Sunday 11 September 2011

4 bulan yg telah berakhir

Assalamualaikum n selamat kembali ke sekolah kolej!

macam tak percaya cuti sem selama 4 bulan dah berakhir!! :( apa yg aku dah buat??!!ok2...aku nak ingat balik apa yg aku dah buat...
  • mei
cuti aku start pertengahan bulan mei..minggu ke-2 cuti aku join khemah ibadah kat Sungai Congkak..nak tau tak, masa perjalanan balik rumah dr kem tu hujan lebat, jalan jammed n ada byk bomba n ambulans. rupa2nya masa tu la kejadian tanah runtuh yg kat rumah anak yatim At-Taqwa tu berlaku

hujung bulan mei pulak aku n family aku sibuk dgn persiapan majlis perkahwinan kakak aku. ni lah 1st time buat majlis besar kat rumah aku..kemas2 rumah n cat bilik pengantin

stand 'buku tetamu' tu aku buat khas utk akak n abg ipar aku :)
  • jun
5 jun, wedding kakak aku n birthday abah aku..masa tu aku jadi pengapit akak aku. org tua2 kata kalau org belum kawin jadi pengapit nanti kawin lambat...haha. lepas tu majlis belah laki 12 jun. sedih masa ni kakak aku dah ikut suami dia, tak ikut kitorang balik rumah.aku nangis :'( . esoknya pulak 13 jun, birthday abang n akak aku. birthday dorang sama tp tahun lain2. abang aku 1986. akak aku 1987

masa amik gambar ni..hati aku dah start nangis  :'(
event besar dah habis..aku bosan duduk rumah asyik menghadap laptop je. tak tau nak online apa dah. banyak sgt tidur, abah aku bising, mmg patut la beliau bising kan..jadi aku pun tekad nak kerja part time utk mengisi kebosanan. so aku tak kisah sgt gaji berapa, cuma nak cari pengalaman. aku apply part time kat hypershoe dekat dgn rumah aku. asisstant supervisor bagi aku full time, esok boleh masuk kerja dah. oh, senangnya dpt kerja. tiba2 malam tu supervisor call aku kata tak confirm lagi boleh amik aku kerja ke tak. so dia kata tak payah datang kerja esok n katanya lagi dia boleh bagi aku part time masa nak raya nanti, tu pun tak conform jugak. oh ok. aku pun dah tawar hati dgn hypershoe. 

aku pun try cari lain, buat research n tanya kawan2. cousin aku baru lepas foundation tengah kerja kat pizza hut. dia ajak aku kerja kat sana. macam berat hati jugak nak kerja sana sbb org cakap kerja kat fast food penat n stress. tapi dah takde pilihan. aku try je. so, 20 jun  hari pertama aku as service staff kat pizza hut setia alam. haha mcm2 suka duka aku dapat tp tu lah pengalaman.

  • julai
dah seminggu kerja banyak dah aku belajar. buzzing, setting, amik order, hantar product n greet customer. kawan2 kat sana byk bantu lagi2 cousin aku. dia la yg byk train aku. dah sebulan kerja aku pun dah byk alami macam2 ragam customer. hujung bulan julai rules dah jadi makin pelik. kegembiraan aku bekerja di sana dah berkurang sedikit. restaurant manager (RM) mintak semua staf hantar surat apply cuti utk bulan 8 by 27 julai. pening jugak fikir nak resign bila. at last aku hantar surat resign n decide 27 ogos last kerja

haha..gambar masa kerja tak banyak sbb tak boleh bawak fon  masa kerja
  • ogos
berlaku kes motor rompak kereta depan mata aku. huhu..takut2. haaa..setelah sekian lama aku jadi blog's silent reader..jeng jeng jeng...aku pun buat la blog aku sendiri. minggu pertama kerja di restoran pada bulan puasa sgt lah bosan. tak ramai customer. ada 1 hari kitorang ramai2 dapat cuti n habis kerja cepat, kawan2 aku ajak buka puasa sama2

17 ogos, kawan2 hostel pulak ajak buka puasa ramai2 kat Asrama Toh Puan Norashikin, Kg. Pandan KL. tapi penguasa asrama tak benarkan kitorang makan kat sana sbb masa tu tengah hot pasal asrama kitorang nak dirobohkan. sedih..jadi kitorang pun membawa diri ke tempat lain
kitorang tak  dapat rasa van baru..dapat amik gambar pun jadi lah

menghitung hari nak berhenti kerja...haha last day tu aku ponteng sbb.....(ada kisahnya..bila2 free nant aku cerita ye). lepas tu, buat la persiapan raya. raya tahun ni semua kuih raya homemade ok :) . nyum3

  • september
raya!! sempat konvoi dgn kawan2 ATPN. seronok jumpa dorang :D . banyak dapat duit raya dr family belah mak n family belah abah pun boleh tahan jugak banyaknya. pagi tadi aku n family beraya kat rumah pakcik makcik aku kat KL . on the way balik rumah, singgah UM kejap daftar kolej kat kolej kediaman pertama. malam ni baru aku datang balik kolej dgn barang2 yg banyak n berat!!! sekarang lepak2 lagi dgn barang2 yg belum kemas siap sepenuhnya n sempat pulak update blog. nampak sgt aku tak prepare nak masuk sem baru. tp rindu sgt kat coursemates!! :D

macam tak sabar nak start sem baru n masuk klinik..tapi aku tak prepare apa2 pun

~ org lain dah siap kemas barang..aku baru nak berpeluh2 angkat barang ~

5 comments:

Anisa Anuar said...

fuyooo...kirenye kakak dan abang kembar tarikh lahir tapi tak sama tahun...

nice summary pasal cuti 4 bulan

syimiekitty said...

nisa:yup2 :)

Aleen Aiden said...

keje pizza hari2 bley mkn pizza free x b4 balik?kot2la siap bley bawak balik ke..heee :P

Teja Evalea said...

perghhh hebat cerpen dia..

syimiekitty said...

aleen aiden: staf meal pizza personal yg kecik tu..boleh bawak balik!! :D

kak ain ketua blok c5 kmns08/09: :D

Post a Comment