Friday, 17 February 2012

nightmare

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

syukur Alhamdulillah dapat jugak aku online akhirnya. dengan ini saya aku mengambil kesempatan untuk update blog.

ini ialah minggu pertama untuk sem 2 tahun 3. baru minggu pertama, fikiran aku dah penuh dengan macam2 benda nak fikir, lebih2 lagi pasal klinik. too many requirements to be fulfilled. so, risau kalau tak cukup session klinik. banyak lagi yg nak kejar. tiap petang pergi lab, nak susun gigi kat gigi palsu. tiap hari jugak la balik kolej lewat. sampai bilik dah letih sangat. lepas maghrib dah start mengantuk. apa lagi...ZzZzZzzzz...

lepas tu bangun. nak online, nak update blog PPIPUM. nak siapkan kerja publisiti dan penerbitan. hish!! susah gila nak login wifi! try jugak banyak2 kali

minggu ni session klinik aku prosthetic dan oral surgery(OS), ada tooth extraction. tiap kali prosthetic mesti level adrenaline aku jadi hyper. anxiety teramat sangat tapi cuba cover jugak depan patient. haha. first session untuk removable partial denture. banyak kali amik impression kat mulut patient. Alhamdulillah dia tak kesah tapi kena marah banyak kali dengan lecturer. sabar je. OS pulak dapat kes pelik. patient sakit gigi tiap kali makan. tengok keadaan gigi tu elok je, takde apa2.tengok xray pun normal. hmm..dah start panic. lecturer suruh amik xray lagi. masa nak bawak patient pergi bilik xray, terbawak dia pergi Poly B. hish!! kenapa bengong kalut sangat ni. amik periapical(PA) xray pun takde apa2. buat EPT test kat gigi tu pun still ada respon. maknanya gigi tu hidup lagi la tu. lecturer cakap  'takpe2..kamu belajar kes baru'. Alhamdulillah, patient pun tak kesah diagnos lama. at last, aku cabut gigi 3rd molar dia sebab lecturer cakap mungkin ada kaitan dan gigi tu takde fungsi sangat pun. Tenang sikit lecturer banyak tolong.

lepas maghrib tadi mengantuk sangat. baring2 kat katil sambil fikir kena kumpul gigi untuk paedo, susun gigi palsu, mounting mmr, call patients, buat treatment plan, risau patient tak boleh datang, risau comdent....sampai tertidur.
bobot is a cat
bila stress..aku suka tengok gambar kucing.comel :)
stress fikir macam2 sampai aku nightmare. aku mimpi ada sorang laki suka lalu belakang bilik aku. aku pulak suka bukak tingkap luas2. laki tu macam tak puas hati dengan aku. aku pun risau. 1 hari tu dia lalu depan tingkap bilik aku, naik moto. aku takut. aku nyorok tepi meja. dia tau aku nyorok. dia amik barang2 atas meja aku yang dekat dengan tingkap tu. pastu dia bg warning. aku tak ingat apa dia warn. yang penting aku takut!! lepas tu terus bangun!! argghh,,,seram gila!! istighfar banyak2 kali. nauzubillah hi min zalik..mintak dijauhkan

dahsyat betul stress sampai mimpi camtu..bila muhasabah diri balik..dah la shima, tak payah stress sangat. control stress elok2 lg2 tengah dalam zone tak stabil. plan elok2. call patient awal2 supaya dorang boleh datang. dalam dunia ni ada orang lagi susah dari kita. yakin kat Allah. doa banyak2 supaya dapat kes terbaik, patient terbaik, supervisor terbaik dan dapat bagi rawatan terbaik. Allah bagi ujian ikut kemampuan hambaNya..maknanya apa yang kita dapat tu memang kita mampu hadapi. Ya! shima kena kuat!! :)

apa2 pun..banyakkan senyum :D walaupun hati tengah menangis dan kuatkan kebergantungan dengan Allah 
chill la shima :)

eh jap2...sejak 3rd year ni ramai yang tegur aku makin kurus...huh?! stress balik :(

entry ni ditaip malam semalam. tiba2 wifi takde connection. so, sekarang baru boleh post 

4 comments:

ANISA said...

try to overcome the stress,okay?
chaiyok2 hehehe

shima said...

insya Allah :)

-Incek Fik- said...

fuhhh! memang dasat arr cik Syimie punya stress sampai mimpi yang bukan-bukan kan..


takpa.. kasi tenang dengan banyak mengingat kat Allah. InsyaAllah dengan berzikir mampu mengurangkan kekusutan pada diri sendiri..


banyak hiduran semula jadi yang Allah kurniakan kepada kita.. kicauan burung, deruan air sungai, gemersik angin menyapa daun-daunan pun merupakan alunan yang boleh menenangkan hati kita :)


*fik pon suka tengok gelagat kucing bila stress, sebab aksi comel dia boleh membuakan kita tertawa

ecah koop said...

ko mmg kurus pon..har3

Post a Comment