Monday, 6 February 2012

satu kali itu sunnah Nabi

Assalamualaikum dan Salam Maulidurrasul :)

Ingat lagi tak masa kat sekolah dulu..

kita selalu diajar perkara wajib ketika wudhu iaitu niat, meratakan air ke muka, tangan, sebahagian kepala dan kaki. disunatkan meratakan air sebanyak 3kali untuk setiap anggota wudhu', mendahulukan anggota kanan dari kiri dan membaca doa lepas wudhu'...

sebenarnya aku baru tahu dan aku percaya ramai jugak yang baru dapat tahu bahawa..

Ali bin Abi Talib radiallahu 'anhu ketika beliau mencontohkan wudhu' Rasulullah S.A.W. :
''Kemudian beliau mengusap kepalanya satu kali'' (sumber)

haa...faham tak? kita disunatkan meratakan air ke sebahagian kepala hanya sekali sahaja. sah jugak kalau kita buat 3kali. tapi kan lebih baik kalau kita ikut sunnah, dapat pahala dan jimat air. membazir tu kan amalan syaitan

ni pun aku dapat tau masa dengar seminar perbandingan agama. penceramah tu kata kita yang dah sedia ada Islam ni selalu amalkan apa yang diturunkan keturunan kita tanpa mengkaji. sebab tu la masa amik wudhu' tu kita basuh kepala 3kali. haa...perbandingan agama ni pun salah 1 sunnah Nabi tau supaya kita lebih menghargai dan mengamalkan Islam dengan betul 

ok.kita sudahi usrah kita hari ni dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr
selamat bercuti sempena Maulidur Rasul :D

2 comments:

pha is said...

ha ah... baru pestime dengar ni... thanks...

shima said...

sunnat sekali utk kepala..anggota wajib yg lain sunat 3x

u're welcome pha is

Post a Comment