Friday, 9 September 2011

judgement n statement masyarakat terhadap dental student


Assalamualaikum n salam sejahtera

setiap benda yg berlaku depan mata kita mesti kita ada 1st impression n judgement kat benda tu kan??ada yg baik n ada yg buruk..(ohh, astaghfirullahhal a'zim..tak nak sangka buruk2 dah :'(.. )..sedangkan kita sendiri tak tau tahap kebenaran utk setiap apa yg kita judge

jadi, aku nak share dgn korg apa yg selalu aku hadapi as a dental student bila berhadapan dgn kawan2, pakcik makcik aku n org sekeliling. kat sini jugak aku bg jawapannya.. :)

  • kenapa ko amik doktor gigi?baik ko amik medical doctor, mcm2 penyakit ko boleh rawat, level doktor lebih tinggi dr dentist tau...bla..bla..bla..
ha..ini adalah soalan n statement paling famous yg dorang bg kat aku masa mula2 dorang tau aku amik course pergigian n jawapan paling senang aku ialah 'sbb sy minat gigi'..haha..sebenarnya ada byk lagi reasons lain tp tak kan la aku nak explain semua reasons tu kat dorang..dah yg tanya tu bukan sorang dua tp most of masyarakat mmg fikir macam tu

FYI, mmg dentist tak dpt nak lawan level doktor perubatan..dorang lebih tahu nak merawat pelbagai penyakit n lebih berkuasa nak bg ubat..even pharmacist pun takde kuasa nk bagi ponstan(painkiller) kat mana2 patient. tapi kitorang still belajar subjek yg sama mcm medical student..cuma silibus kurang sikit n paling best dental student perlukan hand skill yg tinggi :D

kawan baik masa 1st year
  • belajar gigi sahaja
dah nama pun doktor gigi tak kan sibuk2 nak belajar jantung, kaki, otak n sebagainya...haha ok, statement tu tak berapa tepat. mcm yg aku bagitau td  subjek sama je mcm medik. anatomy, physiology, biochemistry, pharmacology n lain2

 FYI, penting bg dental student utk kuasai part jantung n kepala. sbb infection dr gigi boleh merebak ke jantung n kepala pulak adanya kelenjar air liur n lain2. erm..part gastrointestinal tract(perut n usus) pn penting utk bg ubat kat patient.haa...1 badan kena tau, bukan gigi je..lagi pun kalau dah ada  'dr.' depan nama..orang akan tanya mcm2, so kena lah tau mcm2 jugak walaupun takde kaitan..huuu

microbiology : penghuni di usus kita

  • nak jadi doktor..mesti busy sgt2
ada cousin aku tak nak contact aku utk tanya buku apa nak guna belajar kat matrik sbb dia kata aku busy, tak nak ganggu..oh..mmg la busy tp boleh kata setiap hari aku online..haha. sebenarnya belajar apa2 course pun busy..study..assignment..presentation..ada jugak kawan2 aku yg busy dgn projek kolej, sukan n bersosial. tp pandai2 la manage masa utk study

FYI, jadual aku sgt pack dr pukul 8pg-5ptg, isnin-jumaat...mcm office hour la. sabtu ahad holiday!! ada certain course ms weekend la dorang busy nak siapkan assignment yg berlambak..kitorang punya kerja pulak mostly kat lab n klinik. mana boleh bawak balik.so masa ni la nak pergi jalan TAR/masjid jamek..beli shawl, pergi mid valley..tgk wayang n balik rumah..hooreyy!! :)

sambut halloween pun sempat

  • belajar mesti susah sgt kan..
dental, medik n farmasi..antara course yg dikategorikan kritikal course kat malaysia ni. kononnya siapa2 yg amik course ni pandai2 sbb susah sgt. kena byk hafal2 n ingat2 n exam susah. tp bagi aku belajar apa2 course pun susah, ada cabarannya n semua org pandai2. contohnya, engineering byk kira2, pendidikan kena pandai mengajar, sejarah kena tau semua sejarah n lain2

FYI, belajar dental mmg susah pn..haha...tp sgt interesting!!! belajar bentuk gigi, umur bila setiap gigi tumbuh, saraf2 kat muka, ubat2 n kesan sampingan, percentage bahan2 yg ada dlm amalgam, tampal gigi, bancuh plaster of paris, buat gigi palsu n baaaaaaanyak lg yg menarik!! ..pernah je aku fail killer subjek. yg tak killer pun pass atas pagar je la..haha..tp Alhamdulillah final hari tu aku pass semua..setiap kejayaan bermula dr kegagalan ok :)

susun gigi palsu sampai jd :D


  • housemanship kat mana?berapa tahun?lama kan..
ada sorang dua pakcik makcik aku pernah tanya soalan ni kat aku..masa tu aku baru 1st year..nampaknya beliau sgt tak sabar nak tengok aku jd doktor gigi..hehe n masa tu aku blurrr..lama jugak fikir nak jawab apa kat dorang..

FYI, dentist takde housemanship. setahu aku, lepas grad nanti kitorang akan dicampak kemana saja. ikut la mana yg kita apply utk posting. masa mula2 kena kerja la kat department mana2.oh..ok la tak nak cakap byk sgt pasal benda ni sbb aku sendiri belum faham sgt apa akan berlaku selepas grad..huhu..cuma nak bagitau kitorang punya clinical years ada 3 tahun dr 3rd year-5th year..masa tu la kitorang kena treat patient sendiri dgn guide lecturer2 :D

ok..cukup lah 5 statement aku bagi ni...sebenarnya ada lagi tp next time la ye aku bagitau

FYI = for your information

setiap apa yg kita buat semua ada cabarannya..yg penting kita kena kuat n percaya pd Tuhan..ok :)

~ rindu kak jijah, kak syazanna, kak yuli n senior2 lain yg baru je grad ~

12 comments:

ANISA said...

alarh elok la tu ada yg jd dentist..kang bila gigi sakit,dah ada leh setelkan...=)
keep it up...
nnt bukak la klinik gigi sendiri...doakan utk shima..amin..

Hashimah binti Ismail said...

wah...thanx nisa 4 ur support..semoga kita semua sama2 berjaya nant :)

Sarah Mohd Saleh said...

terjawap segala pertanyaan aku yangbermain di pikiran aku.btw sgt beshh bce ;)

Hashimah binti Ismail said...

ada apa2 lg yg belum terjawab..aku try jawab :)

sLpmEpLz™ said...

klu nak pasang besi leh dpt murh x agak2?? ;p

Hashimah binti Ismail said...

erk..besi apa?
braces?
retainer?
gigi palsu pun ada besi

Dr Zatiel Ismail said...

hi. skrg ni orang dah jarang low kan level dentist. and gaji basic pon kurang rm100 sja. but ada bnyk kelebihan berbanding doc medical. well, cost untuk ke dental clinic lebih mahal. dan sebenarnya, dentist bnyk peluang utk kumpul duit.

shima said...

betul tu dr. zatiel..tp tak ramai org tau pasal ni

Razil Tahir said...

terjahh sini! XD
hidop budak dental!!
hahahah XD

famie said...

memng berbakat la

psycho said...

hmm.. nak twu.. law further in dentistry for sure ke tajaan jpa.??

shima said...

kalau dental kat ipta confirm dpt tawaran jpa..nak atau taknak je :)

Post a Comment