Friday 3 August 2012

puding trifle di bazar ramadhan Meru : failure on the 1st day


Salam Ramadhan di fasa pengampunan!

dah lebih 10 hari kita puasa..rasa cepat sangat..tiba2 dah nak setengah bulan. pastu raya pastu habis cuti masuk sem...stress!!! haaaaa..ok tak nak fikir dah.jom baca cerita trifle aku

Ramadhan tahun ini, disamping menjalani ibadah berpuasa, abah aku mengambil peluang buat pertama kalinya untuk berniaga di bazar ramadhan Meru, Klang. abah aku jual air tebu. tebu segar dari ladang!! 3ringgit 1 jag. sedap!! belum pukul 7petang dah kosong balang air tu. aku pun tak nak kalah, nak jugak jual hasil air tangan sendiri

jeng jeng jeng...dengan bakat memasak yang terpendam dan juga secret recipe dari makcik aku, aku pun jual puding trifle yang aku buat sendiri kat dapur rumah. sehari aku jual 15bekas je. 1 bekas aku jual 2ringgit. setakat ni dah 4hari aku jual trifle ni. bukan hari2 aku dengan abah bukak gerai kat bazar. kalau abah aku penat atau ada kerja lain, so kitorang akan isytihar off day!! hehe ada jugak hari untuk rehat


hari pertama jualan trifle
aku bawak 20bekas puding trifle. aku buat dalam bekas bulat saiz biasa yang selalunya orang guna untuk tau fu fah. disebabkan bekas tu agak besar, jadi lapisan puding tu nampak sangat nipis dan ada separuh lagi ruang kosong. aku susun elok2 atas meja, sebelah dengan balang air tebu dengan label 'puding trifle RM2'. orang yang lalu lalang depan gerai aku mostly tengok pelik kat trifle aku.

'eh..puding???'..kata seorang wanita berbangsa cina sambil melirik mata ke arah trifle tu dan berlalu pergi
'ni apa ni?'..timbul perasaan ingin tahu kebanyakan orang sambil mengangkat bekas trifle dan memerhati 180darjah. dorang tanya je tapi tak beli pun

ada jugak yang tak nampak langsung kewujudannya dan hanya fokus untuk membeli air tebu..hari tu pukul 5petang aku datang dengan 20 bekas trifle, balik pukul 715petang pun dengan benda yang sama dan tak kurang jumlahnya..haaa, mestilah aku sedih takde siapa beli trifle aku. huwaaa :'( tapi aku redha je, lagipun ni aku first timer. aku percaya Allah nak aku belajar lagi macam mana nak berniaga. last2 trifle tu aku bagi jiran2, makan sendiri pun sedap

malam tu aku muhasabah diri. google2 tengok macam mana orang jual trfile. ok..aku dah analisis beberapa point yang patut aku pertimbangkan

pertama
harga 1 bekas trifle 2ringgit. menurut kajian aku melalui google..kalau ikut bekas tau fu fah tu dorang jual 3ringgit tapi penuh la..haha. ada jugak yang jual guna bekas kecik dan panjang tu dengan harga RM2.50.. so 2ringgit tu takde la mahal pun, kira murah apa

kedua
bekas terlalu besar,isi sikit. macam yang aku lukis kat atas. ha lebih kurang camtu la trifle yang aku jual versi gambar kartun..haha. kan nampak kan,separuh je isi. ye la, memang tak menarik langsung nak beli

ketiga
trifle tu apa?masa 1st time aku tengok makcik aku hidang trifle ni pun aku tak tau ape nama benda ni. bila makan..yummy!!sedapnya!! rasa manis jeli strawberi serasi dengan rasa buah-buahan koktel. ada nanas, betik, apricot,ceri dan nata de coco. lapisan bawah pulak rasa kartard yang lemak2 manis memang padan  dengan rasa kek coklat yang lembut..ermmm yummy2! jadi aku agak la ramai yang tak tau apa itu puding trifle dan tak tau macam mana rasanya..hal ini membuatkan aku berfikir macam mana nak bagi tau orang yang trifle ni sedap. tak boleh pulak nak bagi tester kat orang yang berpuasa

sebenarnya aku dah hilang keyakinan jugak la nak jual lagi. tapi mak aku bagi semangat, suruh cuba pulak guna bekas yang kecik tapi panjang. mak aku cakap berniaga kena la sabar. berdasarkan 3 points tadi Alhamdulillah tengah berangan sebelum tidur malam tu tiba2 aku dapat ilham..ting!! aku rasa idea ni sangat bernas. ok naik balik semangat nak berniaga

esok paginya aku pun menyiapkan segala keperluan..eh jap2..dah panjang sangat entry ni...lain kali je la aku cerita ye. aku nak buat trifle untuk jualan esok pulak..ok bye.salam. jumpa next entry, insya Allah ;)

dapatkan resepi di Puding Trifle #1 & Puding Trifle #2

3 comments:

are_liana said...

syok-syok nak tau cerita. bersambung pulaksss..

ujian Ramadhan betul. hehe ;)

Izyan Zainuddin said...

Syima letak la gamba triffle tu, and gamba kedai syima jugak. Nak tengok :)

shima said...

are_liana : hehe...jap ye nanti kite sambung

kak izyan zainuddin : ok2...next entry ada gambar real

Post a Comment