Assalamualaikum n salam sejahtera :D
malam ni pergi terawih tak?
pergi terawih kat masjid/surau mana?
terawih berapa rakaat malam ni?
lepas terawih, moreh apa?
jom...terawih...jom terawih...
ni lah antara dialog2 yg kita selalu guna sepanjang bulan puasa kan..byk sgt word 'terawih' kita sebut ms ni...tp apa pulak maksud terawih ye??
terawih diambil drpd perkataan tarwihun yg bermaksud rehat. perasan tak setiap 4 rakaat yg kita buat kita akan berhenti rehat sebentar sambil berdoa n berzikir..haaa...sebab tu la namanya solat terawih
selalunya kita solat terawih berjemaah kat masjid atau surau kan.. senang je la ikut imam..macam mana pulak bg mereka yg tak berkesempatan nak berjemaah?
jadi..hari ni aku nak share dgn korang kaifiyat(cara) solat terawih 8 rakaat secara sendirian n solat witir 3 rakaat 2 salam :)
mula2..disebabkan kita solat sorang2..so kita buat solat terawih ni mcm solat sunat biasa tanpa selawat di setiap 2 rakaat.niatnya :
أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
sahaja aku solat sunat terawih 2 rakaat kerana Allah Taa'la
1. mulakan solat terawih 2 rakaat (rakaat pertama n ke-2)
bacaan surah selepas Al Fatihah -rakaat pertama : At-Takasur
-rakaat ke-2 : Al-Asr
2. sambung 2 rakaat lg (rakaat ke-3 n ke-4)
bacaan surah selepas Al Fatihah -rakaat ke-3 : Al-Humazah
-rakaat ke-4 : Al-Fil
bacaan doa setelah selesai 4 rakaat pertama
3. sambung 2 rakaat lg (rakaat ke-5 n ke-6)
bacaan surah selepas Al Fatihah -rakaat ke-5 : Al-Quraisy
-rakaat ke-6 : Al-Ma'un
4. sambung 2 rakaat terakhir (rakaat ke-7 n ke-8)
bacaan surah selepas Al Fatihah -rakaat ke-7 : Al-Kafirun
-rakaat ke-8 : An-Nasr
bacaan doa setelah selesai 8 rakaat solat terawih (sama seperti doa di atas)
selesai solat terawih..sambung pulak solat witir 3 rakaat 2 salam
1. mulakan solat witir 2 rakaat (rakaat pertama n ke-2) dgn niat
sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat kerana Allah Taa'la |
bacaan surah selepas Al Fatihah -rakaat pertama : Al-A'la
-rakaat ke-2 : Al-Kafirun
2. sambung 1 rakaat lg (rakaat ke-3) dgn niat
sahaja aku solat sunat witir 1 rakaat kerana Allah Ta'ala |
bacaan surah selepas Al Fatihah -rakaat ke-3 : Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Nas
* mulai mlm 16 Ramadhan disunatkan membaca doa Qunut seperti Qunut solat Subuh pd rakaat terakhir solat witir iaitu selepas bangun dr rukuk
ok..kaifiyat ni aku amik dr buku Panduan Sembahyang Sunat Terawih terbitan Jabatan Agama Islam Selangor Darul Ehsan. walaupun skrg ni kita berada di penghujung Ramadhan, rasa mcm dah terlambat pulak kan utk aku share benda ni..tp tb2 aku teringat kata2 hikmah ni
" bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lg n beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati pd esok hari"
kalau ada apa2 salah..harap dpt tegur aku..ok selamat beribadah di penghujung Ramadhan :)
~ banyak dugaan di saat2 akhir Ramadhan...bertahan!!! ~
3 comments:
Terima kasih Sis, sgt membantu :D ramadhan ni kali pertama saya hendak buat solat terawih. Doakan saya :D
sama2 sis Bella :)
semoga ini membantu n memberi manfaat
salam ramadhan
Alhamdulillah. Ilmu yg sgt bermanfaat. Semoga menjadi amal jariah utk saudari.
Post a Comment