Wednesday, 3 August 2011

Tragedi 1 Ramadhan 1432H

      Assalamualaikum n salam sejahtera. Meh aku nak cerita ni. Isnin lepas 1st day puasa, aku masuk kerja pukul 11pg. lepas post 1st entry aku tido balik smpai pukul 10.07pg.Tu pun aku rasa liat  sgt nak bangun. Rasa mcm nk call kwn aku yg off hari tu suruh dia kerja n aku plak yg cuti…hehehe..apa pn aku tabahkan diri je la utk bersiap2. Jalan kaki pergi bus stand pun aku boleh mengantuk rasa mcm nak jalan sambil tutup mata. Dalam bas plak aku bantai tido lg. Dah sampai depan setia alam aku kena jalan sikit nak pergi kat pizza hut,kena harung Maybank, Caltex, Burger King n Starbucks.

     Masa aku nak lintas jalan ke Maybank n Caltex, aku nampak ade 4bijik kereta tgh beratur nak belok kiri..tiba2 aku ternampak 1 motorsikal lalu tepi kereta2 tu. Sorg bawak motor,sorg lg pembonceng. Aku perhatikan org yg membonceng tu, dia mcm tergesa2 nak turun dr motor sambil tutup mulut. Aku terfikir..morning sickness ke mamat ni,pagi2 mcm nk termuntah je aku tgk..tiba2 dia keluarkan apa ntah dr mulut dia terus dia lempar kat cermin pintu belakang kereta kedua dr depan yg tgh beratur tu..style plak aku tgk dia lempar benda tu siap ada following through tp aku tgk cermin kereta tu tak pecah pun…ms ni plak aku fikir..eh mamat ni selamba je dia main baling2 kat cermin kereta org. Masa ni la aku yg tgh mamai dr td terus jd segar.


merah = laluan motor penjenayah n penjenayah
pink = pemerhati yg blurr (aku)

klik gambar utk lihat lebih jelas



     Haaa…pastu apa jadi korang nak tau??Dia tolak je cermin tu dgn kedua2  tapak tangan die, terus berkecai+berderai n cepat2 dia amik beg dlm kereta tu..eh!! biar betul dorg ni??!!merompak ke ape?aku mcm xpercaya benda ni berlaku depan mata aku sendiri n jarak aku dgn dorg lebih kurang 2meter je. Hri tu 1 ramadhan bru pukul 11.10pg(lebih kurang la)..pagi2 lg mata aku dah dijamu dgn 1 tragedi kes jenayah yg sadis!! n aku yakin dorg tu melayu Islam :(

     Mamat tu plak dah amik beg terus naik motor yg kwn dia bawak n pecut+hilang sekelip mata. Aku tgk pemandu kereta tu pun mcm tercengang gak dgn apa yg jadi kat kereta dia..co pilot dia pun lambat keluar dr kereta nak kejar mamat  yg dah larikan beg dorg. Aku rasa panic+tergamam+terkejut+takut smpai tak terfikir nak tgk num plat motor tu :( (ntah ada ke tak num plat kat motor tu). Tp yg aku perasan mamat yg amik beg tu tak pakai helmet n muka bleh tahan gak la dr side tepi…hahaha

     Lepas kejadian tu..aku tanpa berlengah lg terus menuju ke pizza hut sambil dlm hati sebut Alhamdulillah byk2 sbb aku selamat n tiada kemalangan jiwa yg berlaku. Tp still kesian kat mangsa rompakan..cermin kereta pecah, tak sempat kejar penjenayah n beg kena curi..eh,so what kalau beg dia kena curi pn??beg sekolah biasa je aku tgk??erm…aku rasa la kan dlm beg tu ada duit kot sbb kawasan tu dekat sgt dgn maybank n mungkin penjenayah  tu dah aim dorang ms dorang kat maybank lg.

     Aku nak mintak maaf kat mangsa kejadian sbb tak dpt membantu korang walaupun aku bleh jadi saksi. Apa2 pun aku doakan semoga Allah bg balasan n jalan yg terbaik utk korang selesaikan kes ni ye. Aku rasa mcm selfish pulak sbb tak tolong org  tu tp aku takut dlm keadaan cemas tu akan membahayakan aku jugak kalau aku bertindak. Ok kena hati2 n berjaga2 tak kira tempat n masa n yg lebih penting sentiasa ingat kat Allah..pasti Allah pun ingat kat kita. Alhamdulillah aku sampai pizza hut dgn selamat n punch in pkul 11.18 pg.

~ kalau jawab esei  masa exam xde plak sampai panjang mcm ni ~

4 comments:

ANISA said...

siyes?? adventure btol pagi2 dh ada kejadian...

Hashimah binti Ismail said...

ya lo...aku pn mcm tak percaya

WaU ALif NuN said...

wahh..bhya tu.tapi paling xbleh blah,ko ciap puji mamat perompak tu.haha..ape r..

Hashimah binti Ismail said...

haha...ms tu aku still mamai...bila dia da pecahkan cermin tu aku baru sedar..bahaya kn

MAKLUMAT TERKINI:ada sorang kawan aku ckp..sepupu dia pun nampak kes sama kat shell berhampiran pada hari yg sama..adakah mereka org yg sama???!!!

Post a Comment