Friday 3 February 2012

doa selepas wudhu'

Assalamualaikum dan selamat beristirehat :D

dah 2 minggu cuti semester. duduk rumah je, tak pergi mana2. dah lama jugak tak berusrah. rindu kat adik2 usrah strawberry.

ok..hari ni aku nak kongsi doa lepas ambil air sembahyang iaitu wudhu'. bila kita berwudhu' kita dapat pahala dan apa kata kita tambah lagi pahala, lepas wudhu' kita baca doanya. ini lebih baik daripada kita bercakap2 yang tak berfaedah atau pun menyanyi (pernah buat..tau la)

pendek je kan doa ni. aku kena hafal doa ni sebab ada ujian KAFA PAFA(Penilaian Asas Fardhu Ain) kat sekolah rendah dan sekolah menengah dulu. bagus jugak kan ada ujian ni. Kalau takde, aku tak hafal kot sampai sekarang..huuu.. Walaupun dah jadikan amalan, aku baru tau maksud doa ni hari ni. Tiba2 rasa nak tau apa maksudnya. So dah dapat ni aku share lah dengan korang. 

hmm...mungkin baca doa ni nampak remeh je kan..tapi sangatlah manis kalau setiap perbuatan kita diiringi dengan nama Allah. 

Kita selalu lupa, padahal nikmat oksigen yang Allah berikan tak pernah terputus walau seketika..(kecuali la kalau dah mati)

Ok. That's all for today.
Selamat menghafal, menghayati dan mengamalkan :)

3 comments:

Anisa Anuar said...

bagus ni...hehehe...kadang2 kita ni lupa...
ttbe teringat masa sekolah,ada penilaian PAFA

shima said...

eh PAFA ke KAFA???PAfA eh?yela2...PAFA la,penilaian asas fardhu ain..thanx nisa :)

Abdul Halim Ismail said...

izin copy ya

Post a Comment