Thursday 12 January 2012

JANGAN BUAT BISING

Assalamualaikum and happy exam fever!

E317 :  JANGAN BUAT BISING
Malam tadi aku stay up sampai pukul 2pagi. sebelum nak tidur, aku pun pergi la toilet nak gosok gigi. aku ajak roomate aku, Terra. tiba2 dia perasan ada sticky notes kat depan pintu bilik kitorang yang tertulis 'JANGAN BUAT BISING'. fuh...sentap jugak la

cis!! siapalah yang berani buat camni kat kitorang? tau tak kitorang senior kat aras ni. 

hahaha..mostly kat E300 ni junior 1st year. bukan nak belagak kitorang senior. ok fine, kitorang mengaku kitorang salah. buat bising masa study week ni. tapi bagi aku kita kena respect orang bila2 je, tak kira la study week ke, holiday week ke, honeymoon week ke. kadang2 mereka pun bising juga. nak panggil kawan kat bilik hujung sana tapi jerit depan pintu bilik kitorang yang kat tengah2 aras ni..tapi takpe kitorang cool je masa tu okey walaupun dalam hati menyumpah2 jugak la

hmm...lagi 1, bagi aku la kalau nak tegur jugak adalah lebih manis kalau dia tulis 'TOLONG JANGAN BISING' instead of 'JANGAN BUAT BISING'. memang lah 2ayat tu tak jauh beza mana pun. tapi kerana magic word 'TOLONG' tu akan buat kita saling menghormati. tak gitu?

ok lah...aku n roomates nak mintak maaf kepada sesiapa yang rasa tak senang dengan tahap riuh rendah kitorang dan terima kasih kerana menegur ye :) selamat menghadapi peperiksaan 

Jangan ditinggalkan perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih' dalam hidup sehari-hari! Hakikatnya, kita lemah. Paling tidak pun, kepada Allah SWT perlu untuk kita meminta! ~iluvislam.com~


6 comments:

Anisa Anuar said...

entry yg best2...sangat setuju yg pasal tolong dan terima kasih

Pha Is said...

haa.. kan dah kena... hehhe... tapi btol juga... klemahan org malaysia ni sbb kurang pkataan "please" (tolong)...

shima said...

nisa: terima kasih :)
pha is: jom aplikasikan dlm hidup

Anonymous said...

sorryla ye, tapi aku personally tetap rasa kau salah. tak kira dari segi / uslub bahasa yang junior tu guna. aku rasa orang yang tulis macam tu, dia kiranya dizalimi. sebab dia nak study, tp hilang focus sebab korang bising

Hindarilah doa orang yang di zalimi, kerana sesungguhnya tidak ada antara doa nya itu dengan Allah SWT hijab yang mendindingi”.

Anonymous said...

dan orang yang tak pernah nak menghormati orang lain, sememangnya tak layak juga untuk dihormati

"treat others like the way you want to be treated"

shima said...

terima kasih miss/mr anonymmous..
atas komen anda yg sgt membina dan peringatan yg sgt berguna disamping dpt belajar vocab baru 'uslub'...i very appreciate it :)

feel free to read my blog and leave comments :D

Post a Comment