Wednesday, 28 March 2012

22nd birthday @ Seoul Garden

Assalamualaikum..kabare :)

kali ni aku nak bawak korang terbang ke Seoul, Korea Selatan. ok semua..prepare 5ringgit untuk tiket flight dari lapangan terbang ASTAR

ok..kita dah sampai :)
tahun ni aku roomates dengan march babies @ march future dentists...so, kitorang plan nak celebrate kat Seoul Garden. ni 1st time aku makan kat Seoul Garden. aku jarang sangat makan buffet, steamboat dan grill.  jadi tahap excited tu sangat hyper! yeahh.. jom lah tengok apa yang ada kat Seoul Garden

salad
ayam dan daging kambing pun ada

sunnah nabi makan buah dulu 

ayam, daging dan ikan

masak!!

daging balut dengan salad macam makanan orang Korea kononnya

yummy!! ABC

ais krim dan jeli

student price untuk dinner RM37

kek tiramisu dari Secret Recipe. tak larat dah nak makan

22, 27 & 2 Mac 1990
kami dapat hadiah chop stick rabbit
terima kasih kawan2 :)
Alhamdulillah...sedap!! bukan selalu aku dapat makan buffet. rasa macam nak makan kat sini lagi. kalau lunch murah sikit, RM27. terima kasih kawan2 yang meraikan :D

Thursday, 22 March 2012

contest aku suka makan coklat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

ini adalah kali kedua aku join sesuatu yang dianjurkan oleh blogger. terpengaruh bila tengok nisa join contest ni. kalau nak tau lebih lanjut boleh klik gambar kat bawah ni

siapa2 nak tempah coklat boleh tempah kat Choco Sweeties..nyum3
klik je gambar ni 
ok..ada 3 sebab utama aku suka sangat makan coklat, iaitu.....

pertama : coklat bagi aku inspirasi untuk aku amik course dental (pergigian)
masa kecik2 dulu aku suka sangat makan coklat. akak aku cakap aku makan coklat macam makan nasi. milo pun aku suka ratah sampai abah aku sorokkan tin milo, tak nak bagi aku makan. kesannya, gigi aku masa zaman kanak2 sangat teruk. banyak caries(lubang). bila dah sekolah menengah, aku terkenangkan balik peristiwa ni dan aku nekad nak amik dentistry dan jadi doktor gigi. nak bagitau orang ramai jagalah gigi supaya tak rosak macam gigi aku masa kecik2 dulu

rampant caries
lebih kurang macam ni la gigi aku masa zaman kanak2
kedua : coklat boleh buat aku tersenyum lebar dari molar ke molar (geraham ke geraham)
baru2 ni aku baru je dapat coklat dari patient gigi palsu. hepinya!! bila hepi mestilah senyum luas2 :D hilang segala kerut2 kat dahi akibat stress kat klinik.hehe.. tapi awas!!makan coklat banyak2 dan tak berus gigi lepas makan coklat boleh membuatkan anda tak dapat senyum dengan gigi yang sihat..hehe

yeyeahh...dapat coklat :D
ketiga : coklat membuatkan aku rajin berus gigi dan floss setiap hari sebelum tidur
disebabkan coklat ni merupakan makanan bergula..so coklat jadi sebab utama aku perlu rajin berus gigi dan floss sebelum tidur untuk mengelakkan pembentukan caries (gigi berlubang dan rosak). dah tua2 camni lah aku baru nak jaga gigi elok2. masa kecik2 dulu hanyut terleka dengan coklat tanpa memberus gigi selepas makan

semua sebab berkaitan dengan life dental aku sekarang kan..hehe..tapi betul la, masa kecik2 dulu gigi aku sangat teruk rosaknya sampai ramai yang ejek aku :(. lepas tu, aku berminat dan berazam nak belajar pasal gigi, macam mana gigi boleh rosak dan nak orang jaga kesihatan gigi sejak kecik lagi

tak salah nak makan coklat. tapi kena kawal dan pandai jaga kebersihan dan kesihatan mulut :D

ok pha is , cimot dan miss ezzat.. anda adalah 3 orang yang bertuah kena tag kat sini

last but not least..happy 22nd birthday to Hashimah binti Ismail (aku la tu ) ehem2..Admin, birthday kita tak jauh pun..tak nak tukar2 hadiah ke? :P

Monday, 19 March 2012

what is hashimah means?

Assalamualaikum n selamat sejahtera :)

pagi tadi adalah session periodontology. patient aku tak dapat datang. patient partner juga tak dapat datang. suasana sangat bosan. aku dengan partner tak tau nak buat apa. kerja lab takde. kitorang pun duduk dan berbincang tentang hal klinik dan session. tulis borang instruments untuk klinik 2minggu akan datang.

tiba2, partner aku ajak jumpa Prof L. beliau merupakan lecturer prosthetic yang sangat baik. partner aku nak tanya pendapat tentang patient RPD(removable partial denture). dipendekkan cerita, Cik D yang tanya soalan...belum sempat Prof L jawab soalan tu, beliau tanya aku pulak...

