Thursday 22 March 2012

contest aku suka makan coklat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

ini adalah kali kedua aku join sesuatu yang dianjurkan oleh blogger. terpengaruh bila tengok nisa join contest ni. kalau nak tau lebih lanjut boleh klik gambar kat bawah ni

siapa2 nak tempah coklat boleh tempah kat Choco Sweeties..nyum3
klik je gambar ni 
ok..ada 3 sebab utama aku suka sangat makan coklat, iaitu.....

pertama : coklat bagi aku inspirasi untuk aku amik course dental (pergigian)
masa kecik2 dulu aku suka sangat makan coklat. akak aku cakap aku makan coklat macam makan nasi. milo pun aku suka ratah sampai abah aku sorokkan tin milo, tak nak bagi aku makan. kesannya, gigi aku masa zaman kanak2 sangat teruk. banyak caries(lubang). bila dah sekolah menengah, aku terkenangkan balik peristiwa ni dan aku nekad nak amik dentistry dan jadi doktor gigi. nak bagitau orang ramai jagalah gigi supaya tak rosak macam gigi aku masa kecik2 dulu

rampant caries
lebih kurang macam ni la gigi aku masa zaman kanak2
kedua : coklat boleh buat aku tersenyum lebar dari molar ke molar (geraham ke geraham)
baru2 ni aku baru je dapat coklat dari patient gigi palsu. hepinya!! bila hepi mestilah senyum luas2 :D hilang segala kerut2 kat dahi akibat stress kat klinik.hehe.. tapi awas!!makan coklat banyak2 dan tak berus gigi lepas makan coklat boleh membuatkan anda tak dapat senyum dengan gigi yang sihat..hehe

yeyeahh...dapat coklat :D
ketiga : coklat membuatkan aku rajin berus gigi dan floss setiap hari sebelum tidur
disebabkan coklat ni merupakan makanan bergula..so coklat jadi sebab utama aku perlu rajin berus gigi dan floss sebelum tidur untuk mengelakkan pembentukan caries (gigi berlubang dan rosak). dah tua2 camni lah aku baru nak jaga gigi elok2. masa kecik2 dulu hanyut terleka dengan coklat tanpa memberus gigi selepas makan

semua sebab berkaitan dengan life dental aku sekarang kan..hehe..tapi betul la, masa kecik2 dulu gigi aku sangat teruk rosaknya sampai ramai yang ejek aku :(. lepas tu, aku berminat dan berazam nak belajar pasal gigi, macam mana gigi boleh rosak dan nak orang jaga kesihatan gigi sejak kecik lagi

tak salah nak makan coklat. tapi kena kawal dan pandai jaga kebersihan dan kesihatan mulut :D

ok pha is , cimot dan miss ezzat.. anda adalah 3 orang yang bertuah kena tag kat sini

last but not least..happy 22nd birthday to Hashimah binti Ismail (aku la tu ) ehem2..Admin, birthday kita tak jauh pun..tak nak tukar2 hadiah ke? :P

1 comment:

Post a Comment