Tuesday 17 July 2012

We went to Gold Coast!

Assalamualaikum n happy semester break :)

yeaahhooo....cuti semester sudah bermula. result pun dah dapat. Alhamdulillah batch aku semuanya pass dan dapat naik 4th year tanpa supplement dan viva border line. Syukur..dapat la cuti lama..heee

dengan itu..aku n kawan2 aku telah merangka tentatif untuk bercuti di Gold Coast Australia Morib Resort pada 9 Julai lepas..oh best sangat best sangat..lagipun memang dah lama aku tak pergi bercuti macam ni. aku dan kawan2 semua 12orang naik flight Myvi dari Kolej Ibnu Sina UM. perjalanan makan masa lebih kurang hampir 2jam..huhu bagi aku jauh ohh sebab aku dah mind set yang morib kat banting klang je..aku balik rumah naik kereta tak sampai sejam pun..ohh takpe2 yang penting Gold Coast Morib Resort best macam 5star!

kawan2 yang lain dah sampai awal siap dah berpeluh2 main kat tepi pantai. aku pulak sampai2 je terus check in hotel. wahhh....ni la hotel paling mewah aku pernah masuk dengan harga yang murah

kitorang dapat bilik untuk 2orang

balkoni ada kerusi lepak2 dan ampaian baju

ada peti ais dan set minuman

bilik air ada shower

ni lah namanya jakuzi!!1st time aku tahu pasal benda ni

pemandangan dari bilik aku..kat sana tu lah pantai morib

sewing kit,shaver,toothbrush,shower cap,sabun etc
gelang waterpark tu boleh guna 2 kali
aktiviti malam yang pertama ialah dinner. ada macam2 makanan. nasi ayam, nasi goreng, yong tau fu, bubur kacang, buah-buahan, agar2, salad n tempura sayur. tapi aku tak makan banyak sangat sebab tak ada nafsu nak makan banyak.haha

dari kiri: shima, fadzilah, nad, aainaa,lina, kak nana, azreen

lepas makan kitorang semua lepak kat 1 bilik. masa ni la best sangat dapat main2. true or dare, regu, tiru gaya dan sambut birthday pyka! Ya Allah...gelak sakan tak ingat dunia..aku rasa kalau kat kolej ni mesti dah dapat banyak surat layang 'jangan buat bising' hehehe

dapat rasa variety flavours secret recipe..nyum3

dah penat main. masing2 balik bilik masing2. aku tidur pukul 1pagi. sebelum tidur tu terfikir macam2 jugak la lagi2 katil aku sebelah toilet. hehehe..baca Istighfar banyak2 lama tertidur jugak. best je tidur kat tilam hotel dengan air cond sejuk2 Alhamdulillah tak terlajak subuh :) esok paginya bangun dan sama2 makan sarapan. makanan sarapan kat sini sedap2 yummy! ada nasi lemak, megi goreng, roti, omellete, wedges, scrambled egg, honey star, ban coklat dan muffin blueberry. kali ini aku makan banyak sebab banyak makanan kegemaran aku!

ban coklat tu sedap sangat!!

nasi lemak dan ayam goreng

sebelum check out 12noon nanti, kitorang main air lagi untuk kali terakhir sebelum pulang ke rumah. seronok main air mengalahkan budak kecik. kitorang conquer swimming pool. aku agak la budak2 pun tergugat dengan kegirangan kitorang. dengan selambenya main gelongsor naik sampai 3orang sekali. guard yang jaga sekitar swimming pool ni pun macam nak tegur kitorang tapi tak sampai hati kot..haha

wuuuu.....wuuuusshh!! siapa sampai paling depan, dia menang

agak2 siapa la 2orang yang tengah main gelongsor pusing2 tu?? macam aku..

macam2 gaya main gelongsor biru ni..duduk bersila pun boleh
so siapa2 yang belum pernah pergi..boleh try datang sini. kalau boleh cari la kupon diskaun. kitorang pergi sini bayar RM94 je untuk bilik, dinner, breakfast n waterpark. kawan aku dapat kupon diskaun ni dari Groupon. katanya bulan September nanti ada promosi lagi.

terima kasih kepada amira zuber atas beberapa gambar yang cukup owesome. terima kasih jugak pada pyka selaku pengarah program, dayana ajk pengangkutan, fadzilah bendahari, terra roomate aku, nad cikgu swimming, lina memeriahkan suasana, azreen yang comel, kak nana yang sporting, aainaa yang suka menyelam dan kak chah yang hebat meneka jawapan masa main regu..hehehe

last buat not least,terima kasih banyak2 kat mak abah aku..mmuahh2 :X Alhamdulillah semoga cuti semester kita kali ini lebih bermanfaat :D

ok..on the way back UM..kitorang singgah 1 kedai aiskrim kat Kajang. kedai tu kepunyaan seorang artis yang dah berhijrah. hehe nak tahu siapa artis tu...tunggu...

6 comments:

Dayana said...

yeahh.you're welcome cik S.sronok sgt dpt bercuti dgn korg.=) sape artis tu?*buat2 x tau*

shima said...

cik D !! hehe best sangat kan..artis tu nanti aku tunjuk wlpun ko dah tahu siapa

Pha Is said...

pergh.. tajuk dah gempak.. igtkan kat australia.. hahaha

shima said...

belum mampu la nak pergi gold coast australia :(

Nurul Amira said...

serius igt ko pergi australia -___-"

Qashmere said...

Salam Kenal ..

Bestnya tengok tempat baru ni. Baru tahu tentang GCM ni..
Boleh cuba lagi.
DONE FOLLOW!

Blog Qashmere

Style Me Gorgeous By Qashmere

Happy Weekend Sis~

Post a Comment