Prof L : Hashimah.....what is Hashimah means?
Cik S :  meaning? errmm...kindness..
Prof L : no
Cik S : polite..
Prof L : no.. you know or don't know?
Cik S : I know..I read from the books..Hashimah means kindness.. polite.. and honest
Prof L : no...Hashimah is from the word Hashim...Hashim is for men and Hashimah is for women. it means generous...give foods to the guest
Cik S : Oooohhh...he he he :D

ok..aku pernah terbaca dalam buku..ada yang tulis maksud nama aku ni pemurah..panic bila lecturer tanya,mesti ada point yang tak ingat. Alhamdulillah...macam2 ilmu aku dapat hari ni walaupun patient tak datang :D Thank You!

Tuesday, 13 March 2012

gigi palsu pertama saya untuk patient prosthetic

Assalamualaikum n hai semua :)

Alhamdulillah..setiap stress yang dihadapi dalam dentistry ni pasti ada kegembiraannya :D
saya dan partner klinik saya dah berjaya siapkan 1st complete denture for our 1st prosthetic patient. gembira sangat! walaupun sepanjang proses dan step ada masalah, kena redo MMR, redo mounting on articulator, redo setting posterior teeth. kena pulak marah dengan lecturer for almost every session. akhirnya dapat jugak hasilkan gigi palsu yang baik! patient pun happy.


auntie Kok Amoy..ni hen mei li! :D
kitorang issue denture ni hari rabu minggu lepas dan hari ni review. kesian mulut patient ada ulcer sebab ada sharp edges. so, aku trim la mana2 bahagian yang tajam seperti yang auntie Kok Amoy tunjukkan. banyak jugak aku trim sampai denture tu jadi comel, kecik je.

hari ni jugak partner aku issue denture duplicate yang dia buat. patient kami happy sebab dapat 2 set dentures. sementara tunggu Cik D (partner klinik) polish denture, tiba2 uncle (husband auntie Kok Amoy) hulur aku beg plastik putih. ada coklat katanya. aku pun amik la,usha sikit.hehe ada 2 kotak coklat van houtan. Alhamdulillah..xie xie ni men :D

uncle cakap 'jangan risau, coklat ni halal punya'..
betapa hormatnya dia kepada muslim
kita? fikir2kan...
Syukur Ya Allah..setiap kesusahan yang kami hadapi sepanjang proses nak buat 1st denture ni ada kemanisan di penghujungnya. Kau kurniakan kami ramai perantara yang dapat bantu kami (lecturer,kawan2, senior, technician). Masa awal2 kena marah dengan lecturer, sedih sangat. down pun ada. lama2 dah kuat nak hadapi semua tu. Terima kasih Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk menempuh dentistry untuk 2tahun + lagi..amin


''Do not pray for easy lives. Pray to be stronger'' -John F. Kennedy-

Saturday, 3 March 2012

chewing gum dan air liur

Assalamualaikum n hello semua :D


yea!!! minggu lepas dapat sebotol chewing gum..patient gigi palsu yang bagi. 

nyum nyum nyum walaupun rasa chewing gum Wrigley's Doublemint perisa Green Tea Mint ni macam syampu...haha. hakikatnya chewing gum baik untuk gigi! 

huh??!! baik untuk gigi??
apakah jasa chewing gum kepada gigi?

bila kita kunyah chewing gum, mulut kita akan hasilkan banyak air liur. air liur boleh neutralkan pH acid yang dihasilkan oleh bacteria setelah mereka break down makanan yang ada di celah2 gigi. hmm..senang cerita, air liur kita ni boleh kawal keseimbangan pH dlm mulut kita. 

air liur kita jugak mengandungi calcium dan phosphate. mereka berdua membantu dalam pembentukan enamel (lapisan gigi paling luar) yang kuat. 

tapi...ada tapinya ye..chewing gum yang aku maksudkan ni ialah sugarfree chewing gum. kalau ada sugar, tak elok untuk gigi  sebab kita bagi bacteria makanan, bacteria tu pulak hasilkan acid, acid pulak hakis gigi kita dan akhirnya gigi kita berlubang.

kat pasaran sekarang ni berlambak2 chewing gum yang ada artificial sugar @ sugar subtitute, iaitu sugar tiruan. contohnya xylitol, mannitol dan sorbitol. mereka ni merupakan sugar alcohol. jadi, tak akan hasilkan acid. gigi pun tak terhakis :D

does not cause tooth decay :D
chewing gum yang aku dapat ni ada sugar. orang kata ' rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari '. dah orang bagi free. makan je la...lalala

segan la kat dorang,selalu kena marah dengan lecturer..apa2 pun xie xie ni men uncle n auntie Kok Amoy. insya Allah minggu depan dah boleh makan pakai denture baru. bawak la chewing lagi untuk kami,coklat pun boleh!
~ cerita minggu lepas :P ~