Wednesday 6 February 2013

BPIZU #1 : wahai bloggers, bermuhasabahlah..!

Sekali sekala terasa penat. Pejam celik pejam celik tapi bas masih bergerak. Belum sampai di tempat yang dituju.

Namun, setelah 6jam perjalanan sampai juga aku, Fhatin dan Shahirah ke Kedah. Satu destinasi indah yang tak pernah kami jejaki lagi.

Terik mentari memancari bumi Sungai Petani. Menahan lapar nasi berlauk dan dahaga air berais sambil menunggu ketibaan sahabat kami, Syafiqah untuk dibawa bermalam di rumahnya yang bagaikan hotel 5 bintang itu.

ok..cukup sahaja latihan menulis cerpen aku kali ni...hihihi

dipendekkan cerita, aku bersama 2 orang kawan aku telah menyertai bengkel kereta penulisan pada hari Sabtu lepas. seronok dan banyak manfaatnya. jadi, kat sini aku nak share dengan korang apa yang aku dapat dari bengkel penulisan ni.

BPIZU : Bengkel Penulisan Islamik Zon Utara
ada 5 slot yang dijanjikan oleh penganjur. slot pertama cukup membuka jiwa dan mata hati aku. sebagai seorang blogger walaupun bukan blogger tegar membuat aku bermuhasabah kembali apakah niat dan ke mana matlamat aku untuk setiap penulisan dalam blog picisan ini. Blog yang bermusim, selalu juga bersawang, berhabuk, berdebu, bersepah, berselerak, bersampah dan ber'etc'...

tersedar aku dengan kata2 CEO muda LangitIllahi ini. penulisan islamik tak semestinya sarat dengan potongan ayat Quran dan hadith2 pilihan.cukup sempurna untuk sesebuah penulisan itu dikategorikan sebagai islamik sekiranya dapat membawa pembaca daripada kurang baik kepada lebih baik dan mengajak mereka sama2 ke arah kebaikan.

cukup terkesan dengan slot pertama ini. Niat dan matlamat sebagai kuasa dalam penulisan. terfikir entry2 aku yang lepas. apa dah jadi dengan readers kat sini lepas dorang baca blog ni eh?

terfikir juga nak delete blog ni

hmmm...

No comments:

Post a Comment