Tuesday, 13 March 2012

gigi palsu pertama saya untuk patient prosthetic

Assalamualaikum n hai semua :)

Alhamdulillah..setiap stress yang dihadapi dalam dentistry ni pasti ada kegembiraannya :D
saya dan partner klinik saya dah berjaya siapkan 1st complete denture for our 1st prosthetic patient. gembira sangat! walaupun sepanjang proses dan step ada masalah, kena redo MMR, redo mounting on articulator, redo setting posterior teeth. kena pulak marah dengan lecturer for almost every session. akhirnya dapat jugak hasilkan gigi palsu yang baik! patient pun happy.


auntie Kok Amoy..ni hen mei li! :D
kitorang issue denture ni hari rabu minggu lepas dan hari ni review. kesian mulut patient ada ulcer sebab ada sharp edges. so, aku trim la mana2 bahagian yang tajam seperti yang auntie Kok Amoy tunjukkan. banyak jugak aku trim sampai denture tu jadi comel, kecik je.

hari ni jugak partner aku issue denture duplicate yang dia buat. patient kami happy sebab dapat 2 set dentures. sementara tunggu Cik D (partner klinik) polish denture, tiba2 uncle (husband auntie Kok Amoy) hulur aku beg plastik putih. ada coklat katanya. aku pun amik la,usha sikit.hehe ada 2 kotak coklat van houtan. Alhamdulillah..xie xie ni men :D

uncle cakap 'jangan risau, coklat ni halal punya'..
betapa hormatnya dia kepada muslim
kita? fikir2kan...
Syukur Ya Allah..setiap kesusahan yang kami hadapi sepanjang proses nak buat 1st denture ni ada kemanisan di penghujungnya. Kau kurniakan kami ramai perantara yang dapat bantu kami (lecturer,kawan2, senior, technician). Masa awal2 kena marah dengan lecturer, sedih sangat. down pun ada. lama2 dah kuat nak hadapi semua tu. Terima kasih Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk menempuh dentistry untuk 2tahun + lagi..amin


''Do not pray for easy lives. Pray to be stronger'' -John F. Kennedy-

2 comments:

pha is said...

tahniah.. pha is tak masuk part klinikal pharmacy lagi... tak tau la nanti macam mana...

shima said...

thanx pha is...dah masuk klinikal pharmacy nanti cerita la..mesti best :)

Post a Comment