Thursday 20 October 2011

Irma Hasmie berpelukan lagi??

Assalamualaikum n selamat sejahtera

kontroversi sungguh tajuk entry aku kali ni..tapi ni lah kenyataan yg baru je semalam berlaku..kalau korang tak percaya jom tengok gambar kat bawah ni 

Irma Hasmie berpelukan dgn Syimiekitty n Zati!! :D

see...tangan dia kat bahu kiri aku n tangan aku kat bahu kanan dia

hehehe...silalah jeles!! semalam aku dapat jumpa Irma Hasmie. beliau sgt cantik n mesra. mata kecik je tp senyuman beliau lebar, kelihatan molar ke molarnya yg putih (jeles...gigi dia lg putih dr gigi aku :( )

ok..bukan ni je yg aku excited sgt nak share dgn korang..yg penting hari ni aku nak kongsi apa yg kak Irma sampaikan masa beliau jd panel dlm forum 'wanita, selamatkan dirimu'. khas utk kawan2 yg tak berkesempatan utk turut hadir forum ni semalam



point pertama yg kak Irma tekankan kat forum ni..'jagalah aurat n fahamilah maksud aurat' n beliau menghuraikan maksud ayat Al Quran yg menjadi pegangan dlm hidupnya utk beliau terus istiqamah dlm surah An Nur ayat 30-31

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

haa...dah baca dah ayat 30 n 31 surah An Nur ni?? korang perasan tak, ayat 30 tu pesanan utk lelaki n ayat 31 tu pesanan utk perempuan. Kak Irma kata pesanan utk perempuan lebih panjang drpd lelaki..ni la tanda Allah sayang kita supaya perempuan dapat jaga diri n selamat kat mana2 je

Kakak comel ni jugak mengingatkan kita lg dlm surah Al Ahzab ayat 59

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." 

Kak Irma kata perubahannya dlm penampilan yg kini sudah bertudung n menutup aurat menjadikan dirinya lebih konfiden, hormat pada diri sendiri n selamat. 'takde kes terpeluk2 dah', katanya selamba :D hehehe

beliau ada kongsikan terdapat 2 jenis kecantikan :
- kecantikan haiwaniah
- kecantikan insaniah
n mestilah kita nak kecantikan insaniah sebab berpakaian lengkap. kalau haiwan, mana pakai baju kan..

point last sekali Kak Irma menceritakan pengalamannya berhadapan dgn org sekeliling setelah berubah kepada kehidupan yg lebih baik. katanya ramai yg bagi respon positif, ada jugak yg negatif. tapi beliau menolak respon2 negatif tu utk jadi lebih kuat dgn pendiriannya sekarang. 

wah...suka dengar kata2 kak Irma Hasmie ni. beliau sgt positif n bg semangat kat aku utk berusaha memperbaiki diri sendiri !! :) FYI, kak Irma pun ada group usrah sendiri

ok..ini sahaja yg aku ingat dr forum semalam..baru je td LIKE page Irma Hasmie.

~ dengan tak malunya...2x aku amik gambar n salam dgn dia ~

3 comments:

Anisa Anuar said...

jelesnyer....nice entry shima..

syimiekitty said...

i love 2 share what i hv with all of u :)

Nizam Ijam said...

wah..tajuk menakutkan..

Post a Comment