Monday, 10 October 2011

pengisian terbaik di FESKUM 2011

Assalamuaaikum n selamat sejahtera

berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2011 (FESKUM) baru2 ini. banyak sangat pengisian menarik yg disediakan oleh pihak penganjur. aku sempat pergi 2 event je, forum keluarga n malam simfoni...walaupun 2 event ni je, aku dpt rasa FESKUM tahun ni lebih best dr tahun2 lepas :) 


semuanya best2 tp tak sempat nak tengok semua
  
tapi ada 1 yg aku kurang gemar masa FESKUM...2 hari dlm minggu tu dewan makan kolej aku ditutup sbb nak suruh kitorang beli makanan n support Gerai Konvo ASTAR(GKA). pihak kolej bg kupon 7ringgit utk 2 hari. huhuhu mana cukup nak makan byk2. dengan bijaknya aku n kawan aku, Biha kongsi kupon beli burger ayam 2, benjo 2, soft drinks 2 n jco donut 2. haa..dpt banyak item..bijak kan kitorang?? hehe. lepas beli makanan kat GKA, kitorang tengok forum keluarga...ada wardina..cantikkk!!! 


ahli panel : ustaz pahrol, prof kamil n wardina 

meh aku share sikit beberapa point yg aku sempat tulis masa forum ni

  • Ustaz Pahrol b Juoi (Penulis majalah Solusi)

Institusi rumah tangga ni tujuannya utk diri kita sbg :
- hamba Allah : berakhlak baik n beribadah kpd Allah
- khalifah di bumi : mengatur dunia dgn agama n beri kebaikan

hadith Nabi SAW : 'bila berumah tangga, separuh agamanya selesai' 

inilah jalan utk laksanakan tugas sebagai khalifah

sebab org yg tak dpt capai bahagia
- tak tahu erti bahagia
- tak tahu bagaimana nak capai bahagia

' ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang' (Ar Raad:28)


kahwinlah sekali seumur hidup sehingga akhir hayat

seburuk2 perkara halal ialah cerai! :(

  • Prof Madya Mohamad Kamil (Pensyarah Akademi Pengajian Islam UM)
40 perkara yg menyebabkan rumahtangga tak bahagia :

lelaki
- ego besar sangat
- letak kesilapan kat org lain
- tak berjaya dlm kerjaya
- bohong
- tak amanah
- suka mengadu
- berat mulut nak panggil 'sayang' n 
 cakap 'i love u'
- tak ambil kisah masalah isteri
- kasar pada anak2
- panas baran
- tak prihatin pd anak2

perempuan
- banyak perkelahian / perang
- banyak complaint
- campur tangan hobi suami
- cuai dengan diri sendiri
- selekeh
- tak prihatin
- ego tinggi
- terlalu cepat marah
- bangga diri
- tak ikhlas
- mudah merajuk
- banyak kritik
- terlampau berfikiran sempit
- cuai didik anak
- lemah tadbir rumah tangga
- banyak bantah
- mengada2





















tak cukup 40 points :( ..ni lah yg sempat aku tulis. cuba baca points tu balik n check kat diri kita (eh..lupa. belum kawin :P )..haha..banyak pulak points utk perempuan 

  • Wardina Safiyyah (Personaliti TV)
melahirkan, mengandungkan n menyusukan merupakan 1 keistimewaan wanita..bukannya bebanan

ciri2 calon suami beliau :
- solat 5 waktu (ciri ini menjadi ciri utama bg beliau dlm memilih calon suami kerana lelaki yg tak cinta Allah bermakna tak mencintai kita)
- bijak
- tak merokok
- kuat berusaha

beliau tak mintak seorang yg kaya sebagai calon suaminya

kekuatan datang dr Allah

kata beliau..walaupun sudah lama bertudung, beliau masih lg mempertingkatkan dirinya dgn menyertai usrah n membaca Al Quran

cintai diri sendiri sebelum minta org lain mencintai kita

'usrah really change my life' -wardina safiyyah - :)

seronoknya dpt jumpa wardina secara dekat. pengisian yg sgt baik khususnya utk semua kaum wanita :D hari terakhir FESKUM pulak last minit aku decide nak pergi tengok malam simfoni. bila dah last minit..mestilah aku tak tempah tiket lg. Alhamdulillah kakak kaunter tu bg aku tiket.yeay!! happy dpt tengok nasyid walaupun sedih sbb tak dapat balik rumah..plannya ada makan buddy malam tu tp cancel tiba2. rezeki pulak dapat tiket konsert :D

ada unic, rabbani, saujana, feelhoney n imam muda
lama dah aku tak dengar nasyid...enjoy sangat!bg aku mmg FESKUM 2011 ni lah yg aku rasa paling best berbanding tahun lepas. Tahniah AJK FESKUM 2011!! buat lagi best macam ni tahun depan tau! :D ok..lastly nak bg korang dengar salah 1 lagu kat konsert ni...atas nama cinta by UNIC..aku dah ulang lagu banyak2 kali dah


 
~ dapat beli tshirt labuh comel n kerongsang bunga2 cute dgn harga yg sgt murah! ~

3 comments:

ANISA said...

bestnyer...hehehe...jeles nyer.......

syimiekitty said...

best sgt!!! :D

Fabulous Me said...

thx fr sharing this entry.. sgt2 bguna

Post a Comment