Assalamualaikum..hello!
dah lama aku tak share cerita baking aku kat sini. malam tadi aku main masak2. sorang2. sebab takde siapa nak teman. kakak aku jaga baby dia. mak aku pergi tolong buat kuih raya kat rumah jiran. abang aku mana nak layan aku main masak2. abah aku tiada di rumah pada ketika itu. jadi aku bergembira seorang diri di dapur bermain tepung, putih telur dan pewarna makanan
sebenarnya aku nak memanfaatkan lebihan putih telur yang sangat banyak di dalam peti sejuk rumah aku ni akibat membuat trifle untuk jualan di bazar ramadhan yang hanya menggunakan kuning telur sahaja. jadi, untuk mengelakkan pembaziran amalan syaitan, aku pun mengambil inisiatif mencari resepi kek yang guna putih telur je. aku tau macaron dengan pavlova pun guna putih telur je. tapi aku tak nak buat macaron sebab dia sangat sensitif, bahan pun takde. pavlova pulak aku tak nak buat sebab aku dah pernah buat. boleh je nak buat lagi tapi whipped cream takde la pulak. aku nak buat resepi yang senang2 je ni
setelah meng'google..aku pun amik la resepi dari kek kukus pelangi putih telur dengan kek lapis blueberry putih telur. sebab aku sukahati je main masak2, modify 2 resepi ni..tiba2 jadi macam pelik kat adunan kek ni
setelah diadun semua bahan2..tiba2 aku tak yakin pulak kek ni akan menjadi sebab tengok tekstur adunan ni macam pelik kan..tak smooth |
1jam 30 minit telah berlalu. aku tutup api dapur dan bukak penutup pengukus. erkk!! tengok macam kek ni tak naik langsung sebab aluminium foil tak gelembung ke atas pun. slow2 aku intai kek ni masa bukak aluminium foil. jeng jeng jeng....!!
warna dan rupa nya pelik macam alien. tak menarik sangat. warna merah strawberi dengan warna purple blueberry tak nampak pun. tapi tetap ada rasa dan bau blueberry!!
tadaaa!!! camni la jadinya! |
memang tak nampak sangat kek ni naik tapi bila tekan, lembut sangat!!! macam kek span dah jadinya. Alhamdulillah..main masak2 pun jadi. tak sabar nak potong. tunggu kek ni sejuk sikit
wah :O |
warna dan rupa nya pelik macam alien. tak menarik sangat. warna merah strawberi dengan warna purple blueberry tak nampak pun. tapi tetap ada rasa dan bau blueberry!!
ada lagi separuh putih telur dalam peti ais. belum tambah putih telur yang tak guna bila nak buat biskut raya nanti. lagi banyak!! boleh lah main masak2 lagi.yeayy!!
Rainbow Riot '12 |
semua benda ada manfaatnya ;)
4 comments:
stress tengok makanan kat blog kau.
stress la ada org stress dgn aku...huaaargggh :P
hoah! maen-maen pun boleh jadi ek?
tue baru maen-maen... huhuhuh
tu lah..main2 boleh jadi pulak
kalau serius tu pernah je tak jadi
Post a Comment