Saturday, 28 April 2012

my yummy homemade blueberry cheesetart

Assalamualaikum dan selamat hari sabtu :)

lama tak update blog dan dah lama jugak tak blogwalking..oh aku bukan lah blogger yang baik :( dan ye memang dah lama sangat lah aku tak share baking life aku dengan korang kan..jadi mari ikut aku ke dapur untuk menyaksikan macam mana nak buat blueberry cheesetart.

this is my 2nd attempt :D
first of all ya puan2..resepi yang aku guna ni adalah resepi dari Chef Norasikin Basri. beliau merupakan seorang blogger blog masak2. banyak resepi best2 dan mudah untuk dicuba..

ok mula2 kita study dulu bahan2 dan resepi ni kat SINI..bila dah faham, boleh lah kita mulakan!!iyarrrgghhhh(macam nak berperang)

cara buat pastri tart
pukul margerin + gula icing hingga sebati
tak payah kembang sangat 
masukkan telur + esen vanilla
pukul sampai sebati

disebabkan aku guna margerin planta instead of butter
so aku letak susu tepung untuk bagi rasa lemak supaya aku cepat gemuk

masukkan tepung

uli2 sampai jadi doh

sediakan acuan tart yang telah dilenser margerin

aku buat bulat kecik2
letak dalam acuan

penyek2 sampai jadi bentuk pastri tart yang comel
penyek2??
ok dah comel
cucuk dasar tart dengan garfu
supaya tak kembang katanya
oven aku pelik sikit
so aku bakar 165degree celcius selama 8minit
kalau betul dah masak, memang senang je nak keluarkan dari acuan
cara buat cheese + blueberry filling
pukul krim keju + margerin + gula pasir
margerin aku tinggal sikit je, tak sampai 2sudu pun

masukkan telur + thick cream
i am using Paul's thick cream for my homemade cheesetart :D

masukkan tepung
kacau2 sampai jadi macam ni

susun tart shell atas tray

letak blueberry filling sikit

letak cheese tadi

lepas tu sukahati la nak nak buat bentuk apa pun atas tu guna blueberry filling lagi

oven aku kan pelik
aku bakar 165degree celcius selama 8minit juga

menurut pembacaan aku kalau nak tau cheese tu dah masak
sentuh guna jari
kalau tak melekat + tak lembik, dah masak la tu
ok puan2..jemput lah makan!!nyum3 :D

err..cheese tu ada lebih pulak..simpan..nak buat apa ye?


4 comments:

Miss S said...

saya suka tart ! serious ;) boleh lah try nnti ! thanks share ! :)

Norasikin said...

Dari segi rupa mmg sempurna sangat. Meh bg rasa sekeping dua. Lama benar tak makan cheese tart

pha is said...

teringat pulak masa first year dulu, lecturer dosage ajar cara buat kek, pakai bahan2 yang kami guna dalam lab dosing farmasi.. hehehe

shima said...

miss S: boleh try n perlu byk bersabar..hehehe

norasikin: tq chef!! :)

pha is: mesti best belajar campur2 bahan

Post a Comment