Saturday 3 March 2012

chewing gum dan air liur

Assalamualaikum n hello semua :D


yea!!! minggu lepas dapat sebotol chewing gum..patient gigi palsu yang bagi. 

nyum nyum nyum walaupun rasa chewing gum Wrigley's Doublemint perisa Green Tea Mint ni macam syampu...haha. hakikatnya chewing gum baik untuk gigi! 

huh??!! baik untuk gigi??
apakah jasa chewing gum kepada gigi?

bila kita kunyah chewing gum, mulut kita akan hasilkan banyak air liur. air liur boleh neutralkan pH acid yang dihasilkan oleh bacteria setelah mereka break down makanan yang ada di celah2 gigi. hmm..senang cerita, air liur kita ni boleh kawal keseimbangan pH dlm mulut kita. 

air liur kita jugak mengandungi calcium dan phosphate. mereka berdua membantu dalam pembentukan enamel (lapisan gigi paling luar) yang kuat. 

tapi...ada tapinya ye..chewing gum yang aku maksudkan ni ialah sugarfree chewing gum. kalau ada sugar, tak elok untuk gigi  sebab kita bagi bacteria makanan, bacteria tu pulak hasilkan acid, acid pulak hakis gigi kita dan akhirnya gigi kita berlubang.

kat pasaran sekarang ni berlambak2 chewing gum yang ada artificial sugar @ sugar subtitute, iaitu sugar tiruan. contohnya xylitol, mannitol dan sorbitol. mereka ni merupakan sugar alcohol. jadi, tak akan hasilkan acid. gigi pun tak terhakis :D

does not cause tooth decay :D
chewing gum yang aku dapat ni ada sugar. orang kata ' rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari '. dah orang bagi free. makan je la...lalala

segan la kat dorang,selalu kena marah dengan lecturer..apa2 pun xie xie ni men uncle n auntie Kok Amoy. insya Allah minggu depan dah boleh makan pakai denture baru. bawak la chewing lagi untuk kami,coklat pun boleh!
~ cerita minggu lepas :P ~

4 comments:

Anisa Anuar said...

bestnye info...baru tahu... ok2 noted sugar-free chewing gum

shima said...

sebenarnya ada lagi kebaikan kalau kita stimulate byk air liur. belajar masa 1st year. tu je yang aku ingat.huu

Pha Is said...

kalau sugar alcohol, bila chew, keluar alcohol tak? hehehe

shima said...

alcohol dr hydroxyl group.teringat belajar organic chemistry ms matric :)

Post a Comment