Thursday 15 December 2011

ada pelangi selepas hujan panas

Assalamualaikum n selamat sejahtera :)

hujan panas :

hujan lebat..kena cari tempat berlindung
tadi pagi aku ada session prosthetic iaitu session untuk buat gigi palsu. aku nak buat MMR (maxillo-mandibular registration)  kat patient aku tu. malam tadi dah study setakat tengok nota lecture n nota kawan. tapi bila patient dah ada, aku macam tak yakin dengan apa yang patut aku buat. yela..1st time kan masih dalam proses belajar n mencuba. lecturer detect aku tak prepare untuk buat MMR n aku kena marah. bukan sorang je. 2 orang lecturer marah aku. kawan2 sekeliling pun dengar aku kena marah. nasib baik aku pakai mask, takde la malu sangat tapi tetap malu jugak. rasa macam sangat loser. air mata pun macam nak mengalir tapi tahan je.oh stress! rasa sangat down n sedih masa tu.. istighfar je la banyak2 dalam hati :(

pelangi :

Subhanallah..indahnya pelangi selepas hujan
lecturer marah2 aku sambil dia buatkan MMR tu sampai siap. patient pulak senyum n ucap terima kasih sebelum balik, siap pesan lagi 'nanti beritahu ye bila next visit'. untung ada lecturer yang membantu n dapat patient yang sangat baik :)

petang pulak aku ada orthodontic. masa ni technician ajar macam mana nak buat wire bending. so, hari ni demo T spring. aku pun try la buat dengan gigih sampai jari merah2. technician cakap T spring aku senget sikit tapi still boleh berfungsi n untuk 1st trial itu dikira ok :)

sebelum tu..tiba2 ada sorang patient perio (masalah gusi) call aku. tertanya2 bila agaknya aku boleh scaling (cuci gigi, buang plak n calculus) gigi dia. seronok tau bila dapat tahu patient berminat untuk dapatkan rawatan dari kita :)

lepas habis ortho, kawan2 ajak makan wafle. aku suka makan wafle. lagi2 bila stress. wafle peanut chocolate sedap! :)

malam pulak aku join moonlight jogathon sempena festival ibnu sina 2011. lari 3.3km. dah lama tak jogging. banyak jugak saingan hebat td. yeay!! aku dapat no. 10. haha...border line untuk dapat hadiah. aku dijemput ke malam penutup festival ibnu sina untuk amik hadiah (medal,sijil n t-shirt) :)

bila terbaca komen dari seorang kawan, baru terfikir....
apa yang Allah jadikan semuanya bermanfaat :)
hujan panas yang sekejap...menghasilkan 7 warna pelangi yang indah :)

Alhamdulillah Ya Allah :)

4 comments:

miss kecoh said...

ngeheh.. pdn muke kne mrah ngn lecturer..hehe..best ke ambk cost sal doktoo gg ni? mcm mnarik lak.. bce..

shima said...

best n sgt menarik..tp kena kuat la.mcm2 stress kena hadapi

Intanberlian said...

hai adik, jangan bersedih ye. tgh belajar memang banyak dugaan yang kite kene tempuh. proses belajar adalah proses yang terindah.

shima said...

terima kasih dr. intan! dr. pun mesti pernah lalui hidup mcm ni kan

Post a Comment