Saturday 10 December 2011

fissure sealant


Assalamualaikum n selamat sejahtera :)

yeay!! aku telah berjaya buat 1st treatment untuk conservative kat gigi patient aku iaitu fissure sealant.

huh?!apa itu fissure sealant?
secara mudahnya, fissure sealant ialah 1 treatment untuk tutup alur gigi yang dalam supaya dapat mengelakkan makanan terperangkap dalam tu dan sukar dibersihkan dengan hanya memberus gigi. fissure sealant jugak sesuai untuk gigi molar (geraham) dan premolar (geraham kecil) yang tinggi risiko untuk caries (berlubang), suka makan makanan manis dan kurang kadar pengeluaran air liur.

alur gigi
bacteria dan makanan suka duduk celah2 tu
jom2 aku bagitau procedure macam mana nak apply fissure sealant kat gigi patient

mula2 isolate (asingkan) gigi yang kita nak letak fissure sealant dengan rubber dam (empangan getah) supaya kawasan gigi tak kotor dengan air liur. kalau kawasan alur gigi tak bersih dan basah, fissure sealant tak tahan lama.

procedure ni agak menyakitkan sebab clamp dan getah tu pegang gigi dengan kuat . so kena letak topical local anaesthetise (ubat kebas) supaya tak rasa sakit :)

lepas tu, bersihkan alur gigi dengan pumice yang dah dicampur dengan air untuk hilangkan staining yang hitam2 tu.
pumice ni warna light grey, macam pasir halus
bancuh dengan air sikit
sapu pumice kat alur gigi guna rubber cup yang warna putih ni
guna low speed handpiece
basuh kawasan gigi dengan air untuk bersihkan sisa2 pumice tu. seterusnya, keringkan kawasan gigi. letak acid etch pulak

acid etch ni untuk buang 10micrometres enamel (lapisan gigi paling luar) supaya poros dan kasar
so, bonding antara fissure sealant dengan enamel akan kuat
acid etching selama 15saat
lepas tu basuh dengan air 20saat / sampai bersih
kawasan gigi yang dah di'acid etch'kan akan nampak lebih putih dari kawasan lain. lepas tu, letak fissure sealant
fissure sealant yang aku guna warna pink tapi bila dah light cure jadi putih macam warna gigi
lepas tu, light cure fissure sealant selama 40saat
light cure untuk keraskan fissure sealant
cahaya warna biru ni tak elok untuk mata
patient pakai cermin mata hitam 
ok..dah siap! boleh la polish dan check occlusion untuk pastikan patient boleh gigit dalam keadaan selesa
alur gigi dah tutup
tak boleh la makanan dan bacteria terselit kat celah2 tu lagi

tak kesah la korang faham ke tak..aku excited dah start buat treatment kat patient. ni la treatment paling senang dan tak lama. yang lamanya masa nak pasang rubber dam kat gigi patient. Alhamdulillah dapat patient yang sabar dan tak cerewet. semua berjalan lancar :)

~ sumber gambar semua dari Google ~

5 comments:

Anisa Anuar said...

macam seram je ni...

miss kecoh said...

aaaa....tidak! gg ku mnjd sakit

shima said...

nisa : seram demi kebaikan gigi pd ms hadapan :)
miss kecoh : meh saya rawat gigi awak :)

amalina said...

best nye dh dpt patient.. btw, fissure sealant ni x affect occlusal relation ngan gigi maxillary ke?

shima said...

erm..final step kena check occlusion

Post a Comment