Sunday 20 November 2011

kami dah makan 7 jenis keju

Assalamualaikum n hepi weekend :D

jumaat lepas, kami dijadualkan dengan PBL resource session pada pukul 2.45-5ptg. kawan2 aku dah plan nak ke mid valley untuk shopping n makan2 petang tu. aku yang mulanya plan nak ke library cari jurnal untuk PBL, akhirnya tewas dengan pengaruh rakan sebaya..hahaha

yummy ultimate cheesy bites pizza consist of 7 delicious cheeses :)
jadi, aku mengambil kesempatan ini untuk mengajak mereka makan pizza yang telah lama aku idamkan n mereka pun bersetuju. Yeay!!

kami order ultimate cheesy bites set 2 dengan topping hawaiian chicken. so, ada large pizza, garlic bread, 1 pitcher mountain dew n 4 soup of the day. aku tak pandai nak cerita dalam bentuk ayat, jom tengok gambar je lah!

soup of the day on Friday is mushroom soup
mountain dew
*air sepatutnya sampai dalam masa 3 minit
garlic bread yang menjadi rebutan Linda, Zie n Fhatin
*garlic bread n soup sepatutnya sampai dalam masa 7minit (kalau tak silap, dah lupa)
Zie minum 5 gelas air sementara tunggu pizza sampai
tu pun tak cukup katanya
yeay!! masa yang ditunggu2 telah tiba
hmm...tak rekod masa, tapi ok la tak lama sangat
*pizza sepatutnya sampai dalam masa 17minit
habis dalam sekelip mata!
siap buzzing cutleries lagi
bowls n glasses pun dah siap buzzing
kami nak anugerah customer terbaik! ada tak?
dah susun kemas2 bowls,glasses, pan n cutleries
senang la staff service 2 orang kat belakang tu nak buzzing nanti
pizza ultimate cheesy bites 7 cheeses ni sedap sangat lagi2 kalau korang memang cheesy lover. tapi bagi aku, makan sekali pun dah cukup la, sekadar merasa n memenuhi kehendak nafsu n selera makan. tapi kalau lepas ni ada orang nak belanja pizza ni aku on je. hehe :D

cheddar, provolone, monterey jack, philadelphia cream cheese, mozarella, parmesan,  n  romano
Alhamdulillah..akhirnya tercapai jugak impian selera aku nak makan kat pizza hut. large ultimate cheesy pizza set 2 + hawaiian chicken toppings + 11% government tax + 6% service charge = RM57.90. terima kasih kat coursemates (terra, linda, zie, fhatin n dini) sebab sudi makan pizza hut bersama2 aku. sayang korang :X

~ teringat suasana masa jadi staff service kat pizza hut setia alam...rindu nak makan staff meal ~

4 comments:

Anisa Anuar said...

amboi syoknye kome melantak keju2 tu kekeekkekeekee

shima said...

sedap! try la

nazirah said...

wah bestnye da merasa da cci tak rasa lagi ari tu pegi pizza smata2 nak rasa bende alah ni tp service nye not good sbb da 20 min cci tgu kat situ tkde org amek oder pun wlupun kte da pnggl huhu lastly cci blah je nt nak p pizza tmpt len lak la tingin nak makan gak huhu :)

shima said...

siannye dah 20min takde staff amik order,,mgkin dorang busy, tak cukup staff..xpe2, lain kali awk try kt pizza yg tengah tak ramai org :)

Post a Comment