Tuesday, 22 November 2011

cabutan gigi 1

Assalamualaikum n Hai :D

Oral Surgery (Xn) a.k.a tooth extraction!
hari ni session tooth extraction yang kedua untuk group A. tapi aku baru 1st time nak cabut gigi orang. masa 1st session aku tak sempat merasa cabut gigi sebab patient partner aku kena hantar ke surgery room untuk keluarkan dilaceration root (akar gigi yang bengkok)

oh..ini 1st time!! gugup2. tapi try jugak belagak relaks. makin nervous pulak bila 1st time terus dapat patient yang ada macam2 penyakit. hypertension, diabetes, hyperthyroidism, carpal tunnel syndrom n sinusitis. panic pun datang,  banyak la kena tegur dengan lecturer. antaranya :

  •  lupa nak tanya medication apa yg patient amik untuk setiap penyakit (boleh pulak tak ingat, tu la paling penting!)
  •  local anaesthesia (LA) contaminated, tak letak kat atas bip (selambe je letak kat atas folder patient)
  •  inject buccal fold 1st, then greaterpalatine (suka2 aku je nak inject greaterpalatine dulu, angulation pun tak tepat)
  •  tangan fine tremor (ketar tapi aku rasa still boleh kawal)
  • use couplent 1st, then use forceps (aku tak tau camne nak guna couplent)
  • cara pegang forcep salah (sebelum ni tengok je..tak pernah nak try2 guna)

huhu...tambah stress bila kena amik blood pressure patient. guna stetoskop tu macam dengar tak dengar je (haha..tak reti guna la tu ) 2-3 kali jugak la aku dengan partner aku try...last2 tak confident, guna elektronik punya lagi senang! fuhh...selamat. kalau tak, blood pressure aku pulak yang naik.

Syukur sangat dapat Puan Nafeesha yang sangat baik n memahami

  •  Puan yang hulur tangan dulu untuk bersalaman dengan aku (huhu...segan pulak)
  • tak marah walaupun lambat amik blood pressure, lambat buat cabutan
  • sudi berkongsi cerita keluarga
  • tak takut suntikan
  •  tak sakit ketika cabutan
  •  faham clinician 3rd year student, baru belajar
  • cooperative!

paling tak sangka bila...
aku : puan punya birthday 21 mac eh? (tengok profile kat folder patient)
Puan Nafeesha : ye..
aku : birthday saya 22 mac!
Puan Nafeesha : oh ye! boleh la kita sambut sama tahun depan!
wah... aku tak expect pulak Puan Nafeesha yang berumur 63tahun akan bagi jawapan camtu dengan muka yang sangat excited! :)

lepas bagi LA, Puan Nafeesha rasa kebas, guna couplent untuk longgarkan gigi dari tulang, grip gigi dengan forcep kuat2, rotate2, tolak buccal palatal

at last...
gigi 15 dah cabut!
* 2nd premolar belah kanan
fuh..lega gigi dah tercabut elok je. akar pun tak patah. masa Puan Nafeesha salam dengan aku sebelum dia balik..dia kata 'thank you haa..nice girl' (dah amik blood pressure banyak kali pun dia boleh kata aku camtu) :X

Terima Kasih kat partner (Cik D) yang banyak membantu, tulis E & D (Examination n Diagnosis) sampai 2x n bagi support masa nak cabut gigi
Terima Kasih kat Dr. Ng banyak bagi teguran...walaupun agak tertekan tapi tu la ilmu n pengajaran terbaik untuk masa depan, bagi 3 markah pulak tu
Terima Kasih kat Puan Nafeesha yang sangat cooperative n tenang
Terima Kasih kat kawan2 yang support aku :)

Alhamdulillah..Terima Kasih Ya Allah..bagi aku pengalaman ni :D semoga cabutan gigi yang aku buat lepas ni lebih baik n ada improvement! amin..

6 comments:

Intanberlian said...

hi dik! tahniah cah cabut gigi. huhu firm ke Local periodontitis kes dik? hmm ade guna couplan eh nak cabut premolar? nak tahu juga. hee
sebab dulu kat sana akak guna couplan nak cabut lower 3rd molar atau gigi yang dah takde next tooth. biasanya mmg 3rd molar laa..

shima said...

tq kak intan berlian :) hehe

gigi dia firm lg.patient nak cabut 15 sbb ada deep caries class II amalgam restoration dah cracked,dia tak selesa.

masa sy check gigi tu,amalgam dah hampir dislodge.gigi 14 n 16 ada lagi n still firm.lecturer suruh guna coupland untuk loose'kan gigi tu n senang nak cabut sebab ni 1st time sy cabut gigi

pha is said...

tahniah.. nnti kalau pha is sakit gigi, pha is cari shima la... hehehe

Nizam Ijam said...

cian gigi tu...hu2

miss kecoh said...

ouchhh.... sakit gg plak bce...

shima said...

pha is : nak ubat boleh cari pha is
nizam ijam : dah rosak tak payah kesian
miss kecoh : belum cabut dah sakit...hehehe

Post a Comment