tu rupa2nya artis. wah!! 

aku macam overexcited siap bawak aiskrim nak bergambar dengan dia

jeng jeng jeng... ni lah artis yang aku jumpa kat kedai aiskrim masa nak balik dari Gold Coast hari tu.Raja Farah! tanpa mekap, tak lekang dengan senyuman dan layanan dia terhadap customer ohh superb ok! siap explain lagi harga sebelum diskaun dan selepas diskaun. 

kitorang pun duduk kejap kat kedai tu. kawan aku cakap Snogurt ni memang kedai dia. dari pembacaan aku, kedai ni family dia punya. katanya tengah fokus tolong uruskan bisnes family dia. ohh patut la...(berbalik pada tajuk entry aku)...
'akakk..nak ambik gambar dengan akak boleh tak?' haha kononnya segan tapi selambe jugak la aku ajak ambik gambar dengan dia hehe..aku memang batak bila jumpa artis :P

ada 15% diskaun untuk student dengan student card. siapa2 nak try rasa Snogurt dan nak jumpa Raja Farah jugak boleh la pergi Snogurt kat Metro Point Kajang. ada jugak banyak outlet lain boleh check kat web site Snogurt



Tuesday 17 July 2012

We went to Gold Coast!

Assalamualaikum n happy semester break :)

yeaahhooo....cuti semester sudah bermula. result pun dah dapat. Alhamdulillah batch aku semuanya pass dan dapat naik 4th year tanpa supplement dan viva border line. Syukur..dapat la cuti lama..heee

dengan itu..aku n kawan2 aku telah merangka tentatif untuk bercuti di Gold Coast Australia Morib Resort pada 9 Julai lepas..oh best sangat best sangat..lagipun memang dah lama aku tak pergi bercuti macam ni. aku dan kawan2 semua 12orang naik flight Myvi dari Kolej Ibnu Sina UM. perjalanan makan masa lebih kurang hampir 2jam..huhu bagi aku jauh ohh sebab aku dah mind set yang morib kat banting klang je..aku balik rumah naik kereta tak sampai sejam pun..ohh takpe2 yang penting Gold Coast Morib Resort best macam 5star!

kawan2 yang lain dah sampai awal siap dah berpeluh2 main kat tepi pantai. aku pulak sampai2 je terus check in hotel. wahhh....ni la hotel paling mewah aku pernah masuk dengan harga yang murah

kitorang dapat bilik untuk 2orang

balkoni ada kerusi lepak2 dan ampaian baju

ada peti ais dan set minuman

bilik air ada shower

ni lah namanya jakuzi!!1st time aku tahu pasal benda ni

pemandangan dari bilik aku..kat sana tu lah pantai morib

sewing kit,shaver,toothbrush,shower cap,sabun etc
gelang waterpark tu boleh guna 2 kali
aktiviti malam yang pertama ialah dinner. ada macam2 makanan. nasi ayam, nasi goreng, yong tau fu, bubur kacang, buah-buahan, agar2, salad n tempura sayur. tapi aku tak makan banyak sangat sebab tak ada nafsu nak makan banyak.haha

dari kiri: shima, fadzilah, nad, aainaa,lina, kak nana, azreen

lepas makan kitorang semua lepak kat 1 bilik. masa ni la best sangat dapat main2. true or dare, regu, tiru gaya dan sambut birthday pyka! Ya Allah...gelak sakan tak ingat dunia..aku rasa kalau kat kolej ni mesti dah dapat banyak surat layang 'jangan buat bising' hehehe

dapat rasa variety flavours secret recipe..nyum3

dah penat main. masing2 balik bilik masing2. aku tidur pukul 1pagi. sebelum tidur tu terfikir macam2 jugak la lagi2 katil aku sebelah toilet. hehehe..baca Istighfar banyak2 lama tertidur jugak. best je tidur kat tilam hotel dengan air cond sejuk2 Alhamdulillah tak terlajak subuh :) esok paginya bangun dan sama2 makan sarapan. makanan sarapan kat sini sedap2 yummy! ada nasi lemak, megi goreng, roti, omellete, wedges, scrambled egg, honey star, ban coklat dan muffin blueberry. kali ini aku makan banyak sebab banyak makanan kegemaran aku!

ban coklat tu sedap sangat!!

nasi lemak dan ayam goreng

sebelum check out 12noon nanti, kitorang main air lagi untuk kali terakhir sebelum pulang ke rumah. seronok main air mengalahkan budak kecik. kitorang conquer swimming pool. aku agak la budak2 pun tergugat dengan kegirangan kitorang. dengan selambenya main gelongsor naik sampai 3orang sekali. guard yang jaga sekitar swimming pool ni pun macam nak tegur kitorang tapi tak sampai hati kot..haha

wuuuu.....wuuuusshh!! siapa sampai paling depan, dia menang

agak2 siapa la 2orang yang tengah main gelongsor pusing2 tu?? macam aku..

macam2 gaya main gelongsor biru ni..duduk bersila pun boleh
so siapa2 yang belum pernah pergi..boleh try datang sini. kalau boleh cari la kupon diskaun. kitorang pergi sini bayar RM94 je untuk bilik, dinner, breakfast n waterpark. kawan aku dapat kupon diskaun ni dari Groupon. katanya bulan September nanti ada promosi lagi.

terima kasih kepada amira zuber atas beberapa gambar yang cukup owesome. terima kasih jugak pada pyka selaku pengarah program, dayana ajk pengangkutan, fadzilah bendahari, terra roomate aku, nad cikgu swimming, lina memeriahkan suasana, azreen yang comel, kak nana yang sporting, aainaa yang suka menyelam dan kak chah yang hebat meneka jawapan masa main regu..hehehe

last buat not least,terima kasih banyak2 kat mak abah aku..mmuahh2 :X Alhamdulillah semoga cuti semester kita kali ini lebih bermanfaat :D

ok..on the way back UM..kitorang singgah 1 kedai aiskrim kat Kajang. kedai tu kepunyaan seorang artis yang dah berhijrah. hehe nak tahu siapa artis tu...tunggu...